Jom Semak Adakah Perbelanjaan Bulanan Anda Setara Ataupun Tidak Dengan Belanjawan Penduduk Lembah Klang

Belanjawanku adalah panduan yang menunjukkan perbelanjaan minimum bulanan atas setiap kategori barangan dan perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah di Malaysia. Belanjawanku boleh digunakan untuk merancang perbelanjaan peribadi dan keluarga bagi mencapai taraf hidup yang baik. Ia berdasarkan pola perbelanjaan sebenar barangan dan perkhidmatan oleh isi rumah di Lembah Klang.


Satu program EPF Belanjawanku telah di perkenalkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Panduan Belanjawanku menganggarkan perbelanjaan minimum isi rumah di sekitar Lembah Klang mengikut jenis tanggungan dan perbelanjaan bulanan anda.  



Anda kategori yang mana? Jom kita selongkar   

KATEGORI PERBELANJAAN BULANAN 
  • Makanan 
  • Simpanan 
  • Tempat Tinggal 
  • Penjagaan Diri Kesihatan P
  • engangkutan 
  • Penjagaan Anak 
  • Penglibatan Sosial 
  • Utiliti
  • Perbelanjaan Tahunan 
  • Perbelanjaan Pilihan

Belanjawanku Untuk Bujang (Pengguna Kenderaan Awam)
Anggaran Perbelanjaan Bulanan adalah RM1,870



Belanjawanku Untuk Bujang (Pemilik Kereta)
Anggaran Perbelanjaan Bulanan adalah RM2,490


Belanjawanku Untuk Pasangan Berkahwin (Tiada Anak)
Anggaran Perbelanjaan Bulanan adalah RM4,420


Belanjawanku Untuk Pasangan Berkahwin (Anak Seorang)
Anggaran Perbelanjaan Bulanan adalah RM5,730


Belanjawanku Untuk Pasangan Berkahwin (Dua Orang Anak)
Anggaran Perbelanjaan Bulanan adalah RM6,620

 Belanjawanku Untuk Warga Emas  

Bagaimanakah Menggunakan Belanjawanku
  • Pilih kategori Isi rumah anda
  • Semak Anggaran perbelanjaan untuk kategori isi rumah anda
  • Gunakan anggaran perbelanjaan sebagai panduan untuk perbelanjaan bulanan dan peribadi.
  • Rujuk anggaran perbelanjaan bagi kategori isi rumah yang lain untuk perancangan kewangan masa depan.

Kredit : KWSP

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post