10 Illustrasi Air Dicincang Tidak Akan Putus, Papar Memori Waktu Membesar Adik Beradik Yang So Sweet

Setiap orang pasti mempunyai memori sewaktu kecil dimana membesar dengan penuh kasih sayang daripada ibu bapa. Tidak banyak berfikir, cuma having fun sahaja seperti dalam kartun Disney  main, makan tidur dan ulang setiap hari.

Budak-budak sekarang main rumah-rumah dalam The Sims dan sama waktu dengannya. Depa harus merasai that moment. Sumpah nak nangis kalau mengimbau zaman kanak-kanak weh.

Dulu waktu kecil, rasa nak cepat jadi besar.
Sekali dah besar panjang, nak jadi kecik balik. Happy je! jadi jom kita selongkar momen momen indah sewaktu membesar yang pasti mengimbau kenangan

Papaku Pulang Dari Kota, Papaku Belikan Kereta
Walau apapun pemberian ayah, pasti ianya membawa sinar kegembiraan

 

Petik Buah Bila dah masak
Nikmatnya bila dapat makan buah serius, tak ternilai


Tutup Tingkap Kala Senja
Bukan sahaja senja, tapi waktu nak hujan takut petir 


Makan ramai-ramai berkumpul sama jiran tetangga
Saling bertukar-tukar makanan

 

Bila mak tengah lipat baju time tu lah jugak duk kacau
Inginkan perhatian




Susun Kusyen tinggi-tinggi macam menara
Rindunye main buat rumah guna kusyen. Budak2 sekarang mana merasa. Rumah semua pakai sofa dah

Urut badan ayah yang penat seharian mencari rezeki

I used to pijak belakang abah but now when abah mintak pijak dia, I just cannot. Abah’s growing old really makes my eyes tear up.


Berkumpul ramai-ramai depan tv menonton rancangan tv
Yang paling depan tu kaki mesti nak tekan-tekan rak tv

 

Main Pondok-pondok ada yang jadi mak, ayah anak dan adik


Dunia adik beradik ni unik sebenarnya, penuh dgn rebut-merebut, tarik-menarik, lompat-melompat mcm2 arr lg aksi yg akn tersimpan utuh dlm ingatan kita selamanya, walaupun zaman itu telah berlalu tp kenangan tu tetap utuh sehingga keakhir hayat, itulah "zaman adik beradik".

Kredit : AlimiArt

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Zaman adik beradik sewaktu ketika dahulu. Memang terasa sampai sekarang, memori. Terima kasih kerna berkongsi artikel yang menarik.

    ReplyDelete
  2. sungguh menggamit kenangan lampau, terima kasih untuk perkongsian ini

    ReplyDelete
Previous Post Next Post