12 Finalis daripada Top 20 Pencarian Dewi Remaja 2019/2020 diperkenalkan menerusi satu sidang media yang berlangsung pada 15 oktober bagi mencari juara yang baru. 8 Orang tersingkir manakala 12 akan meneruskan perjuangan dalam misi mencari juara dewi Remaja yang baru selepas gelaran dewi edisi lepas terlucut.



Beberapa peraturan diperketatkan sepanjang Pertandingan Dewi Remaja 2019/2020 kali ini, dimana 12 peserta yang bertanding akan dikuarantin di sebuah rumah, vila dewi BCB Hometree Broadleaf residence sepanjang program berlangsung. Malah perkembangan media sosial mereka dipantau bagi mengelakkan peristiwa lepas tidak berulang.
1. Adriana

Nur Nafissa Adriana Bt Abdul Ghafar
21 Tahun, Johor
@adrianaghfr
Anak pertama daripada empat adik beradik ini merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya. Suka membuat kerja amal dan memiliki misi ‘To Give Back to Society’, Adriana bercita-cita menjadi seorang ahli motivasi yang memberi kesedaran tentang hak dan kepentingan wanita kepada orang ramai.
2. Ash
2. Ash

Aishah Binti Azhan
24 Tahun,Selangor
@aishah_azhan
Menyertai Dewi Remaja untuk mencabar dirinya, Ash tidak pernah berada di hadapan lensa komersil sebelum ini. Namun personaliti dan kepetahannya berbicara menambat hari juri. Merupakan pelajar dalam bidang perakaunan di BPP University Birmingham UK, kini dia sedang menghabiskan semester akhirnya secara online.
3. Amanda

Tengku Shatirah Amanda Binti Tengku Ahmad Badrulddin
19 Tahun, Kelantan
@shatirah.amanda
Gadis asal Kelantan ini cukup fasih berbicara dalam loghat negerinya dan juga bahasa Inggeris. Berdarah keturunan di Raja Kelantan, Amanda pernah belajar di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan dan boleh menyanyi dengan baik. Menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idola, dia memiliki single yang diberi judul Gula-Gula, check out her music video guys.
4. Azra

Nursyaza Azra 19 Tahun, Negeri Sembilan
@staphshut
Merupakan seorang pelajar dalam bidang Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara, Seremban. Azra sangat mengagumi Ketua Hakim Wanita pertama negara, Datuk Tengku Maimun binti Tuan Mat. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pengacaraan, anak kedua daripada empat beradik ini cukup suka gaya menarik Johan dan Zizan ketika mengacara.
5. Dian

Adriannna Fernandez Azmi
19 Tahun, Kuala Lumpur
@dianfrnndz
Gadis eksotik ini berkebolehan menyanyi dengan cukup baik dan bakatnya memukau juri ketika sesi ujibakat. Dian kini sedang menuntut dalam jurusan komunikasi korporat di Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM). Tidak hairanlah dia cukup petah apabila berbicara dan yakin apabila melontarkan pendapat. Dia memiliki darah kacukan Filipina di sebelah ibunya dan berbakat dalam bidang nyanyian.
6. Nina Amin

Nina Amin,
23 Selangor
@ninaamin
7. Nynaa Harizal

Nurul Hanynaa Binti Harizal
23 Tahun, Selangor
@nynaaharizal_
Bermula dalam bidang peragaan sejak berusia 10 tahun lagi dan banyak menghiasi lembaran fesyen majalah serta membintangi iklan komersil televisyen, kini gadis berusia 23 tahun ini mula melebarkan sayap dalam bidang lakonan. Anak sulung daripada tiga beradik ini merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan. Ketika waktu lapang, Nynaa gemar menunggang kuda dan bermain piano.
8. Saidah

Nur Saidah Syahirah Binti Kamarudin
23 Tahun, Selangor
@saidahkamarudin
Gadis kecil molek ini merupakan seorang pramugari di syarikat penerbangan komersil tempatan. Pernah melanjutkan pelajaran di peringkat asasi sains di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Saidah berhasrat untuk menempa nama dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan.
9. Syaza

Shaza Nuriman Mohamad Zamri
24 Tahun, Kuala Lumpur
@shazabae_
Merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Malaya (UM), Shaza Bae sedang bekerja sebagai seorang hos dan wartawan untuk sebuah saluran digital. Berbakat dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur ini banyak membintangi iklan komersil.
10. Syamira

Norsyamira Izzati Mohd Nazir
22 Tahun, Selangor
@miranzr
Anak bongsu daripada dua beradik ini sedang menuntut dalam bidang ijazah sarjana muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam. Meminati bidang pengacaraan, tutur katanya sangat tersusun apabila berbicara. Kalau nak tahu, nama panggilan manjanya cukup menarik, Embun! Klasik bukan? Syamira menjadikan bidang pengacaraan sebagai misi menyertai Dewi Remaja.
11. Shalin

Sharlina Gilbert Mojinun
23 Tahun, Sabah
@sharlinagilbertmojinun
Gadis pemalu ini cukup lemah lembut apabila berbicara. Aktif menyertai pertandingan ratu cantik di Sabah sebelum ini, Shalin menjadikan pengalaman tersebut untuk berjaya di pentas Dewi Remaja. Pernah bekerja sebagai seorang pramugari dan kini bergelar sebagai setiausaha produksi di Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.
12. Myra

Yusmyra Natasha Binti Abdullah
24 Tahun, Kuala Lumpur
@nananattasya
Tahun lepas gadis yang aktif dalam bidang ‘cheerleading’ ini tidak terpilih sebagai finalis Top 20 namun persediaan rapi yang dilakukan tahun ini membuktikan bahawa dia layak untuk menempa nama sebagai finalis top 20 Dewi Remaja. Gadis berwawasan ini memiliki akademi cheerleading sendiri dan aktif sebagai jurulatih cheer di beberapa buah sekolah di dalam negara. Dia juga fasih berbahasa Mandarin.

Dewi Remaja edisi ke-10 bakal bersiaran setiap sabtu jam 9.00malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 26 Oktober 2019.
Kredit : MajalahRemaja