4 Sisi Gelap Permainan Online PubG, Mobile Legend Sekiranya Tidak Dikawal

Wow, berani kau post ekk..hihi. Mana taknya, 90% sahabat kelilingku main game nie, sehingga sisihkan aku (gurau-gurau). Hanya satu tajuk yang bagus untuk dibincang dan diketengahkan untuk tatapan umum. Bagi aku biasa, ‘sesuatu’ itu pasti ada baik dan buruknya. Tiada salah untuk aku memberi secebis pendapat.


Bukan aku nak fokus PUBG jer, tapi semua game online, aku rase yang tengah trend nie PUBG kot. Memang ramai anak muda yang main benda nie, sekadar suka-suka dan hilangkan stress. Orang tua pun main juga. Hiburan sementara yang menghiburkan jiwa.




Cuma di satu sudut lain, permainan ini akan memberi kesan yang negatif apabila ‘otak yang dikawal dan bukan lagi mengawal’ sehingga menyebabkan ketagihan dan menganggu aktiviti seharian manusia normal. Hingga terabai kerja hakiki, penyebab produktiviti kita jatuh mendadak, badan lemau dan lemah, pembaziran masa yang melampau dan paling sadis sehingga diri dan orang sekeliling terabai. Antara kesan buruk bila ketagihannya:

1. Rosak Institusi Keluarga
Kadar penceraian pada tahun 2016 telah mencatatkan sebanyak 48,077 kes penceraian. The Huffington Post telah melaporkan kira-kira 16 pasangan hampir bercerai dan terpaksa mendapatkan khidmat kaunselor kerana ketagih dengan permainan tersebut.
2. Sanggup Hilang Pekerjaan
Hal ini dinyatakan oleh seorang bekas pendidik di Chicago yang sanggup meninggalkan kerjaya semata-mata untuk bermain PUBG. Kemudian beliau menceraikan isterinya kerana isterinya menganggunya ketika beliau main game tersebut.

3. Terkorban dengan tragis
Seorang kanak-kanak lelaki di Haimen, Jiangsu, Tiongkok mati apabila terjatuh, dipercayai oleh ibunya kerana terikut pengaruh game tersebut.

4. Terabai Masa 
Seorang suami abaikan anak-anak dan isteri dan perniagaan, suaminya sering marah-marah kerana kurang tidur.

Isu ini lebih hangat diperkatakan apabila tragedi tembakan rambang di Masjid Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 nyawa yang tidak berdosa dan ramai yang cedera parah. Hal ini menarik perhatian dunia, kita juga bersuara dan menzahirkan kesedihan. Mufti Negeri Sembilan pula ada membuat kenyataan agar cadangan game berunsur keganasan(PUBG) diharamkan. Ada menyokong dan ada yang menghentam kembali mufti ini, sehingga YB Syed Saddiq memberi maklum balas di Parlimen.

Secara peribadinya, aku juga telah melihat video berdurasi 6 minit lebih, pengganas yang menembak bertubi-tubi tanpa belas kasihan saudara kita di sana. Secara kebetulan atau sengajanya, cara dan tindakan pengganas ini mirip dan sama seperti dalam game yang biasa aku tengok bila kawan aku main. Ada mungkin juga ketagihan dan kecanduan pengganas ini, atau ada misi tersembunyi yahudi yang ingin disampaikan melalui kerja gila yang dilakukan. Atau ketagihan di alam maya yang ingin dizahirkan pada alam nyata. Korang yang tengok video tu pun tahu, 90% sebiji dalam game. Korang ingatkan kejadian yang berlaku pada 2-3 tahun lepas, di mana seorang suami yang ketagihan menonton video lucah, akhirnya paksa isterinya buat hubungan seks dengan Bangladesh. Suami tersebut dapat kepuasan bila isteri buat dengan orang lain seperti dalam porno. Tak mustahil, kecenderungan dan ketagihan game juga akan membuatkan seseorang bertindak sama apa yang berada di alam maya ke alam nyata.

Ini main tak ingat dunia, carut sana sini, lepak sampai lewat tengah malam, mak ayah dilawannya. (Bukan semua)

Panjang lebar bebelan aku hari ini, aku bukan apa, sebab sayang la aku menulis. PUBG nie bagus jika

P : Pandai membuat keputusan. Pilih tempat yang betul. Kita yang tetapkan dan kawal.
U: Ukhuwah, ini lebih penting dari game, jaga hubungan suami isteri, anak-anak, dan kawan-kawan.
B: Bahagikan masa seimbang yang mungkin. Ada ibadahnya, ada keluarga dan riadahnya.
G: Gagahkan diri untuk banyakkan amal kebaikkan. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

P.emuda U.ntuk B.antu G.enerasi.

Sharimi


Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post