Ubat-Ubatan Perlu Ada & Bawa Bagi Mencegah Sakit Yang Mengganggu Mood Sewaktu Travel

Nak Standby Ubat Apa Ye Masa Travel? Ubat Apa Yang Perlu Ada & Standby Sebelum Sakit Sewaktu Travel Jauh Ke Luar Negara. Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku sepanjang travel.



1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. 

Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti!

Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas:
  •  Paracetamol - Demam, tak sedap badan, pening kepala  

  •  Loratadine - Selsema/alahan/gatal - Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil 
  •  Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak)
  •  OTC throat lozenges - Melegakan sakit tekak - Ada juga buat hilang mengantuk ketika drive

2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak? Rasa macam tersalah makan? 
Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit! Idea ubat-ubatan yang boleh membantu situasi di atas: 
  •  Dimenhydrinate - Mengelakkan / mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan
  • Charcoal tablets - Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit - General detoxification agents. Boleh bantu menyah toksin di dalam perut 
  •  Hyoscine butylbromide - Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa
  •  ORS (air garam) - Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut 

3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? 
Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak terhiris jari? Hah, perlu standby apa? Antara yang boleh membantu: 
  •  Mefenamic acid - Ubat tahan sakit
  •  Pain management cream/oinments - Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan 
  •  Krim luka - Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil 
  •  Plaster luka - First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana! 

Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni.

Nota kaki:
Bagi yang mempunyai penyakit kronik, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor anda sebelum anda memulakan perjalanan. Pastikan anda membawa ubat-ubat dan alat-alat lain yang diperlukan selengkapnya.

Ubat-ubat anda boleh di bungkus di dalam kotak-kotak kecil, ataupun lebih mudah lagi, di dalam kotak pengasingan ubatan harian dan labelkan supaya anda tidak lupa. Catatkan ubat-ubat yang anda bawa dan kegunaannya supaya lebih mudah untuk dirujuk.

Jika sakit anda berlarutan selama lebih dari 3 hari, sila dapatkan nasihat doktor di hospital/klinik berdekatan.

Kos rawatan perubatan di sesetengah negara adalah sangat mahal. Travel insurance adalah penting bagi mengelakkan anda daripada terpaksa menanggung kos perubatan anda sendiri sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa anda travel ke negara orang. Jadi, adalah penting untuk anda mengambil travel insurance sebelum travel.

Kredit : Farmasi Salam & TMPL BACKPACKERS’S

1 Comments

Apa Kata Anda?


  1. JACKPOT ynag besar hanya di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete
Previous Post Next Post