14 Tempat Menarik Terkini Di Melaka Mesti Singgah, Orang Melaka Sendiri Pun Tak Sampai Lagi

Melaka yang terkenal dengan slogan bandaraya bersejarah merupakan salah satu destinasi perlancongan menarik di Malaysia. Terdapat lebih daripada 14 Tempat Menarik Di Melaka. anda boleh kunjung sesuai seisi keluarga.

Datang Melaka tapi tak tahu nak pergi mana? Bolehlah singgah ke 14 lokasi menarik ni.

Freeport A’Famosa Outlet
Freeport A’famosa Outlet Village antara tempat membeli belah yang baru sahaja dibuka di Melaka dan ia tidak jauh berbeza daripada Johor premium Outlet.

Alamat: Jalan Kemus, Sempang Ampat, Alor Gajah, 78000 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 10.00pm)




Bayou Lagoon Park Resort

Hanya 15 minit sahaja dari Bandar Melaka, Bayou Lagoon Park merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah semua di dalam tempat yang sama.
Alamat: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 9.00 am – 7.00 pm
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum: 8.00 am – 7.00 pm
Bayaran Masuk Water Park:
Isnin – Jumaat: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM16 | Warga Emas RM11
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum: Dewasa RM28 | Kanak-Kanak RM20 | Warga Emas RM14



Mamee Jonker House
Siapa tak suka makan keropok Mamee yang padu dengan perisa yang menyelerakan daripada bbq hinggalah kepada perisa karipap, bukan je sedap, rangup lagi tu!

Tertanya-tanya macam manalah agaknya Mamee ini dihasilkan? Mai singgah ke Mamee Jonker House yang merupakan sebuah kedai berkonsep yang pertama ditubuhkan oleh Mamee Group.

Alamat: Mamee Jonker Walk Jalan Hang Jebat, Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00 am – 5.00 pm) | Jumaat, Sabtu, Ahad (10.00 am – 7.00 pm)



Masjid Selat

Masjid ini dibina diatas pulau buatan manusia bernama pulau Melaka dan pada waktu air pasang masjid ini umpama terapung di atas air laut selat Melaka. Masjid Selat ini di buka pada tahun 2006 dan ia meminjam konsep dan senibinanya dari masjid terapung Jeddah.
Alamat: Masjid Selat, Pulau Melaka, 75000 Melaka



Melaka River Cruise
Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.

Alamat: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.30am – 11.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5



Melaka Thousand Tales of Adventure: The Adventure of Sinbad.



Melaka Wonderland


Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah antara taman tema air yang bari dibuka di Negara kita dan boleh ditemui di Ayer Keroh Melaka. Satu fakta menarik tentang tarikan ini, jika dihitung jumlah air didalam semua kolam renang yang terdapat di taman tema air ini ia melebihi 200 juta liter.
Alamat: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum (10.00am – 7.00pm) | Isnin (Tutup)
Bayaran Masuk:
Isnin – Jumaat: Dewasa RM37.90 | Kanak-Kanak RM30.60
Sabtu & Ahad: Dewasa RM42.65 | Kanak-Kanak RM35.80
Bot Pedal: RM20
Tube Ride: RM15



Muzium Kapal Selam
Penuhkan cita-cita anda untuk menjadi anak kapal Submarine di Muzium Kapal Selam Melaka. Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.

Alamat: Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 5.30 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa & Warga Emas RM5 | Kanak-Kanak RM2




The Pirate Adventure



Skytrex Adventure
Skytrex ini ideal untuk mereka yang suka aktiviti lasak dan mencabar. Disini anda dapat melakukan aktiviti seperti flying fox, tree climbing dan cabaran yang pasti mebuat anda berasa gayat. Selain daripada itu, di kawasan ini juga ada camping, kawasan piknik team building dan bermacam-macam lagi.
Alamat: Taman Botani, Durian Tunggal, 75450 Melaka
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari
Sesi Terawal: 9.00am
Sesi Terakhir: 3.00pm
Bayaran Masuk:
Beginner: RM60
Intermediate: RM70
Advanced: RM80



The Shore Ocenarium
The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi. Anak anda boleh berseronol sambil mendapat penghargaan alam semulajadi.
Alamat: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.30am – 9.00pm)
Bayaran:
Masuk: Dewasa RM40 | Kanak-Kanak RM30 | Warga Emas RM30
Pakej Interaktif 3D: RM10
Pakej Makanan Ikan: RM10



The Shore Sky Tower
Jika anda memburu pemandangan terbaik seluruh Bandar Melaka jangan lupa naik ke tingkat 42 The Shore Sky Tower, bangunan tertinggi di Bandar Melaka. Pastikan anda beranikan diri kerana lantai kaca lutsina membuat anda merasakan seperti berjalan di atas angin.
Alamat: The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30 am – 9.00 pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-kanak RM18



The Shore Toy Museum




Upside Down House Gallery
Ada yang bercuti untuk melihat pemandangan yang cantik ada pula yang suka mengambil gambar yang cantik jika anda jatuh dalam kategori kedua pastikan anda singgah sebentar di Rumah Terbalik Melaka atau lebih dikenali sebagai Upside Down House.
Alamat: G12&G14,Jalan PM 7,Plaza Mahkota,Bandar Hilir, 75000 Melaka
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat – Ahad (10.00am – 9.00pm)
Bayaran Masuk: Dewasa RM18 | Kanak-Kanak RM12




Boleh start menabung dari sekarang, apalagi jom pergi Melaka
Kredit : @worknco

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post