8 Kompilasi Babak Nyanyian Ustaz Hamadi (Azhan Rani) Dalam Nur 2 Yang Mencuit Hati

Tamat Sudah Drama Nur 2.Drama yang banyak diperkatakan dan jadi bualan netizen di media sosial. Setiap adegan dan babak lakonan pelakonnya sentiasa mencuri tumpuan dan mencuit hati. Segala persoalan yang menghantui fikiran para penonton sudahpun terjawab dan ramai juga berpuas hati dengan pengakhirn drama tersebut.


Paling menarik perhatian sudah tentu watak yang dibawa oleh Azhan Rani iaitu Ustaz Hamadi yang mati ditangan isterinya sendiri. Ditikam oleh Aisyah kerana ingin merogol Suraya, rata-rata penonton puas dengan kematian tragis watak Ustaz Hamadi itu.
Banyak juga lagu dia nyanyi.



Namun begitu, jika penonton sedar mengenai watak Hamadi ini sepanjang Nur 2, dia kerap menyanyi dalam apa situasi sekalipun. Lagu-lagu yang didendangkan juga kerap kali menjadi bualan para netizen di media sosial.

Antara lagu yang menjadi pilihan Ustaz Hamadi dalam drama Nur 2 adalah seperti:
  • Aku Bukan Malaikat – Dato Seri Siti Nurhaliza
  • Bobo Dimana – Datuk Seri Alif Syukri, Nur Sajat, Lucinta Luna
  • Kekal – Ziana Zain
  • Bahenol – Animasi Si Nopal
  • Comel Pipi Merah – Dato Seri Siti Nurhaliza
  • Pudar – Datuk Rossa
  • Sehati dan sejiwa -Haslinda
  • Police Entry – Elizabeth Tan 
Ternyata dalam pada penonton geram dengan lakonan Azhan Rani yang sangat kejam dan menjadi penunggang agama ini, dia turut berjaya mencuri perhatian netizen dengan babak nyanyian yang tidak dijangka itu.


 Lagu Pudar paling win!

Para penonton telah meninggalkan komen yang pelbagai di Instagram Azhan Rani selepas dia memuat naik kembali kompilasi lagu yang dinyanyikan olehnya dalam drama berepisod tersebut.




Memang terhibur la kan aksi bersahaja ustaz madi. lagu ziana pun dia bantal. Lagu bobo dimana pun ada..jangan main-main

#nur2 #nur #azhanrani #hamadi  #tv3malaysia

Kredit : Ohmymedia
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter
Terbaru Lebih lama