30 Jenis Kuih, Biskut & Kerepek Raya Popular Sempena Lebaran

Kuih raya sememangnya menjadi juadah lazim yang akan dihidangkan pada para tetamu yang berkunjung ke rumah sempena hari raya aidilfitri. Jadi kuih raya apakah agaknya yang sering mendapat tempat dan confirm habis sebalang kalau dihidangkan pada tetamu ya?


Jom kita selongkar, pelbagai jenis kuih atau biskut raya yang selalu menjadi pilihan tetamu di hari raya dulu, kini dan selamanya.


1. Almond Crunchy Bar
BISKUT Crunchy Almond Bar juga dikenali sebagai biskut Florentine. Ia antara biskut yang paling mudah untuk disediakan. Nama florentine diambil dari nama tepung yang digunakan dalam resipi ini.


2. Tart Nenas
Sebut sahaja tat nenas mesti ramai yang terliur. kuih tat nenas ini sememangnya digemari dan menjadi pilihan setiap kali tiba hari raya. Inti nenas disalut dengan doh tepung sememangnya memberi sensasi yang tersendiri buat penggemarnya.

 
3. Batang Buruk

Kuih batang buruk adalah sejenis kuih tradisi terkenal di Malaysia. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung berang dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk menjadi silinder bulat berongga dan diisi dengan serbuk kacang hijau yang digoreng.


4. Biskut Semperit Dahlia

Melihat kepada biskut dahlia pasti terpana dengan bentuk kelopaknya yang nampak cantik macam bunga dahlia yang berkembang. Bukan calang-calang nak buat adunan sehingga menjadi biskut semperit dahlia bentuk cantik dan terletak.


5. Biskut Gajus
Biskut gajus merupakan sejenis kuih tradisi yang senang dibuat kerana perlu diterap-terap sahaja. Untuk mewujudkan rasa lemak manis sedikit, anda boleh tambahkan sedikit gula dan sedikit garam.


6. Kuih Makmur
Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing untuk menambahkan lagi rasa lemak pada biskut Makmur ini. Resepi yang tak asing lagi masa kecil-kecil dulu, memang favorite orang kampung sebab agak senan nak buat biskut ini.


7. Biskut Mazola
Biskut yang berasaskan kacang tanah yang dihancurkan ini merupakan salah satu resipi kuih raya tradisi sedap dan menjadi pilihan di hari raya.


8. Biskut Sampan
Salah satu daripada jenis biskut raya warisan zaman berzaman yang mungkin jarang-jarang kita lihat kini. Rugi jika biskut ini hilang dan tenggelam kepada generasi baru. Sebut tentang biskut sampan, mesti tidak boleh lari daripada acuan biskutnya yang berbentuk sampan. Selain bentuknya, intinya yang menggunakan adunan biasa yang dicampur dengan kelapa goreng.


9. Biskut Sarang Semut
Biskut sarang semut adalah salah satu biskut raya tradisional yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu sampai sekarang. Doh biskut ini perlu diparut untuk mendapatkan doh yang halus-halus seperti sarang semut. Mungkin sebab itulah biskut ini dipanggil sarang semut. Hehehe.

Campuran tepung jagung dan juga tepung kastard dalam resepi ini menjadikan biskut ini lembut dan rangup apabila di makan. Gunakan mentega premium untuk hasilkan biskut yang lebih sedap. Untuk hiasannya pula boleh gunakan coklat urai, gula manik atau sebagainya mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
  

10. Suji
kuih tradisi berwarna putih dan gebu yang atasnya ada hirisan buah ceri merah.


11. Almond London
Bahan utama ialah kekacang almond yang dibakar, dan disalut dengan adunan doh biskut yang lemak, gebu dan rangup… dicelup dalam cairan coklat dan kemudian ditabur dgn hiasan badam cincang.


12. Kuih Buah Rotan

Kuih buah rotan atau juga dipanggl sebagai kuih redan atau keciputan adalah sejenis kuih tradisional melayu yang dibuat daripada tepung pulut dan telur. Ia dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api sederhana perlahan sehingga kekuningan dan diangkat lalu sedia untuk dihidangkan.


13. Conflake Madu


14. Kerepek Bawang


15. Kerepek Pisang

 
16. Kuih Kapit
kuih kapit adalah wafer gulung renyah yang berasal dari Sepanyol. Ia dibuat dari bahan asas seperti tepung, gula, putih telur dan mentega yang diadunkan kemudian dibentuk menjadi silinder berongga atau kon.


17. Rempeyek
Peyek merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada tepung gandum dan campuran ramuan yang ditambahkan seperti kacang, ikan bilik dan lain-lain. Peyek digoreng dipis di dalam minyak panas dengan bentuk leper yang menyerupai keropok.


18. Semperit
Kuih semperit adalah kuih tradisional tempatan yang dihidangkan semasa sambutan hari raya aidilfitri. Semperit diperbuat daripada tepung gandum, tepung jagung, serbuk kastard, gula dan marjerin. Bahan-bahan ini dicampur bersama menjadi sebuah adunan dan digulung dan dipotong menjadi kepingan kecil dan dibakar sehingga kuning keemasan.

 
19. Baulu
Kuih baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian.Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.


20. Putu Kacang


21. Kuih Karas
Kuih karas atau kuih jala adalah kuih tradisional dari Kedah (dikenali sebagai karas). Di Kedah, kuih ini biasanya ditemui di Daerah Kota Setar.  ia sesuai untuk dimakan semasa minum teh dengan secawan kopi panas.


22. Popia Nestum
Kuih kegemaran anak-anak kerana rasanya yang dekat dengan si manja. Kulit popia digoreng dan diadun sebati dengan serbuk nestum memberikan sensasi tersendiri sebagai kuih raya makan satu habis sebalang.


23. Popia Simpul
Popia simpul atau lebih sinonim dengan panggilan popia simpul kasih merupakan salah satu hidangan kuih dan kudapan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, Selain rasanya yang rangup dan sedap, simpul kasih ini juga mudah didapati.


24. Biskut Kelapa


25. Kuih Bangkit


26. Biskut Mama Carey


27. Kuih Ros


28. Biskut Chocolate Chip



29. Red Velvet Cookies
Cookies raya menjadi trend dan menjadi pilihan masyarakat berhari raya.

 

30. Biskut Lidah Kucing



Rambang mata nak pilih ni sebab semua sedap-sedap 

p/s : Kebanyakan kuih di atas adalah dari kuih raya tradisional yang kian dilupakan. Diharap perkongsian ini dapat mengembalikan memori sewaktu makan kuih muih ini sewaktu berkunjung ke rumah tetangga beraya. 


Kredit : google

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post