Resepi Sate Ayam Goreng Cicah Cheese Yang Tular Ni Mudah Dan Cepat Disediakan

Semua orang pasti merasakan kuah Sate haruslah kuah kacang. Anda silap, kerana ada resepi baru olahan dari saudari Erfz Afasy iaitu Cheesy Chicken Sate. Dengar bunyi ada cheese-cheese tu maksudnya sate juga boleh berunsurkan keju? Bagaimana nak buat ? Jom kita selongkar


Anda di rumah boleh cuba resepi lain daripada yang lain ni. Tidaklah pula melupakan hidangan asli sate bersama kuah kacang, tetapi, cuba kelainan sekali-sekala apa salahnya kan ?
Ikuti perkongsian resepi penuh di bawah.

Resepi CHEESY CHICKEN SATE 



Bahan-bahan yang diperlukan:

- Pencucuk sate
- Ayam ( bahagian dada, senang sikit lilit )
- Terung ( apa2 sayur pun bolee )
- Mozarella cheese
- Daun sup
- Serbuk cheese
- 1 biji telur
- Tepung cucur lemak manis adabi

Langkah 1 (Penyediaan Ramuan)

- Potongkan ayam memanjang 
- Terung potong halus2
- Mozarella potong halus jugak
- Daun sup tabur letak kt tepung cucur tadi
- Pecahkan telur

Langkah 2 (Penyediaan Sate)

- Ambik pencucuk sate
- Masukkan hujung ayam yg telah dipotong 


- Masukkan potongan mozarella cheese
- Letakkan terung
- Lilitkan ayam tadi sehingga ke hujung ( Tutupkan cheese supaya tidak cair semasa digoreng )
- Salutkan dengan telur
- Salut pula dengan tepung yg diletakkan daun sup tadi (Tak perlu letak garam ye sebab tepung ni dah ada rasa dia tersendiri )

Langkah 3 (Goreng)
- Panaskan Minyak
- Letakkan cheesy chicken sate dalam kuali
- Goreng sampai perang keemasan
- Angkat toskan minyak
- Sedia untuk dihidang


Dappp taaauuuu...

VIDEO CARA MEMBUAT CHEEZY CHICKEN SATE, SILA TEKAN SINI

Sumber : Facebook Erfz Afasy

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post