15 Fakta Menarik Tentang Ayam Betina, Telur Ayam & Anak Ayam

Tahukah anda ayam betina boleh bertelur tanpa sperma jantan? Ini antara fakta lain mengenai ayam yang mungkin ramai tak tahu. Sebuah perkongsian daripada Faisal Rahim tular di laman twitter mendapat lebih 4k retweet berkongsikan sedikit ilmu pasal ayam. Dulu pernah bela ayam belakang rumah.  


Ayam Betina Boleh Bertelur Tanpa Ayam Jantan
• Ayam betina boleh bertelur tanpa perlukan sperma ayam jantan.

• Telur yang korang beli tu kalau dieramkan, memang takkan jadi ayam.

Sperma Ayam Jantan Tahan Selama 14 Hari
• Sperma ayam jantan boleh berada dalam ayam betina sampai 14 hari.

• Kalau nak menetaskan ayam, masa ovum (kuning telur) tu nak jadi, dia lepaskan sikit-sikit sperm tu. 

• Kalau ada sperm, telur tu boleh menetas. Kalau tak ia tetap keluar jadi telur tapi tak boleh menetas.

Satu Hari Satu biji Je
•Setiap hari ayam betina boleh menetas sebiji telur sahaja (1 cycle ovulasi).

• Kuning telur tu diperangaruhi diet ayam. Ayam makan jagung kuning, makin pekat warna kuning telur tu. 


• Kalau ayam makan kalsium cukup, cengkerang telur tu akan lebih sihat/kuat.

Sebab Cengkerang Telur Ayam Mudah Pecah
• Kalau ayam tu kurang kalsium, telur mudah pecah masa handling (rapuh).

• Telur nak menetas perlukan masa 21 hari.

Susunan Telur Yang Betul
• Telur tu kena susun tegak masa eramkan sebab ada bubble udara belah atas untuk anak ayam bernafas. Kalau terbalik, boleh jadi telur busuk. 


• Harga anak ayam kalau beli >500 ekor : RM2 seekor.

Ayam Membesar Dalam Tempoh 2 Bulan
• Ayam daging ni 35-42 hari dah boleh jual/makan.  

• Bela 50 ekor anak ayam, mungkin hidup cuma 20 ekor.

Istilah Yang Diberikan Kepada Ayam
  • Ayam bogel/togel: ayam yang tidak berbulu
  • Ayam (bulu) balik: ayam yang bulunya terbalik (keriting)
  • Ayam cemani: ayam yang hitam seluruhnya
  • Ayam katik: baka ayam yang kerdil, misalnya baka ayam serama
  • Ayam lemba: ayam yang rendah badan
  • Ayam meluruh: ayam yang keguguran bulu
  • Ayam selasih: ayam yang bulunya berbintik-bintik hitam atau kelabu


Bela ayam ni kurang sikit sentimental macam bela lembu/kambing. Sebab sebulan dah boleh jual dan sembelih. Lagipun ayam tak kenal kalau kita panggil dia. 

Bela lembu kena jaga sampai 3-4 tahun. Ada bonding kat situ. Korang cubalah. Seronok untuk pengalaman. Wallahua'lam.

Kredit : Faisal Rahim 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post