12 Rekaan Baju Melayu Lain Daripada Lain Ini Undang Kecaman Netizen Di Media Sosial

Setiap tahun bila tibanya hari raya, pasti pereka fesyen berlumba-lumba menghasilkan sesuatu yang baru dan menarik untuk dijadikan busana sempena hari raya. Dalam kemeriahan menghasilkan rekaan dan kreativiti, ada sahaja fesyen pelik dan viral yang akan muncul yang mendapat kritikan dan kecaman netizen.


Baju melayu ada maksud, bukannya buat ikut suka ja. Lima butang baju - melambangkan lima rukun islam. Tiga saku baju - melambangkan akidah , syariat dan tasawuf atau iman , Islam dan ihsan. Sampin - melambangkan kesungguhan menjaga nafsu syahwat , aurat dan maruah.


Selama ini netizen hanya didedahkan dengan baju melayu cekak musang dan baju melayu telok belanga sahaja. bila ada rekaan lain dar biasa ni, itu yang menjadi bualan hangat di media sosial ni.

Trend baju melayu tahun 2019.


1. Baju Melayu Hipster  
Rekaan Zery Zamry yang pada awalnya dikatakan agak moden dan trendy untuk waktu itu. 

 

2. Baju Melayu Swimsuit
Baju Melayu ini antara yang paling hangat diperkatakan tahun ini kerana ia kelihatan seperti sarung nangka atau ‘swimsuit’ kerana terlalu ketat.


Macamana nak solat pagi raya bila ketat sendat mcm ni silap2 tunduk terkoyak. Namun menurut designer Amir Kadir, foto itu diperagakan model baju Melayu ketat  terjadi ketika sesi penggambaran yang menggunakan khidmat salah seorang model yang sado dan saiz baju agak kecil untuk dia.

3. Baju Melayu Menyusukan Bayi (Breastfeeding)


Rata-rata orang menyindir rekaan baju Melayu ini sebagai persis baju untuk menyusukan anak. Namun, perekanya pelakon Erry Putra akui ia direka dengan menggabungkan idea 3 elemen iaitu kurta yang terkenal dalam masyarakat India, bahagian kolar inspirasi daripada samfoo iaitu pakaian tradisional kaum Cina dan elemen Melayu itu terletak pada bahagian dalam baju yang masih mengekalkan konsep tradisional baju Melayu.

Walaupun dikecam kelihatan seperti baju menyusu, Erry menyifatkan stok baju tersebut sudah pun habis terjual keseluruhannya selepas mendapat sambutan luar jangkaan.

4. Baju Melayu Bow Tie



Bow tie anyone? Fesyen Raya yang boleh kami kata agak up to date dan sangat rare. Kalau sebelum ini Baju Melayu Johor ada satu butang kat atas, sekarang butang dah digantikan dengan bow tie bagi memberikan lebih aura moden kepada si pemakai. Macam ini baru betul bergaya di Hari Raya.

Apa yang menjadi bualan adalah kerana ianya dikormesialkan dan dijual kepada umum, tapi ada juga yang custom made sendiri dan menjadi bualan

5. Baju Melayu Kimono


Menerusi gambar Faiz Dickie berpakaian baju Melayu kimono merah, ia turut disertakan keterangan ‘Tampil bergaya di pagi Syawal dengan sepersalinan baju Melayu unik bercirikan pakaian tradisi Jepun. Padanan kain sulam diimport khas dari Narita bersama potongan polos pasti membuatkan ramai jejaka tidak pecah lubang.’

Akibat dikecam, Faiz Dickie tampil memberi penjelasan bahawa baju Melayu yang tersebar di media sosial itu hanyalah parodi yang dibuatnya pada 2014.

6. Baju Melayu Referee



7. Baju Melayu Ropol-Ropol

Baju Melayu ini menjadi viral selepas rekaannya dipersoal oleh selebriti, Nabila Huda menerusi Twitternya. Nabila meluahkan rasa kurang senang dengan trend baju Melayu itu yang disifatkan bertambah kreatif seiring dengan peredaran masa. Namun ia tidak bermakna Nabila merasakan ia secocok malah memilih lebih selesa jika kaum Adam mengekalkan baju Melayu klasik atau jubah dan tidak mempunyai rekaan yang agak keperempuanan.



Nabila menegur rekaan ropol di sisi seakan dress dan menyindir jika fungsi ropol berkenaan berfungsi untuk tapau lemang ketika beraya nanti.

8. Baju Melayu Untuk Wanita?
Come on ladies, kita biarkan baju melayu ini dipakai oleh kaum adam sahaja ya? Kekalkan keayuan anda dengan baju kurung, baju kebaya mahupun kaftan menjelang lebaran ini



9. Baju Melayu Dua Tona

Bagi wanita tiada masalah untuk bergaya dengan fesyen baju kurung dua tona warna tetapi lelaki amat menitikberatkan soal ini.

Selalunya lelaki lebih gemar warna yang gelap contohnya hitam atau coklat supaya sesuai digayakan dengan songkok dan sampin berwarna hitam.

Tetapi korang mesti pelik kenapa pereka baju Melayu ni berani hasilkan baju Melayu dua warna macam ni?


10. Baju Melayu Batik
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Itulah peribahasa yang paling sesuai digunakan untuk Baju Melayu jenis batik moden ini. 


Dalam menampilkan ciri-ciri moden ke dalam pakaian, rekaan asli batik turut sama diselitkan bagi memberi keseimbangan. Sangat sesuai dikenakan oleh para jejaka yang pandai menilai seni dan budaya.

10. Baju Melayu Chelsea


11. Baju Melayu Tutup Perut
Baju Melayu itu direka dengan ukuran lebar pada bahagian lengan dan senteng pada bahagian badan.
Apabila baju-baju tersebut diperagakan oleh model-model lelaki dan wanita, netizen menggambarkan ia seolah patung orang-orang di sawah padi, selain menggelarkan ia fesyen "tutup perut."
Bagaimanapun, tidak diketahui tujuan baju Melayu versi itu direka dan siapa pereka fesyennya.



12. Baju Melayu Bengkung

Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi turut mengeluarkan koleksi baju Melayu yang dihasilkannya bersama pereka fesyen Razman Razmi. Pak Nil menjelaskan koleksi baju Melayu dihasilkan bersama samping dan bengkung warna sedondon itu diilhamkan daripada penghibur terkenal, Datuk Sudirman Arshad.
  
Walaupun ia tidak cantik, tidak kena dengan selera mata anda-anda, pasti ada segelintir akan memakainya di hari raya nanti. Siapa yang akan pakai, kita tunggu bila raya nanti. Tidak mustahil bukan?

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post