Tragis, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Zulfarhan Pelajar UPNM Sepanjang Perbicaraan Mahkamah

Negara kita digemparkan dengan kisah tragis seorang pelajar universiti tempatan diseksa dengan kejam sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital.



Ramai yang menggesa pihak polis memburu suspek kerana kejadian menimpa pelajar itu tak boleh diterima oleh masyarakat kerana terlalu kejam.

Ini dia rentetan kronologi kes pembunuhan Zulfarhan yang meruntun Malaysia

13 Mei 2017
Mangsa dipukul kali pertama di Bangunan Jebat Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya


20 Mei 2017
Mangsa dipanggil sekumpulan pelajar ke bilik 4-10 Bangunan Jebat Asrama UPNM pada jam 3.00pagi untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer riba itu. Mangsa menafikan tuduhan itu sebelum dibelasah beramai-ramai antara 20 dan 30 pelajar menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga jam 11.00 pagi 21 Mei

27 Mei 2017
Mangsa dalam keadaan lemah dibawa untuk mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan sendiri berikutan semua pelajar bercuti awal ramadan. Dia dibawa ke sebuah klinik swasta di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Selepas menerima rawatan, mangsa dibenarkan pulang dan diarah menjalani rawatan lanjut pada 31 mei.

31 Mei 2017
Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di tingkat 25 Blok B centrium Residences di Bangi untuk berehat oleh dua suspek utama yang membulinya.

1 Jun 2017
Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di Kondominium yang sama sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis. Mangsa dibawa ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum disahkan kematiannya.

Tragedi yang akan diingati sampai bila-bila.



Kesan melecur tahap 3. Ya Allah Tatau la cana mangsa ni tahan sakit 

14 Jun 2017
Seramai 19 orang pelajar UPNM dipercayai terlibat dalam kejadian menyayat hati itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan mengaku tak bersalah.


Walau bagaimanapun, enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Enam tertuduh yang didakwa membunuh dan bersubahat itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di mahkamah ketika sebutan semula kes.

14 Ogos 2017
Perbicaraan kes arwah Zulfarhan yang sepatutnya diadakan telah ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak oleh Jabatan peguam negara. Perbicaraan ini ditolak kerana dokumen representasi kelima-lima penuntut yang didakwa tidak lengkap ~ Kisah Dunia

29 Januari 2018
Hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi telah berlangsung, namun kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Senyap seketika kes Zulfarhan sehingga

23 Januari 2019
Perbicaraan bersambung dan saksi yang terlibat adalah rakan karib Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik JB. Saksi ini terlibat untuk memberikan keterangan apabila seterika yang digunakan dalam adalah miliknya yang merupakan item utama dalam kes ini.

Jun 2019
Mahkamah menetapkan 8 julai adalah tarikh untuk mendengar hujahan akhir tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.

8 Julai 2019
Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai untuk keputusan kes

31 Julai 2019
18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Datuk Azman Abdullah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir sesi pendakwaan.

Pertuduhan terhadap enam tertuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Baki 12 yang lain pula akan dibicarakan di bawah Seksyen 330 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bapa zulfarhan melakukan sujud syukur di luar kamar selepas hakim membuat keputusan.

Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, 23, yang dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan Zulfarhan Osman.

2 Oktober 2019
Tanggal 2 Oktober ini mula perbicaraan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan 18 daripada 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain membela diri.


2 November 2021
Kesemua 6 suspek terlepas hukuman gantung sampai mati. Mereka semua tetap bersalah dan dipenjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian arwah Zulfarhan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Baki 12 lagi suspek dikenakan hukuman penjara 3 tahun kerana kesalahan cederakan mangsa.  

 
 
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Pegawai Kadet Laut UPNM,
Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
#justiceforzulfarhan #saynotobullies

Kredit : AstroAwani / HarianMetro / Kisah Dunia

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. artikel yang bagus, saya doakan perjalanan hidup tenang inshallah

    ReplyDelete
  2. Moga Allah beri keadilan di dunia supaya manusia menghargai nilai kemanusiaan.Benarlah sajak Usman Awang SEEKOR MANUSIA SEORANG BINATANG

    ReplyDelete
  3. tak puas lah dgn hukuman yg dikenakan ke atas mereka yg tertuduh.Hukuman tersebut terlalu ringan.. utk kehilangan nyawa dan masa depan arwah yg masih jauh.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post