Senarai Filem Pawagam Melayu Malaysia Sepanjang Tahun 2021

Senarai Filem Melayu sepanjang tahun 2021 yang keluar di Astro First, platfrom streaming serta pawagam berhampiran anda.


Jadi jom kita selongkar...

JANUARI

10 Tips Tipu Bini 
(Rumah Produksi Merah)
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2021 (Astro First)


Mengisahkan tiga sahabat baik, Raffi, Kay dan Jepp, yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur. Namun pada hakikatnya, mereka adalah suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing. 

Kehadiran tiga gadis cantik yang bekerja sebegai 'intern' di syarikat itu membuatkan mereka berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut. Demi melaksanakan niat mereka, masing-masing telah merancang pelbagai penipuan.

Trailer 10 Tips Tipu Bini : Official

Kerana Korona 
(Astro Shaw, Wildsnapper)
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2021 (Astro First)


Filem yang mengisahkan tentang tiga situasi yang berlaku semasa PKP. Kisah pertama menceritakan pasangan suami isteri yang mana hubungan mereka semakin renggang, manakala anak mereka bercita-cita untuk menjadi jurugambar, namun impiannya dipandang rendah. 

Kisah kedua pula menyaksikan tentang seorang doktor yang berdepan dilema tanggungjawab dan pendirian. Kisah ketiga mengenai seorang warga emas yang keras kepala dan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga merisaukan jirannya. (Sumber : cinemaonline.com.my)

Trailer Kerana Korona : Official


Petaka
4 Februari 2021 (Astro First)


Mengisahkan kemiskinan hidup keluarga Sham selepas kematian ayahnya. Ibunya menderita sakit kaki, manakala adiknya, Syikin tidak mampu ke sekolah kerana kekangan kewangan. Sebuah kisah kekeluargaan, kemasyarakatan, kedaifan dan kenaifan.

Trailer Petaka : Official

Hantu Bonceng 2.0 (Excellent Pictures)
Tarikh Tayangan: 11 Februari 2021 (Astro First)


Sekumpulan rakan dalam perjalanan bercuti ke Bukit Fraser bertemu dengan gadis misteri yang membawa mereka ke sebuah hotel berhantu dan menyeramkan.

Trailer Hantu Bonceng 2.0 : Official

Kenderaan Berat Ikut Kiri 
(MM2 Entertainment)
Tarikh Tayangan: 18 Februari 2021 (Astro First)


Menyangka Lisa telah mencuri lagunya, Adam berdepan konflik dengan gadis itu. Namun selepas menyedari kesalahannya dan meminta maaf, kedua-dua mereka mula menyukai antara satu sama lain. Sekali lagi konflik timbul dalam hubungan mereka setelah Adam mendapat tahu bapa Lisa, Pakcik Don, adalah ketua sebuah sindiket pemerdagangan manusia.

Trailer Kenderaan Berat Ikut Kiri : Official


Selamat Hari X Jadi 
(Multimedia Film Productions Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2021 (Astro First)


Sekumpulan pelajar kolej yang diketuai oleh Hani dan rakan-rakannya Aiden, Parpu, Boboi dan Didi yang terkenal dengan perangai nakal mereka dengan menghasilkan rakaman video ‘prank’ rakan-rakan lain di kolej. Segalanya berubah apabila Puteri yang menjadi mangsa ‘prank’ Hani dan rakan-rakan, hampir membunuh diri akibat berasa malu. Hani yang tiada langsung perasaan bersalah dan menganggap perbuatannya itu semata-mata ‘trending’, mula diganggu oleh pembunuh misteri selepas kejadian ‘prank’ Puteri.

Trailer Selamat Hari X Jadi : Official


MAC

Salina
(Madness Films Movies)
Tarikh Tayangan: 25 Mac 2021


Salina tinggal di sebuah banglo yang mempunyai kisah misteri. Kanak-kanak yang menetap di situ juga mula diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Situasi menjadi lebih menakutkan apabila berlakunya satu pembunuhan yang tidak dijangka.

Trailer Salina : Official

Penunggang Agama 
(Skop Production)
Tarikh Tayangan: 25 Mac 2021 (Astro First)



Mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami dan isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji. 

Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Trailer Penunggang Agama : Official

APRIL

18 Puasa Di Kampong Pisang 
(Astro Shaw, Enjit Enjit Semut Motion Pictures)
Tarikh Tayangan: 15 April 2021 (Astro First)


Mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang. Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang.

Trailer 18 Puasa Di Kampong Pisang : Official

Seandainya Kau Ada 
(Zeel Production)
Tarikh Tayangan: 29 April 2021 (Astro First)


Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah (Raysha Rizrose) jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. 

Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac (Aidit Noh).

Trailer Seandainya Kau Ada : Official

MEI

Dekatnya Cinta 
(Global Station Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 13 Mei 2021 (Astro First)


Mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian.

Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.

Trailer Dekatnya Cinta : Official

Hanya Namamu Laila
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2021 (Astro First)


Borhan, Nathan dan Ah Cheng adalah rakan sejak kecil lagi yang melakukan kerja dan juga bermalas-malasan bersama-sama. Mereka juga meminati gadis yang semasa kecil bernama Laila. Apabila gadis itu pulang ke kampung mereka, mereka berpeluang menemui Laila semula. Tetapi tidak lama kemudian, peristiwa aneh mula berlaku dan terdapat kelibat entiti aneh mula muncul. Adakah Lila salah satu daripada entiti tersebut.

Trailer Hanya Namamu Laila : Official

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa 
(Astro Shaw & Enjit-Enjit Semut)
Tarikh Tayangan: 27 Mei 2021 (Astro First)


Seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya. Husin kembali ke kampung bersama kekasih baru Nelly sehingga Cik Chun cemburu dan merajuk kerana cintanya ditolak. Manakala Barkoba dikejutkan dengan kehadiran bekas kekasih yang pernah tinggalkannya dahulu kerana berkahwin dengan lelaki berpangkat pengurus kilang.

Trailer Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa : Official


J2 : J Retribusi 
(Primeworks Studios, Infinitus Productions)
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2021 (Disney+ Hostar)


Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain,seorang pengawal, seorang pengawal, mengejar masa untuk menyelamatkan ahli perniagaan, Dato Hashim, dan anak perempuannya, Nadi, yang ditawan sebagai tebusan. Jay, yang terus melawan arus untuk melupakan luka lama. Merupakan bekas ketua unit UTK yang kini menjadi bodyguard kepada Nadi, 9 tahun yang merupakan anak kepada Dato' Hashim, seorang usahawan terkenal.

Trailer J2 : J Retribusi : Official


Arwah Pak Mat, Lif & AJK 
(Excellent Pictures, Cinemalaya Studios)
Tarikh Tayangan: 10 Jun 2021 (Astro First)


Mengisahkan tentang Nordin, seorang pekerja kilang yang menjaga bapanya selepas kematian ibunya. Nordin tinggal di Flat Seri US, sebuah kawasan perumahan rumah pangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Nordin dan bapanya tinggal di tingkat 25 di flat itu. Keadaan di Flat Seri US juga meriah dan hangat kerana sedang berlangsung pemilihan presiden dan ahli ajk untuk musim terbaru. Berlaku perebutan kuasa antara Pak Mat Tahir dan Syamsul serta ahli ahli lain.

Trailer Arwah Pak Mat, Lif & AJKi : Official


Masuk Jawi 
(Wandet Film Production )
Tarikh Tayangan: 17 Jun 2021 (Astro First)


Mengisahkan ragam tiga sahabat iaitu Tat, Ery dan Shamim yang sudah empat kali melarikan diri daripada berkhatan. Pelbagai helah yang telah dilakukan oleh tiga sekawan ini semata-mata untuk melarikan diri daripada berkhatan dengan pelbagai ragam sehingga menyebabkan huru hara dalam kalangan penduduk kampung. (Sumber: Myinfotaip)

Trailer Masuk Jawi : Official

Chomel 
(Astro Shaw)
Tarikh Tayangan: 24 Jun 2021 (Astro First)


Memaparkan tentang hubungan kasih sayang keluarga bersama haiwan kesayangan ramai, si meow. 

Trailer Chomel : Official

Sabda Kekasih 
(Respected Citizen Production)
Tarikh Tayangan: 24 Jun 2021 (Astro First)


Kisah cinta yang bermula dari satu rungkaian penipuan. Adakah ikatan mereka dapat kembali disatukan?.
Trailer Sabda Kekasih: Official

Zombitopia
(Skop Production)
Tarikh Tayangan: 2 Julai 2021 (Disney+ Hostar)


Setelah Hassan mendapat tahu Zidik tinggal bersendirian di jalanan, dia membawanya pulang dan menjaganya seperti anak sendiri. Kini Zidik bekerja dengan Hassan di sebuah pusat pelupusan sampah dan kedua-dua mereka tersepit dengan masa silam masing-masing. 

Pada 15 tahun lalu, satu virus yang mengubah manusia menjadi ganas telah meragut nyawa keluarga mereka. Hassan cuba melupakan bahawa virus itu telah membunuh isterinya, sementara Zidik masih ingat adiknya menyerang ibunya dan bapanya mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan Zidik.

Trailer Zombitopia : Official


Jangan Takut.. Kau Takut Aku Pun Takut 
(CMA Media Sdn Bhd, Astro Shaw)
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2021 (Astro First)


Mengisahkan tentang tiga sahabat karib Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung. Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing terpaksa menanggung malu. Selepas gagal mencuri di rumah Tok Bomoh, mereka bertiga telah dihalau oleh keluarga masing-masing.

Trailer Jangan Takut.. Kau Takut Aku Pun Takut : Official


Mat Bond Malaya 
(KMN Production Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 20 Julai 2021 (Astro First)


Mengisahkan Mat ingin menjadi ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6 tetapi sebagai budak pejabat. Pada masa sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi. Namun, Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti.

Trailer Mat Bond Malaya : Official

Ada Hantu
(ACT 2 Pictures Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2021 (Disney+ Hotstar)


Alif, seorang YouTuber yang tidak mempercayai hantu menyambut hari jadi bersama rakannya di sebuah banglo lama tinggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Trailer Ada Hantu : Official

Mencari Rahmat 
(Empire Film Solution)
Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2021 (MUBI)


Razak adalah anak yatim piatu yang kini menjadi ahli perniagaan berjaya yang tinggal di Pulau Pinang. Setelah ibu bapa angkatnya mati dalam kemalangan kereta, dia mewarisi segalanya dari mereka, termasuk menjaga cucu perempuan mereka yang berusia 19 tahun, Ratna, yang juga anak yatim. Bagaimanapun, Razak adalah seorang yang suka berpesta dan mencari kesenangan, tetapi dia ingin memberikan contoh yang baik kepada Ratna. 

Sementara itu, Azman adalah anak yatim lain yang dibesarkan oleh ibu saudaranya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai seorang anak perempuan bernama Rose yang merupakan teman wanita Razak. Kehidupan watak-watak ini saling berkaitan ketika rahsia mereka terbongkar.

Trailer Mencari Rahmat : Official

Hutang 2D 
(Arie Zaharie Production, Knack Knack Studios)
Tarikh Tayangan: 5 Ogos 2021 (Astro First)

Mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie.

Trailer Hutang 2D : Official

Kampung Latah Kena Kuarantin 
(Megapine Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 9 September 2021 (Astro First)


Mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). 

Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Trailer Kampung Latah Kena Kuarantin : Official


Olympic Dream 
(De Theatre Entertainment & Full Billion Entertainment)
Tarikh Tayangan: 23 September 2021 (Astro First)
Genre: Drama, Sukan

Mengisahkan tentang Wong Anna yang meminati dan bercita-cita sejak kecil untuk menjadi pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidak mematahkan impiannya.

Trailer Olympic Dream : Official


Frontliner
 (D'Alphalegacy Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 30 September 2021 (Netflix)


Berkisar tentang perjuangan petugas barisan hadapan dari sektor medikal hinggakan pekerja penghantar makanan memerangi Covid-19 di Malaysia. Ia diadaptasi dari kisah benar.

Trailer Frontliner : Official



Hantu Ke Lima 
(AT Movies Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 30 September 2021 (Astro First)


Mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan. Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri. 

TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Trailer Hantu Ke Lima : Official


Penunggang Agama 2 
(Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 19 Oktober 2021 (Astro First)


Penunggang Agama 2 adalah kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka.


Trailer Penunggang Agama 2 : Official


Sa Balik Baju 
(Red Communications Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 21 Oktober 2021 (Netflix)


Kisah enam wanita menempuhi tekanan moden daripada media sosial, pekerjaan dan hubungan pada zaman internet.

Trailer Sa Balik Baju : Official

Dendam Kesuma 
(Richplus Media Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 4 November 2021
Genre: Thriller

Mengisahkan Hadri, yang mengalami kemurungan dan tekanan perasaan semenjak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma. Perkahwinannya dengan Meena dikurniakan dua cahaya mata, Ali dan Suri. Namun, suasana di rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya. 

Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu sentiasa tidak diendahkan. Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru, kelakuan aneh Suri itu sering menimbulkan tanda tanya buat Meena.

Trailer Dendam Kesuma : Official


Dendam Penunggu 
(Parallax Pictures)
Tarikh Tayangan: 5 November 2021 (Tonton Cinema)
Genre: Seram


Lima orang rakan diganggu oleh sesuatu yang misteri di sebuah kolej kediaman mereka.
Trailer Dendam Penunggu : Official



Budak Kripto 
(MIG Beats Sdn Bhd)
Tarikh Tayangan: 11 November 2021
Genre: Aksi


Filem ini mengisahkan Putra yang menguruskan skim wang cepat yang berkaitan dengan pelaburan emas. Malangnya, Putra tidak berjaya malah ditipu sehingga diburu oleh pemiutangnya. Untuk menambah garam pada lukanya, tunang Putra meninggalkannya kerana tidak dapat memenuhi jumlah mas kahwin yang dijanjikan, manakala adik-beradiknya menjauhinya kerana malu dengan kegagalannya. 

Dia mempunyai pertemuan yang tidak dijangka dengan seorang wanita bernama Mira, yang memperkenalkannya kepada mata wang digital yang dipanggil Crypto. Dengan sokongan ibu tercinta dan Mira, Putra akhirnya berjaya.
Trailer Budak Kripto : Official


Rumah Madu Ku Berhantu
 (GSC Movies)
Tarikh Tayangan: 2 Disember 2021


Saufi merupakan seorang ejen hartanah yang hidup bahagia bersama isterinya Sofea dan anak perempuan mereka. Rakan lamanya Ali memujuk Saufi untuk berbuat baik kepadanya dengan menjadi `Pak Sanggup` dengan mengahwini bekas isterinya Alia hanya untuk satu malam. Perkahwinan sementara ini menjadi rumit apabila Ali tiba-tiba meninggal dunia dan kini Saufi terpaksa menyembunyikan isteri keduanya daripada pengetahuan isteri pertamanya. 

Dia membenarkan Alia tinggal di salah sebuah rumahnya - sebuah banglo lama tetapi ia tidak kosong. Terdapat entiti yang tinggal di sana yang tidak mahu berkongsi rumahnya.

Prebet Sapu
16 Disember 2021


Selepas kematian bapanya, Aman (Amerul Affendi) yang menganggur kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan pengangkutan secara haram (prebet sapu) kerana dia gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna.


Sekian

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post