17 Selebriti Malaysia Ini Sebenarnya Merupakan Adik-Beradik

Industri seni di Malaysia kini dibarisi dengan bakat baru yang pastinya memberi lebih ‘warna’, sekali gus memeriahkan dunia hiburan tempatan, baik pelakon, penyanyi dan pengacara.


Bahkan, ada juga diantara mereka yang terdiri daripada adik-beradik. Kata orang, mereka masing-masing terlibat dalam senu secara serius dan mengecap populariti atas usaha sendiri.
Jom kita selongkar pasangan selebriti yang sebenarnya merupakan adik beradik

1. Kuza, Kuna dan Kunie
Tengku Sariwani Tengku Muzani atau Kunie, mungkin tidak cukup terkenal seperti dua kakaknya pelakon Kuza dan Kuna. Namun kehadirannya mewarnai industri seni. Lebih 24 tahun bergelumang dalam industri, pelakon yang juga seorang kerabat diraja Kelantan ini pernah membintangi filem Lang Buana dan Amir & Loqman Pergi Ke Laut selain drama Projek Memikat Suami, Cik Mek Molek dan Sesuci Kelopak Mawar.


2. Emma Maembong & Chacha Maembong
Nama yang menghiasi drama dan kaca tv dengan lakonan yang berkesan.


3. Uqasha Senrose, Nelydia Senrose & Raysha Rizrose
Walaupun Raysha merupakan adik tiri kepada Uqasha & Nelydia namun keakraban mereka memang ngam.


4. Elfira Loy, Esliza Loy & Ezzrin Loy
Adik-beradik ini ternyata kian terkenal di industri hiburan tempatan. Elfira Loy yang ternyata punya bakat dalam bidang lakonan turut diikuti dengan adiknya yang lain iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Ezlisa Loy. Secara keseluruhannya, Elfira mempunyai lima orang adik-beradik termasuklah Ahmad Ezzraa Loy dan Ahmad Evvraa Loy.

 


5. Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aryana & Sharifah Aleysha
Anak-anak kepada Fatimah Abu Bakar yang juga merupakan seorang guru seni lakonan kepada barisan artis popular Malaysia. Walaupun Aleya & Amani yang giat aktif dalam lakonan, adik beradik yang lain juga turut mendapat perhatian.



6. Sharifah Haslinda, Sharifah Sakinah & Sharifah Shahirah
Sharifah Haslinda antara pelakon sekitar 90-an yang cukup terkenal dan diikuti Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah yang kini terkenal menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka.



7. Farid Kamil & Fadzil Zahari
Suami kepada pelakon Diana Danielle & Suami kepada pelakon Yana Samsudin


8. Fasya Sandha & Elisya Sandha
Elisya Sandha kini kian menempa nama di persada hiburan tempatan menerusi lakonannya yang hebat. Seakannya dia mempunyai bakat yang sama dengan kakaknya, Fasya Sandha.


9. Anzalna & Afifah Nasir
Anzalnya merupakan bekas Dewi Remaja dan Afifah pernah membintangi drama bersiri Dendam Aurora.




10. Dato Fazley & Raff Yaakob
Raff atau nama penuhnya Raden Ahmad Faizal merupakan suami kepada bekas dewi remaja Mawar rashid dan abangnya Dato Fazley terkenal dengan Masterchef.



11. Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad
Pertalian darah antara Umie Aida dan Erma Fatima tentunya sudah diketahui umum, namun masih ramai yang tidak mengetahui mereka mempunyai seorang lagi adik yang turut terjun dalam bidang seni. Betty Rahmad pernah berlakon dalam drama Adam dan Hawa, Ammara Batrisya, Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia. Namun Betty lebih meminati bidang nyanyian dan pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Suami Aku Ustaz, Mak Cun dan Ammara Batrisya. Minat yang mendalam dalam bidang nyanyian membawa adik bongsu Erma Fatima ini ke uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia musim kedua dan ke-9.



12. Pierre Andre & Mikael Andre


13. Ameera, Neelofa, Noor Nabila, Athisha Khan
Adik-Beradik selebriti yang kian dikenali. Populariti yang diraih Ameera dan Athisha juga membuatkan mereka sering mendapat perhatian umum. Apabila kakak seorang yang popular apa sahaja yang dilakukan adik akan turut terkena tempiasnya. Ameera mengusahakan jenama produk LMK Cosmetics dan Athisha Khan mempunyai Youtube Channelnya sendiri.



14. Syatilla Melvin, Syafiqa, Syifa

Syatilla Anak kedua dari lima beradik merupakan bekas Dewi Remaja dan isteri kepada pelakon Shaheizy Sam. Kakak sulungnya ialah Syafiqa merupakan pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu. Mereka turut melancarkan produk kecantikan jenama Kekasih.

  

15. Aliff Aziz & Aisyah Aziz
Aisyah Aziz seorang penyanyi popular di Singapura pernah menyertai program Realiti TV Akademi Fantasia 2013, manakala abangnya seorang penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang serta suami kepada Bella Astillah.

  

16. Amira Othman dan Irfan Haris

Penyanyi ini mula dikenali setelah mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 2013. Bertitik tolak daripada itu, Amira mula mula mengeluarkan single Sesaat Untukku. Lagu Hati-Hati dan Jaga-Jaga telah melonjakkan nama pelakon Abang Bomba I Love You yang juga penyampai di rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV 9 Ini. Siapa sangka Irfan Haris yang cukup terkenal dengan lagu Redha dimainkan dalam drama Suri Hati Mr. Pilot merupakan adik kepada penyanyi, pelakon dan pengacara berbakat ini. Bakat Irfan mula dicungkil menerusi program realiti Idola Kecil 4 (2011) dan Ceria Popstar (2016).


17. Ruhainies dan Risteena
Risteena merupakan kakak kepada pelakon cantik Ruhainies. Risteena mula dikenali melalui lakonannya dalam drama Playboy itu Suami Aku, Friday... I’m In Love, Cinta Teruna Kimchi, Karlos, Menjinak Ombak dan Diandra. Ruhainies pula baru sahaja mencipta nama melalui lakonannya dalam drama Hello Mr. Perfect disamping Fattah Amin dan drama Si Montel serta drama Jejak Karmila.


Huwaa..hebat masing-masing berdarah seni 

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Kena tambah Mia Nasir & Yaya Maembong

    ReplyDelete
Previous Post Next Post