Barli adalah sejenis bijirin yang kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, kalsium, magnesium, manganese, selenium, zink, protein, asid amino, serat dan beberapa jenis antioksida yang lain. Anda boleh mendapatkan semua khasiat tersebut dengan memakannya, tetapi apa yang lebih baik adalah dengan membuat air barli dan dapat kelebihannya (tanpa sedikit kurang pun).
Pengamalan minum air barli secara berkala boleh membantu menyihatkan badan, pada masa yang sama menjauhkan pelbagai jenis penyakit.
Selain minum air barli, anda juga boleh memasukkan beras barli ini ke dalam salad dan sayur.
Selain barli, antara makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah seperti kurma, buah ara, anggur, madu, tembikai, susu, labu, cendawan, minyak zaitun, buah delima dan cuka; namun, harus diingat semua makanan sunnah ini adalah asli tanpa dicampur dengan pelbagai makanan lain.
Kebanyakan dakwaan khasiatnya adalah berdasarkan penemuan saintifik bahan asas yang terdapat dalam makanan tersebut dan bukannya berasaskan campuran atau suplemen.
Pada kali ini, anda akan didedahkan 10 khasiat air barli kepada kesihatan tubuh badan anda.
1. Merawat UTI
UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan pengamalan air barli, anda boleh merawat ataupun mencegah masalah kesihatan ini.
Beras barli adalah diuretik, meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai bahan anti-keradangan untuk sistem urinari.
Oleh sebab itu, air barli sangat sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi, juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.
Beras barli kaya dengan magnesium, yang mana boleh mencegah penghasilan batu karang, selain membantu menyahtoksinkan racun dari badan.
Untuk merawat UTI, anda perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut berkurangan dan kemudiannya sembuh.
2. Membantu Mengurangkan Berat Badan
Air barli adalah sumber minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan.
Barli tinggi serat, terutama beta-glucan, memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan (dan tidak perlu).
Tambahan lagi, air barli sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisme lemak.
Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.
3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Air barli juga baik untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, lantas mengurangkan risiko masalah sakit jantung.
Serat yang terdapat di dalam beras barli juga tinggi beta-glucan yang boleh mengelakkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.
Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadar kolesterol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida.
4. Jantung Lebih Sihat
Selain berperanan merendahkan kadar kolestrol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu kondisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat oleh gumpalan lemak yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.
Air barli mempunyai vitamin B (niacin) yang tinggi dan boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis, kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects.
Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan strok.
5. Membantu Sistem Penghadaman
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut dan usus kita mencerna makanan. Ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mempercepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dan elektolit anda.
6. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)
Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis, kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah.
Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
Terdapat banyak kajian telah menemui bahawa beta-glucan boleh mengawal kadar gluosa darah dan insulin.
Ia juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan), penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.
Tambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadar glycemic yang rendah.
Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah.
Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.
7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan yang boleh memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah.
Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat masalah jerawat.
Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat.
Tambahan lagi, antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas yang boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.
Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapu pada permukaan muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih.
Anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk beberapa kali seminggu.
8. Menyejukkan Tubuh
Air barli adalah antara pilihan terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain menghidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.
Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli, ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kelancaran saluran darah.
Anda boleh menjadikan air barli lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau, lemon dan sedikit gula.
Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk kerana kesannya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.
9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Mengandung
Dengan kebaikannya yang banyak, air barli juga sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang mengandung.
Tambahan lagi, ia mempercepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.
Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air berlebihan dari badan yang boleh mencegah daripada edema.
Para ibu yang menyusukan anak juga boleh mengambil manfaat air barli ini untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka.
Anda boleh mencampurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit sebelum diminum.
10. Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan
Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium – semua ini memainkan peranan penting di dalam sistem pertahanan badan kita.
Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai keupayaan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.
Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain.
Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi untuk mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).
Resepi Air Barli?
Membuat air barli sendiri di rumah adalah lebih baik daripada membelinya di gerai-gerai, kerana anda boleh mengawal sendiri kadar penggunaan gula di dalam air tersebut.
Lagipun, anda boleh mendapatkan beras barli dengan mudah di kedai-kedai ataupun pasar raya berdekatan, dengan harga yang murah.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
Bahan-Bahan:
Langkah-Langkah:
Nota:
Amaran:
Semoga memberi manfaat.
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

- 1 cawan beras barli.
- 5 cawan air.
- Perahan limau (pilihan, untuk rasa).
- 1 sudu teh madu (pilihan, untuk rasa).
- 1 kayu manis (pilihan).
- 1 akar halia (pilihan, untuk rasa).
Langkah-Langkah:
- Bilas beras barli dengan air bersih yang mengalir, kemudian rendam di dalam air sekurang-kurangnya sejam.
- Keluarkan air tersebut dan campurkan 1 cawan beras barli yang basah itu dengan 3-4 cawan air, halia dan kayu manis.
- Rebus, kemudian reneh selama 45 minit sehingga 1 jam, sehingga beras tersebut masak sepenuhnya dan lembut.
- Biarkannya sejuk.
- Tuangkan air tersebut ke dalam gelas/cawan.
- Minum 1-2 cawan air barli setiap hari untuk mengekalkan tahap kesihatan. Anda boleh menambah limau ataupun madu untuk menaikkan rasa.
- Simpan air barli yang lebih itu di dalam peti ais. Boleh bertahan selama 3 hari.
Nota:
- Jangan buang beras barli yang direbus itu tadi, anda boleh memakannya jika mahu.
- Lebihan beras barli boleh digunakan semula:
- Masukkan di dalam salad.
- Blender dan jadikan bahan tambahan kepada smoothie.
- Masukkan di dalam bubur.
Amaran:
- Air barli adalah diuretik, bermaksud ia akan mempercepatkan proses pengeluaran air dari badan. Oleh itu, jangan minum melebihi 6 gelas air barli setiap hari.
- Air barli mengandungi gluten, tidak disarankan kepada orang yang mempunyai alahan pada gluten.
Semoga memberi manfaat.
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter
banyak juga ye khasiat barli ni... terima kasih kerana menambahkan ilmu saya..
ReplyDeletebaguih dok ada info ni
ReplyDeleteKlu untuk org Yg ada asma bole mnum ke air barli tu
ReplyDelete