8 Rekaan Bentuk Kuih Tat Nenas Pelbagai Jenis Dan Rupa, Serius Kreatif

Kuih tat nanas sememangnya menjadi pilihan tatkala tiba hari raya. Rasa inti nanas diadun dengan tepung dan lapisan keemasan menjadi tat nenas popular sebagai kuih raya sempena hari raya. 

Tapi saban tahun kita lihat ada terdapat macam-macam jenis dan bentuk tat nenas ini yang di ubah suai atau direka bentuk menjadi macam-macam rupa bagi menampakkan kelainan dan satu pembaharuan dari segi rupanya.


Bentuk-bentuk tat nenas yang pelbagai gaya tapi rasa tetap sama

Bila tengok dalam internet, banyak lagi rupanya jenis rupa tart nenas yang boleh anda cuba sesuai dengan kekreatifan anda. Tapi sebelum tu, meh Kak Long kongsi sikit resipi tart nenas kot-kot anda rajin nak cuba hujung minggu ni.

Bahan-bahan:
  • 350 gram tepung serbaguna
  • 200 gram mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 2 biji telur gred B (ambil kuningnya sahaja)
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 kg jem nenas – Boleh dibeli di kedai menjual bahan-bahan bakeri

Cara-caranya:
  1. Ayak tepung, gula aising, tepung jagung dan tepung kastad dalam satu bekas
  2. Ulikan bersama mentega / marjerin sehingga mendapat doh yang lembut.
  3. Selepas itu masukkan esen vanilla dan kuning telur tadi. Uli lagi sehingga lembut.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam dan kemudian anda boleh bentukkan menjadi tart dengan memasukkan jem nenas yang telah dibulat-bulatkan. mengikut acuan atau rekaan yang anda inginkan.
Jom kita selongkar bentuk-bentuk tart nenas lain yang serius macam-macam bentuk dan rupa mungkin boleh dijadikan inspirasi buat anda yang inginkan kelainan dalam bentuk tat nenas.

1. Tat Nenas Gulung
Cara yang paling mudah. Doh tart kebiasaanya dipotong memanjang menggunakan mesin. Jem tart kemudiannya digulung melintang di atas doh tadi dan dipotong mengikut saiz doh dan digulung. Senangkan?


2. Tat Nenas Bentuk Daun


3. Tat Nenas Nona Bentuk Nenas
Tat nenas ni kalau tak silap ada org memanggilnya 'tat nona'. Tapi apa2pun, intinya tetap inti nenas kan. Rasa dan teksturnya mmg best!


4. Tat Bentuk Bunga Klasik 
Simple dan mudah. Hanya tekup menggunakan acuan sedia ada dan tempek inti tat nenas di atasnya, siap


5. Tat Nenas Bentuk Bunga Moden
Kelopak bunga mekar dengan kuning sapuan kuning telur memang menyerlahkan lagi tekstur kuih tat. 


6. Tat Nenas Kerang
Bosan gulung-gulung je, mak pun tukar style buat ala kerang, ada yang bergurau senda kata nak makan kuih tat kerang kena rebus dulu.. ;p



7. Tat Nenas Kiub
Boleh cuba makan dan layan tat nenas kiub yang gebu gebas ini sambil tutup mata. Feel kuih yang lembut itu cair didalam mulut anda. Nyum nyumm…



8. Tat Nenas Bentuk Buah
Bayangkan makan tat nenas inti nenas tapi rupa luarnya bentuk buah lain? ada serasa clash tak perasaan tu? Tapi selalunya tat nenas begini dijadikan hantaran perkahwinan.


Selamat Mencuba

Via : Selongkar10
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook / Instagram / Twitter

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

  2. para Member setia Fansbetting,
    untuk kalian para pecinta permainan casino online
    yang mungkin sedang mencari agen terpercaya dengan bonus rollingan yang besar
    kami menyarankan kepada kalian semua para member setia kami
    bahwa kami akan memberikan BONUS ROLLINGAN 0.70% untuk kalian semua
    dan langsung otomatis masuk ke dalam id kalian,
    jadi untuk kalian yang mau mencoba bonus ini dan ingin bermain di salah satu agen yang terpercaya
    kalian bisa bermain bersama kami . fansbetting.com
    * CLAIM NOW AND JOIN US *

    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di:
    WA : +855963156245^_^

    Ayo tunggu apalagi !!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post