10 Dugaan Besar Semasa Bertunang, Ada Tahap Samada Nak Teruskan Atau Cukup Sampai Sini

10 DUGAAN BESAR SEMASA BERTUNANG: 


Teruskan atau sampai di sini sahaja? Zaman bertunang sebenarnya adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

1) Emosi Tidak Stabil
Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.

2) Cemburu Buta
Lepas tunang, ada juga yang tiba2 jadi terlalu cemburu & asyik nak kawal pergerakan tunang. Sedangkan, lelaki xde hak pun selagi tak akad nikah. Sama juga dgn perempuan. Ni dugaan je guys. Apa-apa pun kita majoriti islam, kena tahu batas bpergaulan masing2 ok.

3) Takut Salah Buat Keputusan
Bila bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’ sebenar. Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda. Kalau anda islam, buat lah solat istikharah. Minta allah tunjukkan sejelas-jelasnya. Sesungguhnya allah itu maha mengetahui.



4) Gangguan Orang Ketiga
Ni antara kes rumit dalam bertunang. Nasihat Nana, anda kena tenang, rasional & cari jalan penyelesaian. Bincang dgn parents dulu sebelum libatkan orang luar. Selain tu, buat juga solat Istikharah.

5) Tekanan Keluarga & Keluarga Bakal Suami/Isteri
Bila dah kenal famiky bakal pasangan, tetapkan wang hantaran, dll- mungkin ada terdetik rasa tidak senang. Apa2 pun, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka sepenuhnya.


6) MASALAH KEWANGAN 
Waktu inilah anda perlu berjimat-cermat & kumpul duit utk persediaan alam rumah tangga. Jadi mungkin ada yang terpaksa ‘ikat perut’ & tahan nafsu daripada berbelanja sesuatu mengikut kebiasaan. Biasalah tu, kejap je.

 


7) MULA TAWAR HATI 
Lepas bermacam-macam ujian datang, ada pasangan yg mula tawar hati & tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan. Be rasional & selidik dahulu punca tawar hati dan cubalah selesaikan selagi boleh.


8) MENDEKATI ZINA 
Selagi belum nikah, kita belum boleh bersentuhan & berkelakuan seperti suami isteri. Jgn terkejut ada yang kuat agamanya pun boleh tewas dengan dugaan syaitan yg ini. Jagalah batas pergaulan yg ditetapkan Islam. Setiap apa yg Allah larang, ada hikmahnya.


9) KESIBUKAN PERSIAPAN PERKAHWINAN 
Saat2 akhir, tak mustahil ianya tak berjalan spt yg dirancang. Dugaan jenis ni antaranya kesilapan teknikal dalam sebutharga, perubahan tempat majlis, baju nikah tak muat atau tersilap jahit, dan banyak lagi. Kawal emosi dgn baik ok!

10) PERANCANGAN HALUAN HIDUP SELEPAS BERKAHWIN 
Lepas kahwin, ada yang terpaksa pindah ke negeri lain. Jadi, terpaksa tukar tempat kerja, cari rumah baru, dsb. Ini semua baru permulaan kepada kehidupan rumah tangga yang lebih mencabar. Anda kena pandai adapt pada perubahan

Apa2 pun, setiap apa yg berlaku ni semua datang dari Allah. Allah yg atur setiap gerak geri manusia. Jadi mintalah pd Allah utk dapatkan petunjuk. Solat Istikharah is the key

 Kredit : malaywedding 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post