10 Rekaan Kurta & Jubah Melayu Moden Yang Sedikit Pelik Ini Hangat Diperkatakan Netizen

Setiap tahun bila tibanya hari raya, pasti pereka fesyen berlumba-lumba menghasilkan sesuatu yang baru dan menarik untuk dijadikan busana sempena hari raya. Dalam kemeriahan menghasilkan rekaan dan kreativiti, ada sahaja fesyen pelik dan viral yang akan muncul yang mendapat kritikan dan kecaman netizen.


Jadi jom kita selongkar rekaan kurta yang pernah tular dan hangat diperkatakan netizen

Kurta Tanpa Lengan




Makin lama makin ramai abang sado. Maka sekarang wujudlah Baju Melayu yang direka khas untuk mereka. Selain di gym, abang sado kini dah boleh nak "belanja" lengan dan badan pada Hari Raya di rumah sanak saudara dan rakan taulan. Barulah orang nampak penat lelah mereka selama ini bina badan dengan penuh dedikasi.

Kurta Kurung  
Baju kurta untuk kaum Adam yang dikatakan kelihatan seperti baju kurung wanita, menjadi bahan sindiran terbaru ramai netizen di Malaysia.

Gambar-gambar yang menjadi viral di media sosial menunjukkan kurta bercorak yang ditawarkan dengan warna hitam, biru dan biru kehijauan itu digayakan dengan kain, bukan seluar, justeru kelihatan seperti baju kurung wanita.

Kurta Coloreng coloreng


Kurta Body Fit 
Rekaan kurta di bawah koleksi EidulogyAF

Pereka fesyen yang tular dengan kurta melekap pada badan, Anuar Faizal tidak berkecil hati dengan kritikan pedas daripada kalangan netizen.


Jubah Pahlawan V-Neck



Membawa tema "striking and colourful", Jubah Pahlawan sememangnya menjadi satu fenomena dalam industri fesyen. Mana tak nya, baju warna-warni berkilauan, diperaga pula oleh abang-abang sado kacak pula. Jarang-jarang sekali ni.

Jubah Bertali Leher
Pujian patut diberikan kepada pereka ini kerana sangat inovatif tapi macam tak kena tempat. Jubah dengan tali leher? Sudahlah panas berjubah, dijerut tali leher pula tu.

Jubah Polo Shirt
Jubah eksklusif ini adalah edisi terhad dan tidak akan didapati di tempat lain. Rekaan Jubah yang unik & material kain yang berbeza serta berkualiti tinggi menjadikan Jubah ini berbeza dari yang lain. Terdapat 5 design pilihan untuk lelaki dan juga wanita. Rekaan yang moden dan ranggi ini pastinya membuatkan anda berada di kelas tersendiri.




Jubah Aneka Gaya



Agak susah untuk explain fesyen ini sebenarnya kerana ia memang susah ditemui. Semakin lama jubah menjadi semakin trendy dan bergaya. Kalau dulu, jubah mesti ada satu warna sahaja dan langsung tak ada corak lain. Kini, fesyen jubah seperti itu nampaknya semakin pupus.

Kurta Chef
Pelbagai reaksi daripada netizen mengenai fesyen baju ini. Ada yang ‘bahan’ baju kerja di dapur ini dijadikan baju raya.



Kurta dedah lurah 
 

Biasanya seksi itu disifatkan bagi pakaian perempuan, ini berbeza apabila kurta ini dikecam netizen sebagai seksi.

Baju kurta rekaan messedupapparel dikatakan pelik kerana potongan bahagian lehernya yang agak menjolok mata. Potongan bahagian leher terbuka luas mendedahkan bahagian dada lelaki disifatkan agak keterlaluan oleh netizen. Koleksi kurta Rouh ini didatangkan dalam pelbagai warna pastel dan dikatakan dijual untuk tempoh masa yang terhad sahaja tau!

Jubah Kelab Bola Sepak




 
Kebanyakan netizen menghetam rekaan ini.. apa pendapat korang..?

Kita sebagai pengguna haruslah memilih, jika pakaian itu tak sesuai untuk kita pakai, tak semestinya ianya tak bleh dipakai oleh orang lain. Dan setiap rekaan itu dihasilkan tentu ada sebab.

p/s : walaupun kelihatan sedikit pelik tapi percayalah ada sahaja yang akan pakai. ianya soal masa dan penerimaan seiring waktu berjalan ianya akan menjadi perkara biasa 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post