15 Peribahasa Melayu 'Rare' Yang Jarang Kita Dengar Berserta Maksud Tersiratnya

Hasil tulisan Ahmad Faiz tentang kehebatan orang Melayu dalam mencipta dan menggunakan peribahasa tular di twitter melalui laman Tweet Malaysia. Ia nyata telah membuka mata ramai pihak tentang lenggok bahasa yang mempersona generasi terdahulu. Ciapan tersebut telah diulang kicau lebih dari 5,500 kali oleh pengguna laman terbabit.


Peribahasa Melayu sememangnya satu cabang ilmu Melayu yg genius. Tapi, kalau hari-hari baca peribahasa yg sama je, mungkin kita tak nampak tang mana hebatnya tamadun Melayu. Thread ni aku kongsikan skit antara peribahasa yg jarang kita dengar : tentang alam, pelayaran, pembuatan besi dan meriam.

1. Bak membelah buah kepayang muda, dimakan mabuk, dicampak sayang

Buah kepayang ni dijadikan ramuan dalam masakan Nusantara. Tapi untuk dijadikan makanan ia perlu diproses melalui proses yang panjang, kalau tak, boleh membawa maut. Ada la petua proses dia, aku pun tak ingat.

Jadi kalau membelah kepayang muda (yang belum diproses), dimakan mabuk (boleh bawa maut), dibuang sayang (tak elok buang-buang makanan) – Erti: melakukan suatu yg serba salah. 

Peribahasa lain yg sama makna : ditelan mati emak, diludah mati bapa; digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. Antara pantun yang ada sebut kepayang:

Sayang kepayang buah kepayang,

Mari taruh atas peti,

Kalau sama kasih sayang,

Biar kita hidup semati

2. Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman




Ini antara favourite aku sebenarnya. Lelaki (kumbang) yang pemalu (jinak) pun akan make a move (terbang beredar), kalau wanita (bunga) yg berkenan di hati pun muncul (kembang di taman). Bunga dalam adat Melayu memang sinonim. Sebab tu kalau kita datang nak meminang, kita kiaskan dengan “memetik bunga di taman”. 
Gambar : Ahmad Faiz

Bunga dalam adat Melayu memang sinonim. Sebab tu kalau kita datang nak meminang, kita kiaskan dengan “memetik bunga di taman”. 

3. Seperti Peluru Dua Setuangan


Besi (peluru) kan dibuat melalui tuangan besi cair panas ke dalam acuan. Jadi kalau dua peluru yang dituang seacuan, kan sama rupanya. Peribahasa yang sama: Seperti pinang dibelah dua, Pelanduk dua serupa.  

4. Umpama Ditembak Dengan Peluru Petunang


Peluru petunang ni ialah peluru yang telah dijampi. Ia dijampi dengan tujuan setiap bedilan yang dilancarkan akan tepat ke sasaran. Amacam hebat kan orang Melayu dulu? Peluru pun dijampinya. Antara pantun yang ada menyebut perkataan petunang: 

Kututuh mari sebatang pisang,
Habis menimba selara padi,
Kutembak dengan peluru petunang,
Naga tak kena ular tak mati.


Jangan ingat Daenerys Targaryen je ada naga, orang Melayu pun ada mitos naga tau.  

5. Kalau Sama Tinggi Kayu Di rimba, Di Mana Angin Akan Lalu



Kalau semua manusia mempunyai darjat, bakat, citarasa yang sama, mesti hidup ni sukar untuk diteruskan. Atau dalam kata lain, kita memerlukan antara satu sama lain tak mengira apa jua lapisan masyarakat. 

Menunjukkan orang Melayu dulu cukup arif dalam ilmu hutan rimba. Diorang tahu yang kalau pokok semua sama tinggi, macam mana nak merasa angin.

6. Berkokok di Luar Gelanggang, Bila Ke Tengah Menyusup Di Bawah Kelangkang



Makna mudahnya, kalau kecam orang, dialah nombor satu, tapi bila suruh buat sendiri. Lebih kurang sama dengan peribahasa: Belum bertaji hendak berkokok.
7. Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan

Maksudnya, ucapan seseorang yang menggemparkan orang di mana-mana. Gambar : Ahmad Faiz


8. Takut dihujung bedil, lari ke pangkalnya


Kalau ada masalah, dekatinya dengan cara yang bijak dan jangan jauhinya. Yelah, kalau berdiri depan bedil memanglah takut sebab situ keluarnya bedilan, tapi kalau duduk pangkal meriam, selamat. Gambar : Ahmad Faiz

9. Kalau tak bermeriam, baiklah diam


Aku rasa peribahasa ni paling senang nak faham. Kalau tak boleh nak “function” macam meriam, baik diam je.

10. Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta

Secara kasarnya, maksud peribahasa ni ialah tak guna cakap sesuatu perkara dekat orang tak faham bahasa. Orang bodoh yang tak faham makna kiasan atau sindiran Gambar : Foto Media

11. Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim


Org dulu berlayar menggunakan tiupan angin. Maka ilmu pelayaran seperti angin perlu dimahirkan. Kalau belayar di musim yang salah, pasti takkan sampai destinasi yang ingin dituju (sia-sia).
Gambar : Boatdesign

12. Seberat-berat kayu, terapung jua dalam air 



Sekeras-keras kayu pun, ia tetap terapung dengan elemen yang lebih lembut daripadanya: air. Sehebat manapun manusia, pasti dia ada kelemahan.
Gambar : Whyzz

13. Binatang tahan palu, manusia tahan kias

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

14. Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak.



Maksudnya, mengandung tetapi selalu keguguran. 

15. Di mana batang Terguling, Di situ Cendawan Tumbuh

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. 

Apa yang kita boleh belajar dari peribahasa-peribahasa Melayu ni? Orang-orang Melayu dulu adalah hebat-hebat belaka. Usahlah dimomokkan lagi bahawa kita nak buat jarum sebatang pun tak pandai. Peribahasa-peribahasa ni je dah cukup membuktikan yang orang Melayu dulu bermain dengan sains dan teknologi dalam hidup sehari-hari.

Kredit : Ahmad Faiz
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post