10 Logo Yang Turut Disenarai Pendek Dalam Pemilihan Final Logo Visit Malaysia 2020

Rasanya dah berkali-kali logo bagi kempen Visit Malaysia 2020 ini dicipta semula bilamana ianya pernah mendapat kecaman hebat netizen selepas mula diperkanalkan suatu ketika dahulu.


Rentetan daripada kes tersebut, Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya telah membuka penyertaan untuk sebuah pertandingan mencipta logo lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.


Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad telahpun melancarkan logo baru rasmi bagi kempen Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2020) bagi menggantikan logo kontroversi yang seperti setem dengan imej menara KLCC, orang utan, monyet dan penyu yang memakai kaca mata gelap.

Rekaan seorang pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka, Alfred Phua Hong Fook telah dipilih sebagai pemenang dengan rekaan melambangkan budaya, warisan dlora dan fauna Malaysia.


Turut dikongsikan di Laman Twitter adalah 9 penyertaan yang turut disenarai pendek dalam proses pemilihan final logo kempen Melawat Malaysia 2020, Jadi jom kita selongkar.










  

Not bad semua finalis
masing-masing ada ciri tersendiri



Logo itu merupakan usaha pemasaran dan promosi kempen dengan menampilkan ikon Malaysia yang cukup dikenali seperti burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar dan warna-warna bendera Malaysia.

Secara keseluruhannya, logo berkenaan menggambarkan kepelbagaian yang terdapat dalam budaya, warisan, flora dan fauna serta pengalaman yang ditawarkan oleh Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian.

Logo ciptaan pereka grafik, Alfred Phua Hong Fook itu telah berjaya mengenetepikan beratus-ratus logo yang diterima dari seluruh negara sepanjang tempoh pertandingan yang berlangsung pada awal tahun ini.


Kredit : Lukmanhkm93

2 Comments

Apa Kata Anda?

  1. sungguh menarik dan berbakat besar designer designer tersebut.keep up the good work.

    ReplyDelete

  2. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post