7 Aplikasi 'SPY' Di Play Store Ini Mengancam Keselamatan Data Peribadi Anda, Buang Sekarang - PDRM

Tahukah anda bukan semua aplikasi selamat untuk digunakan.

Baru-baru ini syarikat sekuriti Avast telah menemui sejumlah aplikasi di Google Play Store yang didapati mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.




Aplikasi-aplikasi tersebut ialah:
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free;

2. Spy Kids Tracker;

3. Phone Cell Tracker;

4. Mobile Tracking;

5. Spy Tracker;

6. SMS Tracker; dan

7. Employee Work Spy.



Menerusi kemaskini Facebook Polis Diraja Malaysia, kesemua aplikasi berkenaan telahpun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.

Para pengguna Anroid diminta untuk membuang atau uninstall aplikasi-aplikasi berkenaan secepat mungkin. Ini bagi megelak anda dari menjadi mangsa jenayah siber.


Info lanjut, klik sini.

4 Comments

Apa Kata Anda?

  1. seronok baca artikel ni. terima kasih untuk perkongsian. artikel yang baik. Semoga dipermudahkan untuk segala urusan.

    ReplyDelete
  2. artikel yang sangat berguna untuk pengetahuan masyarakat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerna sudi kngsi artikel sebegini. Akan lebih berhati hati di masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Previous Post Next Post