Ramai di antara kita yang suka memanaskan nasi kembali berulang-kali, tetapi tahukah anda ia berpotensi meningkatkan keracunan makanan?
Risiko keracunan makanan sebenarnya adalah berpunca daripada cara penyimpanan sisa nasi sebelum dipanaskan.
Beras mentah yang belum dimasak mungkin mengandungi spora Bacillus Cereus. Bakteria ini dapat bertahan hidup setelah nasi masak. Sewaktu nasi yang sudah masak dibiarkan sejuk pada suhu bilik, bakteria tersebut boleh berkembang dan menghasilkan racun yang sering menjadi penyebab keracunan makanan.

Semakin lama nasi dibiarkan, semakin meningkat risiko nasi itu tidak selamat untuk dimakan. Oleh itu, lebih selamat jika anda tidak memanaskan nasi hingga berkali-kali kerana nasi yang sejuk menyebabkan spora Bacillus cereus semakin bertambah banyak dan mengeluarkan toksin yang menyebabkan muntah dan cirit-birit.
Adalah sangat penting untuk anda menyimpan nasi dengan cara yang betul secepat mungkin sekiranya anda berniat untuk memanaskannya semula.
Sumber: Hello Doktor
Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter
terima kasih atas perkongsiaan ilmu ini...membantu sangat.
ReplyDeleteJACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteWA : +855969190856
Menarik ilmu ini, sangat bermanfaat! Terima kasih ya.
ReplyDeletetrademark Malaysia