Lari Macam Tak Jejak Tanah, Atlet Muda Muhammad Azeem Tular Bila Larian 100M Bawah 11 Saat

Nama Muhammad Azeem mula dikenali ramai apabila beliau mencatatkan bacaan masa bawah 11 saat bagi acara 100 meter untuk kategori B-15 MSSM. Masih muda berusia 15 tahun, berbakat besar dikatakan Usain Bolt Malaysia atas prestasi cemerlangnya di peringkat kejohanan baru-baru ini.


Muhammad Azeem mencatatkan bacaan masa 21.24 saat bagi acara akhir larian 200 meter untuk kategori B-15 MSSM di Iskandar Puteri, Johor, petang semalam.

Rekod ini menempatkan Azeem dalam kelompok empat teratas dunia bagi kategori bawah 18 tahun, berdasarkan rekod IAAF World Youth Championships.


 Azeem sebelum ini telah mengumpulkan dua pingat emas dalam kejohanan tersebut dalam acara 100m (10.63s) dan lompat jauh (6.93m). Ini emas ketiga Azeem dalam acara 200m. Pergh!

Rata-rata komen menyatakan rasa bangga dan kagum dengan kebolehan Azeem dan mendoakan beliau untuk pergi lebih jauh dan mengharumkan nama negara diperingkat dunia. Cayalah Azeem!

Malaysia mempunyai Usain Bolt tersendiri. Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) perlu pastikan bakat beliau tidak dibazirkan. Cuma jangan diberi tekanan kerana perjalannya masih jauh.


Rekod 100 meter negara masih menjadi milik Khairul Hafiz Jantan yang dirakam ketika Sukan Malaysia (Sukma) 2016 dengan catatan 10.18 saat. 


Sebagai rekod, Azeem muncul sebagai Putera Pecut Asian pada kejohanan di Filipina Mac lalu selepas mencatat rekod baharu 10.69s.

Dianggap Permata Baharu Sukan Olahraga Malaysia

Kredit : Adrian Sprints / Team Malaysia
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter
Terbaru Lebih lama