20 Checklist Persediaan Menyambut Bulan Ramadan Penghulu Segala Bulan

Alhamdulillah, bulan Ramadan datang lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
 

Bulan Ramadan mendapat gelaran sebagai Penghulu sekelian bulan. Di sana adanya ibadah puasa selama sebulan penuh, Zakat fitrah, Solat Tarawih, Lailatul Qadar, Nuzul al-Quran, Tadarus al-Quran, Kelebihan sedekah, Qiamullail, Tazkirah, Iktikaf dan lain-lain lagi.


Jadi jom kita selongkar persediaan bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi:

1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh. 



2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.

3. Menggantikan puasa dan ibadah wajib yang lain.

4. Banyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu agama. Mencari dan menghadiri ceramah-ceramah pra Ramadan. Bagi kaum lelaki, biasakan diri solat dan beri’tikaf di masjid

5. Mengulangkaji tentang ibadah puasa dan solat-solat sunat 
Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa. 



6. Mengulangkaji dan menghafal bacaan zikir dan doa-doa Solat Tarawih
Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)

7. Menyemak dan menghafal ayat-ayat / surah-surah terutama:
  • Surah-surah lazim bagi persediaan Solat Tarawih 
  • 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
  • Bacaan Ayat 100-110 Surah Ali Imran bagi menyempurnakan Qiamullail
8. Biasakan berselawat, beristighfar, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir. 

9. Mengajar dan mengingatkan anak-anak mengenai niat-niat puasa harian / sebulan Ramadhan 



10. Memberitahu larangan dan perkara-perkara yang membatalkan puasa kepada anak-anak

11. Baiki hubungan antara suami isteri, jiran, ahli keluarga dan ibu bapa

12. Membasuh kopiah, telekung dan sejadah yang bakal digunakan untuk beribadah terutama ketika Qiamullail kelak.

13. Membeli pakaian baharu untuk diri dan ahli keluarga bagi persediaan berjemaah di masjid / surau

14. Membeli dan menyediakan bekalan buah tamar / kurma untuk berbuka / sahur

15. Sediakan jam loceng atau download ringing tone yang mampu mengejutkan antum.

16. Mencuci dan membersihkan masjid / surau kawasan, permaidani, kolah dan peralatan ibadah seperti telekung, sejadah serta sutrah

17. Membersihkan pusara ibu bapa atau bergotong-royong bersihkan tanah perkuburan 


18. Kumpul dan sediakan senarai nama anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan untuk dihulurkan bantuan di sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal kelak.

19. Bakal pengantin yang nipis imannya, tangguhkan perkahwinan sehingga berakhir Ramadhan.

Nabi ï·º mengasingkan diri daripada isteri-isteri Baginda dengan beriktikaf di masjid pada setiap kali Ramadhan sehingga tahun Baginda wafat. Daripada Aishah r.ha.:

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

“Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi ï·º menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus).” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


20. Bersyukur kerana diketemukan dengan Ramadan kali ini dan Berdoa agar dipertemukan bulan ramadan akan datang.

Bersyukur kerana telah diberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah dan zikir.

Kredit : Akuislam / tokuban78
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
Previous Post Next Post