5 Langkah Mudah & Jimat Buat Buih Sabun Belon Gelembung Gergasi

Tercari-cari mainan apalagi nak dibagi buat hiburan anak-anak selain dariapada smartphone? mungkin ini yang anda cari. Setiap kali ke bawa anak-anak ke taman rekreasi pasti aktiviti main buih sabun gergasi menjadi pilihan.  

Mesti kopek poket abah punya apabila bila anak kalau ada empat sorang nak satu memang menjeling jauh juga lah dibuatnya. Jadi apakata sebelum nak ke taman rekreasi atau main di halaman rumah, buat sendiri buih belon yang mampu menggelembung besar mengikut saiz bubble wand atau gegelung.


CARA BUAT ‘HOMEMADE BUBBLE’ YANG MUDAH dan Jimat

Bahan-bahan Buih Sabun
  • Air 1.5 liter
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 250ml sabun pencuci pinggan Joy (Nak guna sabun pencuci lain pun boleh, tapi jenama Joy lebih pekat.)  


Bahan Untuk Bubble Wand (Gegelung Belon)

  • Tali Kain
  • Tape Hitam
  • Hanger Besi
  • Gunting


Cara-Cara Membuatnya

1. Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita cuma gaulkan 3 bahan utama ini je


2. Ambil sebatang hanger besi mudah lentur dan bentukkan menjadi bulat. Semakin cantik bentuk bulat semakin cantik bentuk belon yang terhasil


3. Lilit besi dengan tali kain bagi menyerap lebih banyak buih. Kemaskan lilitan dengan pita pelekat
  
 Tara...Siap untuk dimainkan


Anak-anak mesti suka ibubapa pun gembira

Kredit : DianaSaid

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. tiap gelembung yang terhasil boleh tahan berapa lama

    ReplyDelete
Previous Post Next Post