10 Jenis Kawan Yang Seronok Di Ajak Travel Merata Dunia

Bercuti boleh hilangkan tekanan, itupun jika ditemani rakan sekepala yang tidak buat perangai.Seperti kebanyakan perkara di dalam hidup ini, mengembara seeloknya dilakukan bersama dengan rakan-rakan.



Mengembara secara solo tidak dinafikan mampu memberikan anda suatu pengalaman yang cukup berbeza, namun ianya tidak setanding dengan mengembara secara berkumpulan.

Jadi Jom kita selongkar

1. Kawan Jenis Penakut Tapi Berani Cuba
Kita akan ada seorang kawan yang jenis penakut, tetapi dalam masa yang sama dia berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Sukakan cabaran.Sebagai contoh ada yang takutkan ketinggian, tapi disebabkan tidak mahu menghampakan rakan travelnya dia sanggup melawan rasa takutnya itu melakukan terjunan bungee sekali. Kawan jenis ini memang memberi semangat untuk kita jadikan geng.

Bukannya kawan yang takut sampai effect kat kengkawan lain..Bila dia takut yang lelain pun jadi tak semangat nak buat aktiviti tu.


2. Jenis Yang Suka Cuba Makanan Baru
Food hunting. Pasti ada diantara rakan anda yang sememangnya gemarkan makanan. Berkawanlah dengan mereka kerana anda akan dapat tahu kafe dan restoran tempatan yang patut dikunjungi. Bahkan, perjalanan anda juga akan menjadi lebih singkat dan cepat memandangkan mereka ini mengikuti blog-blog makanan tempatan dan luar negara.


Lagi best bila kita tak makan dia ada untuk habiskan makan kita..weee

3. Jenis pandai ambik gambar
Mereka akan membantu anda untuk merakam detik-detik indah sepanjang perjalanan. Dengan kepakaran yang mereka ada dalam bidang fotografi, pastinya anda tidak perlu untuk memikirkan tentang sudut terbaik di sesuatu destinasi. Malah, gambar yang akan dikongsikan di Instagram atau media sosial lain juga akan lebih cepat siap dengan skil Photoshop yang mereka ada. Percayalah, anda akan berterima kasih dengan mereka ini atas foto-foto menawan yang anda akan kenang dan simpan sampai bila-bila.


Tipulah cakap kalau tak nak share ke media sosial korang untuk tatapan follower dan taulan di media sosial korang. bagi tak bersawang mestilah kena update dengan foto yang cantik jadi kena sentuhan tangan yang mahir.

4. Jenis Pak Lawak
Memang susah nak cari kawan yang punyai sense of humour. Kadangkala mereka ini dianggap menjengkelkan kerana sentiasa buat lawak tanpa mengira tempat dan situasi. Namun, kehadiran 'pak lawak' sebagai rakan pengembara mampu mengelakkan perjalanan anda lesu dan membosankan. Bila masing-masing dah letih berjalan, mereka inilah yang akan menceriakan suasana yang hambar dan janggal. Kalau penerbangan anda ditunda dan terpaksa bermalam di lapangan terbang, mereka ini akan memikirkan cara untuk menepis aura negatif yang menghilangkan mood percutian anda.


5. Jenis Event Planner 
Pengembara kebiasaannya cintakan aktiviti-aktiviti yang spontan dan bebas. Namun, elok juga untuk anda punyai sekurang-kurangnya seorang rakan yang ada membuat itenerari sebelum bercuti ke sesuatu tempat. Segala tempahan untuk acara seperti konsert, parti, jelajah mahupun majlis makan malam akan mereka lakukan terlebih dahulu. Sesuatu perjalanan itu akan menjadi lebih mudah dan lancar sekiranya ada 'si pencatit'.


6. Jenis Kamus Bergerak
Kekangan bahasa merupakan masalah yang biasa dihadapi semasa melancong di luar negara. Sama ada kita tidak fasih atau orang di negara tersebut tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Namun, rakan yang menguasai Bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa asing yang lain boleh memudahkan perjalanan anda. Mereka ini bagaikan 'Google Translate' bergerak yang anda pasti cari untuk mengembara bersama selepas ini.


7. Jenis Kaki Jalan
Kalau dah namapun kaki jalan, mestilah mereka ini cukup berpengalaman untuk menunjukkan anda jalan ke kawasan menarik yang ada di sekitar lokasi pengembaraan anda. Seperti peta atau GPS, mereka ini tahu jalan terdekat untuk ke tempat terbaik yang patut anda lawati. Tidaklah anda menghabiskan banyak masa untuk sesat berbanding menikmati percutian anda.


8. Bukan Jenis Cepat Emosi
Ini senarai kawan paling penting. Penatlah nak layan kawan yang jenis kuat sentap ni. Kalau tidak turut kemahuannya akan merajuk dan mengasingkan diri sampai yang lain pun terkesan dibuatnya. Kalau ada kawan jenis ni pangkah siap=siap. Bukan apa, kadang kala kita dah plan baik lah segala hanya kerna dia je plan tak jadi.



9. ringkas dan 'sempoi'
Dengan hanya membawa barangan penting sahaja, anda dijamin tidak mempunyai masalah di luar kawalan sewaktu check-in di lapangan terbang. Malah, perjalanan anda menerokai sesuatu tempat itu dengan berjalan kaki juga menjadi lebih cepat dan puas. Jika anda seorang yang gemar membeli-belah atau mengumpul cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air, mereka ini sentiasa ada ruang kosong di dalam beg untuk anda tumpang letak barangan tersebut.

 
10. Suka berdikari
Mengembara bersama rakan seperti ini bakal mengajar anda tentang erti pengembaraan yang sebenar. Tidak kiralah sama ada sewaktu anda ketinggalan kapal terbang atau membuat lencongan yang salah, mereka ini akan berfikir di luar kotak untuk mencari jalan penyelesaian. Bagi mereka, tiada halangan yang boleh diatasi tanpa usaha. Jika anda jenis yang suka berputus asa, mereka akan membantu menyelamatkan pengembaraan anda.

Kredit : Murahtravelling
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post