10 Perbezaan Majlis Perkahwinan Zaman Dulu VS Zaman Sekarang

𝙆𝘼𝙃𝙒𝙄𝙉 𝘿𝙐𝙇𝙐 𝙫𝙨 𝙆𝘼𝙃𝙒𝙄𝙉 𝙎𝙀𝙆𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂
Jom kita tengok 10 perkara perbezaan majlis perkahwinan zaman dulu dengan zaman sekarang.

Kredit Foto : Awantona

𝙆𝘼𝙃𝙒𝙄𝙉 𝘿𝙐𝙇𝙐

1. Satu kampung / taman sibuk membahagikan tugas masing-masing untuk dibuat ketika majlis berlangsung.


2. Seminggu nak langsung pengantin perempuan tak boleh keluar rumah untuk menjaga seri pengantin (darah manis).

3. Pengantin dulu banyak persalinan baju terutama untuk pengantin perempuan. Malam berinai lain, sanding lain. Boleh di katakan dekat 7-10 pasang baju. 

4. Mak andam dulu, makeup pengantin perempuan naik takut tengok sebab setebal alam.

5. Sedara mara, sepupu semua pakat bertandang tidur di rumah pengantin dari 3 hari sebelum majlis langsung utk tolong-menolong keluarga pengantin. 6. Hantaran dulu semuanya standard spt sirih junjung, kuih-muih, manisan, pulut kuning dan sebagainya. Kebanyakannya buat sendiri.

7. Pakaian pengantin dulu sama sahaja satu kaler dan material kain pun songket sahaja. Tak banyak pilihan.



8. Dulu-dulu amik gambar selalu pose atas katil, peluk-peluk, tenung sesama sendiri. Kalau atas pelamin pulak malu-malu kucing, nak pandang pun segan. Asyik tunduk je.

9. Pengantin dulu lepas settle majlis sanding dan semua tetamu dah balik, pengantin akan sibuk turun ke dapur basuh periuk belanga dan tolong mengemas. 

10. Gambar kahwin dulu nak cuci gambar n frame kan ikut size besar je, takde soft copy. Album pun tebal pakai buku album.


𝙆𝘼𝙃𝙒𝙄𝙉 𝙎𝙀𝙆𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂 

1. Tak perlu susah payah kerana ada caterer yang boleh membantu. Hanya sediakan duit je. 


2. Pengantin perempuan esok nak langsung boleh lagi keluar jalan-jalan, membeli barang yang masih tak lengkap.
3. Kahwin sekarang, dah tak perlu banyak baju hanya cukup dua pasang. Nikah dan majlis. Ada setengah majlis nikah sekali dengan sanding.

4. Tukang makeup pulak, lebih kepada makeup simple atau natural sahaja. Nampak lagi kemas dan cantik.

5. Saudara mara pulak, kalau boleh tidak mahu tidur di rumah pengantin. Lebih suka tidur di hotel atau homestay. 

6. Hantaran kahwin sekarang semua mewah. Seperti handphone, Ipad, Perfume mewah dan macam lagi. Hiasan hantaran semuanya beli je.


7. Pakaian pengantin sekarang, bermacam design dan warna. Ada yang berlabuci banyak, ada yang beli dari luar Negara. Dan material pun bermacam-macam jenis. Tambahan pula ada bribesmaid lagi.

8. Pengantin bergambar sekarang semakin sempoi. Bermacam-macam pose. Jurugambar pun banyak idea pose untuk diberikan kepada pengantin untuk bergambar. Siap ada outdoor lagi.

9. Pengantin sekarang tak sibuk dah untuk mencuci periuk belanga kerana semua dah disiapkan oleh pihak caterer.

10. Gambar kahwin sekarang ni boleh di upload dan buat soft copy je. Boleh di upload di dalam IG untuk kenangan.


10 perkara di atas hanyalah sebahagian, korang sendiri pasti dapat senaraikan apa lagi perbezaannya kan?

Kredit : tilljannah

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post