"Haish, Pening La" Rasa Serabut Dengan Keadaan Sekeliling? Lakukan 15 Tip Menarik Ini

Kehidupan memang penuh dengan pancaroba. Ada suka ada duka ada manis dan ada pahitnya. Begitulah lumrah kehidupan. Sebagai seorang insan yang lemah diatas muka bumi ini sudah pasti kita atidak akan pernah dapat lari dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan harian kita.


Begitu juga dengan ujian dan dugaan yang kita sering hadapi di dalam kehidupan ini. Jika diteliti secara halus, ujian yang diberikan oleh Allah sebenarnya mempunyai hikmah disebalik ujian itu. Oleh itu kita sebagai hambanya haruslah tidak merungut dengan ujian yang diberikan olehNya sebaliknya mensyukuri ujian tersebut.

Normaliza Mahadi baru-baru ini ada berkongsi tips bagi mereka yang sering merasa “down” dalam kehidupan sehari-hari. Moga dengan tips yang diberikan olehnya mampu memberi manfaat kepada pembaca semua. Mari baca perkongsian beliau.

Kadang dalam hidup ni kau memang rasa down. Lemah. Tak bermaya. Rasa tak nak jumpa orang. Rasa macam nak nangis tak tentu pasal. Nak marah tak tentu hala. Kau rasa dunia ni macam bukan tempat kau. Rasa tersingkir. Pedih. Dan 1001 macam perasaan lagi. Sebelum kau jumpa bomohlah apalah ustazlah dan doktorlah. Cuba kau tengok sekeliling hidup kau

1. Kemaslah rumah yang dah macam tongkang pecah tu


2. Buanglah barang yang dah tak guna tapi simpan dah berbelas tahun 

Kerusi tak ada kaki satupun masih ada kat depan rumah dengan harapan 5 tahun dulu akan diperbaiki dan diguna semula.

3. Tukarlah Cadar Bilik Tu 

Dah berkuman berbakteris bervirus dan kepam dah. Manalah nak sihat dan nak hati berbungga kalau tempat rehatpun kotor dan tak terurus.

4. Kemas Peti Ais Yang Dah Berkulat Tu
Susun balik makanan yang kau tak tahupun ada sebab dah lama beli tapi tak buat apa. Gantikan dengan makanan sihat.

5. Bilik air tu basuhlah 

Berus dan letak wangian sikit. Supaya bila masuk baunya segar dan menyelesakan. Ini dah lagi serabut dari tandas awam!

6. Buang Baju Yang Tak Pakai lagi
Bukak almari tu dan buang semua baju yang dah koyak, beretas benang, kecik dan tak sesuai pakai lagi. Biarlah baju yang ada tu baju yang pakai. Pergi simpan baju yang tak pakai kenapa??

7. Kemas Handbag Tu  

Macam-macam resit ada. Bukan boleh claim pun. Tisu hingus pun ada lagi. Macam-macam sampah

8. Google makanan sihat dan berkhasiat Bukan susah naa pun. Google aje dulu. At least ada idea nak makan apa.

9. Buang aje kawan toksik dalam FB ni. 
Unfriend. Menyemak aje baca status yang ntah apa-apa. Memerli dan menghina. Kau pun terasa. Tengok youtube macamana nak unfriend orang. Tapi saya tak nak memutuskan silaturahim.. kau unfriend tapi simpanlah no telepon dia. Besok raya ke anak nak kahwin ke, jemputlah. Tak akan itupun nak ajar.

10. Kemas kereta korang yang dah berserabut tu.

Buang benda tak guna dan sampah sarap tu. Supaya bila masuk kereta, hati jadi tenang. Mana tak sedih, kereta bayar beribu tapi dah macam lori sampah!

11. Masuk bilik anak dengan plastik sampah hitam heavy duty tu
Kutip dan buang benda tak relevan. Ajar anak berkemas. Kemas. Kemas. Kemas. Mainan anak yang rosak tu kau buang.

12. Masuk stor
Benda yang dah tak usik lebih setahun makanya tak guna. Bagilah kat orang. Baby cot tu kau nak buat apa? Anak kau paling kecik dah umur 10 tahun. Dan kau pun tak boleh beranak lagi. Cucu tu nanti biar mak ngan bapak dia beli baru.



13. Kau round kawasan rumah
Buang pasu yang dah retak 1000 tu. Tayar kereta saga kau yang kononnya nak tanam pokok tu, campakkanlah. Dah 15 tahun projek tak berjalan. Pilihanrayapun dah 3 kali. PM dah bertukar, projek tanam pokok kau masih di tahap angan-angan

14. Apa segala benda kat porch rumah tu, kemas kan
Barulah masuk rumah bersemangat. Benda yang tak guna buang. Rim tayar yang tak taulah nak buat apa tu, jual. Dapat gak duit

15. Beli sejadah dan telekung baru

Beli AlQuran yang baru gak. Untuk semangat beribadah. Kan ke mengingati Allah itu hati jadi tenang.

Kadangkala perasaan down ni datang dari persekitaran dan kehidupan yang serabut. Ubah aje kehidupan tu.

Kepada yang memang ada masalah kesihatan, jumpalah Dr untuk diagnose yang betul. Berjuta kerajaan bayar dia orang untuk belajar. InsyaAllah, kita akan dapat menafaat.

Sekian, harap maklum.

by NM

#solutionfocusedbrieftherapy

Sumber: Normaliza Mahadi
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post