16 Kisah Di Sebalik Tabir Filem 3 Idiots, Menyentuh Jiwa Penonton Pada Sudut Terdalam

Masih ingatkah filem Bollywood "3 Idiots"? Filem yang "3 Idiots" yang ditayangkan pada 2009 lalu merupakan salah satu filem Bollywood paling sukses dalam sejarah dan disukai semua, tidak hairanlah ianya mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara. 

Filem ini telah memperkenalkan tagline macam mana besar pun masalah dalam hidup ini, ‘All is well’.
  


Ranchondas Chanchad merupakan salah seorang geng ‘3 Idiots’ dan dua lagi kawan baiknya adalah Farhan Qureshi dan Raju Rastogi. Dia yang berperangai gila-gila dan ada mindset berbeza dari pelajar-pelajar kolej lain selalu berpesan kepada rakan-rakannya yang “All izz well!”
Tetapi selepas tamat belajar, Rancho menghilangkan diri dan putuskan segala hubungan dengan kawan-kawannya di kolej sehinggalah suatu hari Farhan dan Raju travel satu India untuk mencarinya sambil mengenang kembali kisah mereka bertiga sewaktu di kampus.


Via Giphy

Kisah di sebalik tabir filem yang sarat dengan pengajaran ini seperti berikut:

1. Watak Rancho asalnya mahu diberikan kepada Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan atau John Abraham.

2. Shah Rukh Khan menggelar dirinya ‘Idiot ke-4’ kerana menolak tawaran untuk berlakon dalam filem sehebat itu.

Via Giphy

3. Rancho merupakan seorang pelajar kolej manakala Aamir Khan pula berusia 44 tahun ketika memegang watak tersebut, 5 tahun lebih muda daripada Boman Irani yang memainkan peranan pengetua tersebut jika dalam dunia sebenar.

4. Lokasi penggambaran dijalankan di Institut Pengurusan India, Bangalore namun kolej yang digambarkan dalam filem tersebut (tempat budak-budak pandai berkumpul) sebenarnya terletak di Delhi iaitu Institut Teknologi India.

via Giphy

5. Nama kolej ‘The Imperial College of Engineering’ dalam filem itu merupakan nama lama bagi Institut Teknologi India yang terkini.

6. Amir Khan menolak untuk tinggal di hotel sebaliknya memilih untuk menetap di hostel kolej sepanjang penggambaran.

7. Filem ini merupakan adaptasi daripada buku tulisan Chetan Bhagat yang bertajuk ‘Five Point Someone’.

8. Rancho (Aamir Khan) dalam filem tersebut pernah bersuara yang orang belajar kejuruteraan, pengurusan dan akhirnya jadi ‘orang bank’, jadi apa point belajar kejuruteraan itu? Sebenarnya itulah apa yang Chetan Bhagat (penulis buku tu) buat. Dia penuntut kejuruteraan daripada Institut Teknologi India sebelum sambung dalam bidang pengurusan di IIM sebelum bekerja di bank.

Via Giphy


9. Cerita ‘3 Idiot’ telah memberi impak sosial kepada penduduk India terutama dari segi sikap dan pendidikan.


10. Selain itu, ia merupakan filem yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah Bollywood dan tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness.


11. Mendapat pujian pengarah terkenal Hollywood, Steven Spielberg yang telah menontonnya sebanyak 3 kali.


12. Ini kali pertama Aamir Khan bergandingan dengan Karina Kapoor dalam lakonan filem.

Via Giphy

13. Dinding (tempat watak Chaturthi kencing berdiri) dicat ‘Rancho wall’ dan menjadi tempat pelancong ambil gambar.

14. Selain itu, penggambaran turut dilakukan di Ladakh, babak di mana Rancho (Aamir Khan) terkejut dan malu-malu apabila melihat heroin (Karina Kapoor) berpakaian pengantin sambil menaiki skuter menuju ke arahnya. Serius cantik tempat itu. Tasik di situ membiru seperti air laut.

15. Pada tahun 2017, ada filem remake versi Mexico yang bertajuk ‘3 Idiotas’ namun mendapat reaksi negatif.

16. Aamir Khan berkata yang sekuel filem ini mungkin akan menjengah pawagam pada sekitar tahun 2020.

Via Giphy

Kredit : Fandom, IMDb / I Am Lejen 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post