11 Langkah Mudah Buat Sendiri Roti Canai Home Made Yang Rangup Dan Lazat

Kalau tak nasi lemak mesti Roti canai telah menjadi salah satu menu wajib di Malaysia. dan sentiasa dirindui bila keluar melancong ke luar negara.



Disebabkan itu, kita sering mencari roti canai dikedai-kedai mahupun restoran yang menyajikannya. Takkan setiap kali nak makan kena keluar rumah kan?

Satu perkongsian dari Normaliana Abu Bakar di Facebook nya, ada berkongsikan cara mudah untuk menghasilkan sendiri roti canai di rumah. Simple je!

BAHAN-BAHAN

1. Tepung gandum 4 cawan.
2.Telur sebiji.
3.Gula sesudu makan.
4.Air secawan
5.Garam setengah sudu kecil.
6.Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.


Bajet semua dalam RM 5 lebih ikut berapa harga mahal murah barang kat kedai.

CARA-CARANYA

1. Mula–mula campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat ( saya uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.


2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil (saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya) ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar gabak biar cepat siap.


 

3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.


Soalan : guna majerin boleh? Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.

4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.


5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam 3@4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3@4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.


6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. 
Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.


7. Tebar sampai penuh sedulang.
 
Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.


8. Lipat sisi pertama dan kedua.




9. Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.


10. Roti canai digoreng dengan gembira.


11. Panas siap berkepul. Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang?  


Selamat mencuba

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post