10 Logo & Maskot Sukan Sukma Malaysia Dari Tahun 2010 - Sekarang

Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah sebuah acara beraneka sukan dwitahunan peringkat kebangsaan yang disertai atlet muda dari 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.


Kejohanan tersebut dikawal selia oleh Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, majlis Olimpik Malaysia dan Persatuan Sukan kebangsaan acara sukan yang dipertandingkan di temasya sukan tersebut.

Logo & Maskot Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010
Kancil adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka. 


Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.





Maskot Sukan Malaysia XV, Pahang 2012
Sukan Malaysia XV, Pahang 2012
Tuan Rumah : Pahang
Tarikh : 9 Julai - 16 Julai 2012
Moto : Sukan Menjana Perpaduan



Maskot : Tahan, Puteh, Rajah dan Teku.


Maskot Sukan Malaysia XVI, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013


Harimau Muda



Bermula pada tahun 2014, Sukma dianjurkan secara dwi tahunan (dua tahun sekali) dengan dengan Perlis menjadi tuan rumah diikuti Sarawak (2016), Perak (2018) dan Johor bakal menjadi tuan rumah sukan tersebut pada tahun 2020.

Logo & Maskot Sukan SUKMA XVII 2014
Temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 berlangsung di Perlis dari 24 Mei hingga 4 Jun 2014.

Maskot : Singa Utara
Cogan kata : Seiring Menuju Kecemerlangan


Logo & Maskot Sukan SUKMA 2016
Cogan kata temasya Sukan Malaysia 2016 ialah "Perpaduan dalam kepelbagaian". Ia melambangkan perpaduan atlet dari 14 negeri Malaysia dan Brunei, pegawai-pegawai teknikal, kakitangan sokongan dan sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza.

Logo temasya Sukan Malaysia 2016 merupakan imej sebuah Burung kenyalang, burung negeri Sarawak. Burung kenyalang pada logo yang merupakan simbol Sarawak dan Warna bendera Sarawak, merah, kuning dan hitam, mewakili Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia. Unsur matahari logo mewakili kepantasan dan kecerdasan olahragawan, manakala huruf besar ‘S’ dan U mewakili Sukan Malaysia.

Maskot rasmi Sukan Malaysia 2016 ialah sepasang burung kenyalang yang masing-masing bernama Satria (lelaki) dan Satrina (perempuan), yang direka oleh Amir Hassan Mohd Shah. Dikatakan Sarawak dikenali oleh kebanyakan orang sebagai "Bumi Kenyalang" atau "Land of the Hornbills" dalam Bahasa Inggeris dengan burung kenyalang dianggap sebagai simbol negeri. 

Pengambilan burung kenyalang sebagai maskot temasya adalah untuk mewakili Sarawak sebagai negeri tuan rumah temasya tersebut.



Logo & Maskod SUKMA Ke 19 XIX, Perak 2018
SUKMA 2018 berlangsung dari 11-22 september 2018 dengan slogan Wow! kita hebat.  


Maskot rasmi adalah ikon haiwan negeri Perak iaitu seladang yang diberi nama Chor. 
Nama diberi bersempena dengan panggilan sulung dalam keluarga mengikut dialek negeri Perak.




Logo & Maskot Sukan SUKMA XX, Johor2020

Memperkenalkan logo rasmi bagi SUKMA XX Johor 2020 yang bercirikan elemen Jawi huruf “Jim” mewakili Negeri Johor selaku tuan rumah SUKMA XX Johor 2020 dan juga identiti kebanggaan Bangsa Johor yang masih memartabatkan penulisan ini.


Harimau dinamakan Jimi dipilih sebagai maskot Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 Johor 2020


Kredit : Wikipedia

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post