Pasti ramai pembaca di sini yang mengalami masalah dagu berlapis atau kita sering sebut sebagai double chin. Lapisan lemak yang terkumpul di bawah dagu ini sememangnya mempengaruhi keyakinan diri seseorang terutama sekali kauh hawa.
Terdapat beberapa faktor kenapa double chin ini memunculkan ‘dirinya’ dan ‘menumpang’ di dagu sesetengah individu. Namun begitu, ramai yang beranggapan bahawa ia disebabkan oleh berat badan berlebihan semata-mata.
Sebenarnya, tanggapan itu salah!
Cairan Terkumpul
Menurut pemilik bersama Tokyo Inc, Yumi, masalah double chin ini timbul kerana terdapat cairan yang terkumpul dan tidak dapat dicerna dengan baik.
Pendarahan Tidak Lancar
“Selain cairan yang terkumpul, double chin muncul akibat peredaran darah yang tidak lancar yang akhirnya tertumpu di bahagian dagu atau leher. Akhirnya, nampak berlapis,” katanya.
Ini bermaksud seseorang yang memiliki tubuh yang besar atau gempal tidak semestinya akan memiliki double chin.
“Bukan hanya bentuk tubuh yang besar, yang bertubuh kecil juga boleh mempunyai double chin disebabkan peredaran darah yang tidak lancar,” ujarnya lagi.
Fakor Keturunan
Selain faktor cecair yang ‘tinggal’ di kawasan sekitar leher, double chin juga boleh terbentuk disebabkan faktor keturunan, makanan dan juga pola kehidupan yang tidak baik.
“Faktor genetik juga mempengaruhi, begitu juga pola hidup yang tidak sihat,” katanya.
“Maka, ia perlu diimbangi dengan makan sihat dan senaman yang teratur supaya peredaran cairan di tubuh lancar dan baik,” tambahnya lagi.

Kredit : I Am Legen
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter