Sempoi Habis! Pengantin Guna Aksesori Hiasan Brokoli, Butang Lego & Henna Putih Ini Tarik Perhatian Netizen

Bunga melati hiasan di kamar pengantin Putih tersusun rapi harum segar mewangi Tanda tanda bekas pesta masih terasa. Itu antara bait lirik Bunga Melati dendangan Rita Sugiarto, tapi ini cerita tentang bunga pengantin pasangan mempelai ini yang mendapat perhatian netizen gara-gara aksesori persiapan perkahwinan mereka yang yang lain daripada yang lain. 


Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter, sepasang pasangan pengantin baharu menggunakan sayur brokoli bermanik sebagai jambangan bunga dan mainan Lego sebagai butang baju Melayu.

Gambar yang dimuat naik oleh akaun Twitter @rajanazrin_ yang juga merupakan jurufoto bagi majlis pasangan pengantin itu menjadi bualan netizen kerana mereka memilih pendekatan yang berbeza daripada pasangan pengantin lain. 

Brokoli diletak manik-manik sebagai bunga tangan
Serius cool


Bukan sahaja brokoli, pengantin perempuan juga turut mengenakan
Henna Putih Lain Dari Kebiasaan yang berwarna keperangan


Manakala pengantin lelaki juga turut mengenakan
Butang Baju Melayu Lego


Menurut pengantin lelaki, Mohamed Nasaruddin Jaafar, 34, dia dan isterinya inginkan kelainan serta mengelakkan pembaziran dalam majlis perkahwinannya.

“Isteri saya inginkan sesuatu yang mempunyai nilai sentimental dan sayur brokoli merupakan makanan pertama yang dia masakkan untuk saya sewaktu awal perkenalan kami.

“Daripada membazir RM100 untuk beli jambangan bunga, kami membuat keputusan untuk memakai brokoli bermanik dan Lego yang berharga RM3.68 semasa majlis akad nikah," kata pengantin lelaki itu.

Tambah Nasaruddin yang merupakan pemilik beberapa syarikat bertujuan kebajikan, mereka berbuat demikian supaya boleh menggunakan lebihan duit mereka untuk tujuan kebajikan.

Pasangan ini juga mahu menyedarkan orang ramai tentang perkara wajib yang perlu dilunaskan dalam perkahwinan dan tidak terlalu terikut dengan adat.

Apabila ditanya kenapa mereka memilih Lego sebagai butang baju, beliau berkata ia merupakan salah satu projek kebajikannya yang ingin mengajar gelandangan membuat kraf butang Lego supaya boleh menjana pendapatan.

Selain itu, mereka mengambil pendekatan untuk membuat kad jemputan kahwin mereka sendiri untuk menjimatkan wang.

Kata Nasruddin, dia tidak menyangka bahawa perkara tersebut akan tular di laman sosial sehingga mendapat banyak perhatian netizen. 

Perkongsiannya ini mendapat hampir 10K retweets dan lebih 7,000 likes.
Malah di ruangan komen rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenainya.

What next? Maybe Bunga Kantan


Ada yang kata cute, ada yang kata tak proper. Yang Penting pengantin happy dah cukup kan.
Selamat pengantin baru buat kedua mempelai dan buat photgrapher semoga murah rezeki.

Kredit : Astro Awani / Twitter @rajanazrin_

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post