Alang-Alang Dah Sampai Cameron Highland Tak Sah Kalau Tak Kunjungi 15 Tempat Ini

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.

Sememangnya menjadi tumpuan warga kota beriadah di Cameron kerana sajian yang dihidang menerusi tempat perlancongannya adalah sebuah pengalaman yang berbeza rasanya.



Jadi jom kita selongkar tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang rasanya tak sah-kalau tak jejak bila dah sampai Cameron 

5D Art Muzium
muzium tiga dimensi ajaib pertama terbesar di Cameron Highlands. Tempat tarikan baru, muzium lukisan tiga dimensi ajaib 5D boleh membiarkan imaginasi anda, setiap lukisan ditangkap sudut tepat, seolah-olah kesan yang tidak nyata  

Waktu Buka: Isn-Ahad. 8:00am - 6:00pm
Harga: Dewasa RM25 / Kanak-kanak RM20


Big Red strawberry Farm


Juga dikenali sebagai Taman Agro Tourism, ada macam-macam produk berasaskan strawberi yang boleh anda jumpa di sini. Semuanya sedap-sedap belaka. Daripada waffle, aiskrim sundae, muffin, tart, scone, milkshake, semuanya rasa macam nak order. Kalau tak merasa, kempunanlah bila balik ke rumah nanti…Selain daripada itu, bolehlah bergambar dengan buah strawberi gergasi yang menjadi mercu tanda di sini.
 
Harga Tiket : Percuma
Facebook : Big Red Strawberry Farm


Cactus Valley
Dah puas tengok bunga dan petik strawberri? Apa kata layan cactus pula kat Cactus Valley. Menyimpan sekitar 1,000 spesies kaktus, dari yang hijau dan penuh duri kepada berbunga mekar, anda pasti ralit membelek pelbagai saiz kaktus yang dipamerkan di taman kaktus terbesar Cameron ini. 

Siapa kata kaktus tak ada peminatnya yang tersendiri? Di sinilah ‘syurga’ bagi anda jika anda salah seorang daripadanya.
 
Begitu banyak koleksi kaktus yang berbeza saiz, bentuk, dan jenis. Ramai yang membeli pasu-pasu kecil dan comel di sini sebagai cenderahati untuk orang tersayang.
 
Harga Tiket: Dewasa RM8, Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi : 8.00 am – 6.00 pm

 

Cameron Adventurous


KEA FARM Taman Rama-Rama
Taman rama-rama di kawasan Kea Farm ini adalah antara tarikan tertua di Cameron Highlands. Bermula sebagai hobi, taman yang dimulakan pada tahun 1990 ini kini menempatkan pelbagai spesies rama-rama di samping reptilia lain seperti ular dan katak serta serangga seperti kumbang dan kala jengking.

Harga Tiket : Dewasa RM10, Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi : Isnin-Jumaat 9 pg - 6 ptg
Hujung Minggu 9 pg - 7 mlm



Ladang Anggur Lembah Bertam
Dari Tanah Rata Cameron Highlands ke arah Ringlet / jalan ke Tapah. Sampai depan Shell Pekan Ringlet ambil kiri sehingga sampai Pekan Bertam. Terus dalam 2km sehingga nampak signboard Sweet Grape sebelah kiri.
 
Naik bukit dalam 200m. Wanita hamil, yg ada masalah kesihatan lutut tidak digalakkan join.
Pastikan kasut yg bersesuaian dipakai. Sila expect selut, tanah lembik. Pakai seluar lebih sesuai. Kain tak digalakkan. Ala2 hiking ni 

Anggur manis kat sini. Sekilo RM25 petik sendiri. Masuk FREE. Mengikut owner anggur ada dalam seminggu je lagi. Next dalam bulan Februari 2019 pulak.
 
Location Ladang Anggur Bertam Valley near 102, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang


Ladang lebah EE Feng Gu
Tak pernah tengok bagaimana lebah diternak ya? Kalau selama ini anda hanya faham yang madu lebah liar dikutip di hutan, anda wajib ke sini. Tengok sendiri bagaimana industri lebah bela dibuat supaya madu sentiasa boleh dijual secara konsisten.

Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : Setiap Hari : 8pg – 7mlm


Ladang Teh Boh Sungai Palas
Kebun teh adalah antara tempat yang paling sinonim dengan Cameron Highlands. Berlatarbelakangkan pemandangan yang luas dan menghijau, cuaca yang dingin, dan senibina yang moden dan unik, tempat ini sememangnya Instagram-perfect dan sesuai untuk kaki selfie.
Ada 2 kebun teh Boh yang terdapat di sini iaitu
Boh Tea Center Ringlet (Habu)
Boh Tea Center Sungai Palas
 
Kedua-duanya menawarkan aktiviti yang hampir sama iaitu lawatan ke kilang teh, di mana anda boleh mempelajari proses pembuatan teh serta pelbagai informasi yang berkaitan. Jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai pilihan teh panas bersama kek atau pastri. Memang ummmpph!
Apapun, datanglah awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Pemandangan pun sejuk dan segar di awal pagi. Tempat ini ditutup awal, iaitu sekitar jam 4.30 petang.

Harga Tiket : Percuma
Waktu Operasi : 8.30 am- 4.30 pm


 

Lata Iskandar  
Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi.

Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.


Lavendar Garden

Dah puas menikmati pemandangan kebun teh, apa kata berkunjung pula ke taman lavender. Bukan lavender laja yang ada, banyak lagi bunga-bungaan yang ada di sini. Buah strawberi pun ada. Terbaik dari ladang. Begitu menyegarkan!
 
Yang menariknya, anda boleh menikmati pelbagai hidangan dessert menarik di sini. Antara yang viral adalah aiskrim lavender yang berwarna ungu. Macam manalah agaknya rasa lavender ya? Selalunya kita bau dalam wangian atau sabun saja, kan?
 
Harga Tiket : Dewasa RM8, Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi : Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am), Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Facebook : Lavender Garden, Cameron Highlands


 

Mardi Agrotechnology Park
Macam biasa, di sini ada terdapat macam-macam jenis tumbuhan, herba, sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Bangunan kolonial yang tersergam indah dalam kawasan ini juga menjadikannya tempat yang istimewa untuk mengambil gambar kenang-kenangan.
 
Tapi yang paling mengujakan dan mesti anda cuba di Taman Agroteknologi MARDI adalah serunding strawberi dan aiskrim strawberi yang asli. Sesuai sangat nak dibawa balik sebagai ole-ole.
 
Harga Tiket : Dewasa RM5, Kanak-kanak RM3
Facebook : Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands
Waktu operasi : Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm), Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm), Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)


 

Mossy Forest

Bagi yang sukakan aktiviti pengembaraan dan pendakian, antara tempat yang boleh diterokai adalah Mossy Forest. Mossy Forest atau nama melayunya hutan berlumut merupakan
kawasan hutan yang cantik dan mempunyai landskap hutan lain daripada lain dan pernah viral kerana dikatakan sangat rare, Mana tidaknya disini anda boleh melihat begitu banyak dan
tebalnya lumut yang terdapat pada pokok pada sepanjang penjalanan.

Tahukah anda lumut-lumut ini memerlukan masa 70-100 tahun untuk terbentuk. Jadi tidak hairanlah banyak penggambaran filem dijalankan disini seperti filem Puteri Gunung Ledang

Waktu Operasi : 7.00 - 6.00pm
Harga Mossy Forest : Percuma


 

Muzium Time Tunnel
Bagi yang ingin mengimbau kenangan dan nostalgia, bolehlah berkunjung ke Time Tunnel Museum. Koleksi bahan pameran di dalamnya seolah-olah membawa anda menelusuri masa lampau. Barang-barang yang terdapat di dalamnya adalah barang yang mungkin anda pernah nampak semasa zaman kanak-kanak dahulu atau lebih lama daripada itu. Barang-barangnya unik dan pasti menggamit memori indah suatu masa dahulu.
 
Harga Tiket : Dewasa RM8, Kanak-kanak RM6
Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm
Facebook : Cameron Highlands Time Tunnel



Pasar Malam Goldenhill
Pasar malam Goldenhill ini hampir sama dengan apa yang ada di Pasar Pagi Kea Farm Cameron. Bezanya kat pasar malam paling sejuk dalam Malaysia ini, ada makanan goreng-goreng.  

Jadi kalau anda pening mencari menu nak makan malam, jalan-jalan lah di sini. Mungkin ada aiskrim, mee goreng, apam balik atau nasi ayam untuk anda cuba.

Hari Operasi : Jumaat & Sabtu
Waktu Operasi : Dari 5 ptg – 11 malam



Rose Valley
Rose Valley merupakan taman bunga ros terbesar yang terdapat di Genting Highland. Terletak di Tringkap Cameron Highlands, Rose Valley ini mempunyai 450 jenis ros dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna. Di Rose Valley anda berpeluang melihat bunga ros yang sukar ditemui seperti ros hitam, rose tanpa duri yang mempunyai 20 bau yang berlainan, ros mini dan pelbagai jenis ros yang pelik dan unik anda boleh lihat disini.

Selain bunga ros, terdapat juga bunga-bunga unik yang terdapat disini seperti camelia, lily dan beberapa jenis lagi pokok bunga unik dan sukar untuk ditemui. Kaktus, buah-buahan, sayur-sayuran dan strawberry juga ada di jual disini.




BANYAK TEMPAT PERCUMA, TAK RUGI DATANG SINI

Walaupun anda pernah berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron, anda mesti takkan bosan. Malah, pasti ada sesuatu yang baru untuk anda lakukan dan lihat.

Kredit : GengTravel

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post