20 Resipi Pelbagai Perisa Aiskrim Malaysia Moden Sedap & Mudah Disediakan

Aiskrim Malaysia, Sebut sahaja aiskrim pasti ramai terbayang kesedapannya, manis lemak berkrim disukai ramai. Mana tak nya dengan pelbagai pilihan rasa pasti memenuhi selera ramai.



Bukan sahaja anak-anak budak kecil yang suka, orang besar juga sukakannya. Kalau dahulu perisa utamanya cumalah asam boi, milo, kini terdapat dalam pelbagai rasa sesuai peredaran zaman.

Jadi jom kita selongkar, resepi aiskrim Malaysia Viral Yang Anda Perlu Cuba

1. Resepi Aiskrim Choki-Choki



Bahan-Bahan :
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 4 tin air
  • Secubit garam
  • 2 sudu 1/2 tepung jagung
Cara-Caranya :
  1. Kacau semua bahan then didihkan manja2 api kecik..
  2. Tambah tepung jagung untuk bg lembut..
  3. Masukkan garam selain membangkitkan lemak dan dia boleh cegah kembung..dah tu tapis tau..
  4. Choki2 tu potong 2..masuk dlm plastik eskem then picit2 ratakan sekeliling plastik aiskrim.
  5. kemudian Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.
  6. Siap Simpan dalam peti ais sehingga beku.

2. Resipi Aiskrim Sumi



Bahan-Bahan :
  • 3 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • perisa dan warna yg anda suka
  • 3 packet jelly sumi – dibelah 4 setiap satu
Cara-Cara :
  1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
  2. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
  3. Bubuh perasa dan pewarna, kacau rata.
  4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai.
  5. Jgn lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya tau.
  6. Siap Simpan dalam peti ais sehingga beku
  7. Sedia untuk dihidang
3. Resepi Aiskrim Kacang Hijau



Bahan-Bahan :
  • Kacang hijau rm2(rendm semalaman)
  • Santan 1 liter
  • Gula 2-3 cwn (klu xnk mns blh krngkn)
  • Gula merah rm2
  • 1-3 cubit garam
Cara-caranya :
  1. Kacang hjau yang dah di rendam semalaman
  2. Rebus sampai empuk/kembang
  3. Air gula merah masak berasingan(tapis)
  4. Bila kacang dah empuk masukkan air gula merah, gula, garam dan santan.
  5. Masak macam buat bubur kacang
  6. Kemudian tutup api dan biarkan suam baru isi dalam plastik ais krim.
4. Resepi Aiskrim Jelly Lolipop



Bahan-Bahan :
  • Air 5000ml
  • 1 Packet jelly (saya guna perasa laici)
  • 1 Tin susu cair
  • 4 Senduk gula
  • 3 jenis pewarna
  • pelastik ais krim
Cara – Cara Penyediaan
  1. Masuk kan air, jelly , susu cair dan gula
  2. (kacau dulu hingga sebati dan larut ya, bru hidup kan api)
  3. Masak hingga larut dan sebati * kacau selalu ya
  4. Rasa.. klu tawar tmbh lg gula.
  5. Bahagi kn kpd 3 bahagian dan warna kan.
  6. Isi dlm plastik. Ikat.. Siap!
5. Resepi Aiskrim Gula Apong



Bahan-Bahan :
  • Resepi eskrem ‘Gula Apong’
  • 3 liter air
  • 1kg kelapa (buat santan)
  • Gula apong ori @ gula nira agak2 700g
  • Daun pandan 2helai
INFO **Xpayah letak gula sis.. Kalau xmnis blh tmbah lg gula nira tu.

cara-caranya :
  1. Masak air smpai mengelegak baru masukkan gula nira, santan dan daun pandan.
  2. Jangan lupa tapis air dulu sebelum masukkan kedalam plastik aiskrim
  3. Masukkan dalam plastik aiskrim
  4. Bekukan dalam peti ais & Siap
6.  Resipi Aiskrim Nutella



Bahan-Bahan
  • Plastik aiskrim (yang ni paling penting, kalau tak ada tak jadilah aiskrim Malaysia)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • Nutella
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh garam
  • 4 tin air masak (guna tin susu je untuk sukat)
Antara bahan-bahan wajib buat ais krim Malaysia Nutella

Cara menyediakan
  1. Masukkan nutella ke dalam plastik ais krim siap-siap.
  2. Nak lagi sedap boleh je letak banyak-banyak. hhehe.
  3. Didihkan pula susu pekat, susu cair dengan air masak tadi, masukkan garam dan tepung jagung.yeahh
  4. Kacau dengan perlahan sampai mendidih.guna whisk je pun boleh dan lagi mudah beb:)
  5. Lepas tu, tuang dalam jug yang bermuncung supaya senang nak masukkan dalam plastik ais krim tadi. Siap
Nampak, dah siap ais krim kita. Mudah bukan?

7. Resepi Aiskrim Bubur Kacang Hijau



Bahan-Bahan
  • 2 cawan kacang hijau
  • 1 cawan isi jagung
  • 1 kotak santan pekat 200ml + 3 cawan air suam
  • 4-5 cawan air utk rebus kacang
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan biji sagu
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • secubit garam
Cara Penyediaan Aiskrim Bubur Kacang Hijau 
  1. rendam kacang 1-2 jam dan rebus dengan air sampai kembang(air akan kering) dan empuk
  2. masak santan yg dah dicampur air suam, daun pandan, garam, gula dan gula merah dalam periuk lain sampai gula larut
  3. masukkan kacang hijau yg direbus,sagu dan jagung dalam adunan santan.masak sampai empuk,kacau sebati dan biar mendidih.
  4. utk bubur sedia hidang panas2…
  5. Utk aiskrim, sejukkan dlu.bila dah sejuk, masukkan dalam plastik aiskrim dan ikat ketat2
  6. Bekukan semalaman.
  7. Siap untuk dihidangkan.
8. Resepi Aiskrim Jeruk



Bahan-bahan
  • Air
  • Gula
  • Jeruk
Cara-cara Penyediaan
  1. Bancuh air gula je lepas tu campur je ngn jeruk
  2. Masukkan dalam sarung aiskrim dan sejukkan, siap
9. Aiskrim Malaysia Jagung Cincau



Bahan-Bahan :
  • Air
  • Sirap jagung
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Garam sedikit
Cara Membuatnya
  1. Cincau Buat air jagung mcm biasa, 
  2. letak secubit garam utk 1balang air 
  3. bila sejuk letak air dlm plastik dan letak cincau.
  4. Bekukan dalam peti ais, Siap
10. Aiskrim Lemon Susu Serbuk Coklat



Bahan-Bahan
  • Air
  • Susu segar
  • Susu pekat
  • Lemon
  • Serbuk coklat
  • Plastik Aiskrim
Cara-cara Penyediaan
  1. Buat air susu mcm biasa, perah lemon sedikit, sejukkan 
  2. letak dlm plastik Aiskrim dan letak serbuk coklat. Siap
10. Aiskrim MILO 



Bahan-Bahan : 
  • Air Milo
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Coklat tabur 
Cara Penyediaan
Masak air, buat air milo mcm biasa tp letak susu cair dan susu pekat.
Siap air milo sejukkan dan tuang dlm plastik bersama coklat tabur.

11. Resipi Aiskrim Malaysia Sangkaya

 

Bahan-Bahan
  • Santan jenama M&S 500ml
  • 1 tin susu Pekat
  • 3 tin air
  • 2 sudu tepung jagung
  • Sesudu teh garam
Cara Penyediaan
  1. Kacau semua bahan dalam periuk dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Sejuk dan tapiskan
  3. Pastikan betul-betul sejuk baru tuang dalam plastik aiskrim.
  4. Boleh masukkan gula kabung dalam 2-3 ketul untuk rasa cendol.

12. Resepi Aiskrim Malaysia GreenTea


Musim panas ni sedap kalau dapat makan aiskrim. Jom buat sendiri guna resepi ni 👇 .

Bahan-Bahan:
  • 4 sb serbuk green tea Thai (direndam air panas)
  • 1 tin susu pekat
  • ½ tin susu cair
  • Air secukupnya
  • Secubit garam .
Langkah2 Penyediaan:
  1. Bancuh serbuk green tea dengan air panas Toskan serbuk green tea
  2. Masukkan susu pekat dan susu cair Kacau sebati
  3. Masukkan secubit garam
  4. Biarkan seketika Bila dah sejuk, boleh masukkan dalam plastik aiskrim
  5. Masukkan dalam peti ais Siap Selamat mencuba :) .
P/s : ada 2 tone color dalam pic atas. Tone pekat tu bancuhan pertama, tone pudar tu bancuhan kedua punya.

13. Aiskrim Malaysia Versi Cheese



Bahan-Bahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 tin air
  • 4 atau 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 2 hingga 3 sudu tepung jagung
  • 50 gram tatura cream cheese
  • Secubit garam
  • Filling blueberry dan strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap)
Cara Penyediaan

1. Masak semua bahan di atas kecuali cream cheese menggunakan api yang sederhana.
2. Apabila dah mengelegak, masukkan cheese. Tutup api.
3. Biarkan sehingga bancuhan menjadi suam, kemudian blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus, tapis bancuhan tersebut.
4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim yang dah ada filling di dalamnya. Ikat dan bekukan.

Kredit : Bintu Zain

14. Resepi aiskrim Malaysia: Asam Boi 


Kredit: Masam Manis

Bahan-bahan:
  • Air panas
  • Gula
  • Perisa asam masin
  • Asam boi
  • Plastik aiskrim
Cara-cara membuat:
  1. Larutkan gula dengan air panas.
  2. Masukkan perisa asam masin. (nak guna perisa oren pun boleh)
  3. Biarkan sejuk.
  4. Masukkan asam boi ke dalam plastik.
  5. Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang sudah sejuk ke dalam plastik. Ikat ketat-ketat.
  6. Simpan dalam peti ais hingga beku.
15. Aiskrim Strawberi 


Kredit: mummy in pinky

Bahan-bahan:
  • 1 packet buah strawberi
  • Perisa strawberi
  • 3 cawan air
  • Gula
Cara-cara membuat:
  1. Kisar buah strawberi dengan air.
  2. Didihkan atas api dan masukkan gula sehingga rasai manis buah.
  3. Selepas itu, masukkan perisa strawberi.
  4. Masukkan kedalam plastik aiskrim. 
15. Aiskrim Perisa Pisang dan Madu Yogurt


Kredit: Mejuez

Bahan-bahan:
  • 280gm yogurt tanpa lemak
  • 90gm pisang
  • 1 1/2 sudu teh Madu
Cara-cara membuat:
  1. Kisar yogurt, pisang, madu.
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Bekukan
16. Aiskrim mango dan strawberi yogurt



Bahan-bahan:
  • 280gm yogurt tanpa lemak
  • 30gm strawberi segar
  • 30gm mangga segar
  • 1 1/2 sudu teh madu
Cara-cara membuat:
  1. Kisarkan strawberi, mangga & madu.
  2. Masukkan dalam plastik aiskrim.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk, Siap
17. Aiskrim Coconut Shake


Aiskrim Coconut Shake

Bahan
  • Buah kelapa muda 5 biji
  • Esen vanila
  • Susu cair 2 tin
  • Susu pekat 1 tin
  • Tepung jagung untuk nampak gebu
Cara Penyediaan
  1. Masak sampai mendidih
  2. Sejukkan
  3. Bungkus dalam plastik
  4. Sejukkan dalam peti ais
Sumber : Nana Rena 

18. Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim


Bahan:
Kacang merah (lebih kurang 300grm )
1.5 liter air masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 satu kotak santan (kecil)
1 tin susu cair
3 sudu tepung pulut
3 sudu tepung jagung
Sedikit sirap
Sedikit garam

Cara:
1.Rendam kacang semalaman, selepas itu rebus sampai empuk dan lenyek.
(Lagi lama rendam kacang lagi senang empuk)
*kacang merah saya suka letak banyak, lagi sedap.

2. Masukkan 1.5 liter air + 1 cawan gula masak atas dapur sampi gula hancur.

3. 3 sudu tepung pulut + 3 sudu tepung jagung bancuh dan tuang dalam air
gula tu. Kacau sampai tepung larut. Nak senang guna mixed

4. Masuk 1/2 susu pekat, 1 kotak santan yang kecik, 1 tin susu cair.

5. Masukkan garam sikit, sirap sikit untuk bagi color cantik. Buka api kecik kacau sampai mendidih. Last sekali masuk kacang yang ditumbuk tu kacau sampai kacang sebati.
Tutup api.

6. Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan.
Kredit: Siti Norazliana

19. Aiskrim Magnum


Resepi paling mudah n ringkas. Aiskrim ala magnum:

Bahan2
susu cair 1 tin
susu pekat 1/2 tin
ovellate 1 sb
(blender semua diatas)

Coklat masakan dalam gambar, jenama Beryls.

Cara2
Masukkan coklat dlm plastik aiskrim ratakan, kemudian masukkan adunan aiskrim.. (jgn risau adunan tidak akan bercampur) 
part masukkn coklat blh jer guna pipping beg yg 3segi tu.. ratakan je guna tangan ke guna pembaris ke..

Siap!

20. Aiskrim Cappuccino Oreo 

 

Base susumasak macam biasa.
3 tin susu cair
2 tin susu pekat
12 tin air penapis
5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:
Masukkan oreo crush siap siap ke dalam plastik aiskrim.
Susu dah mendidih, masukkan cappuccino emulco yang dibeli di bakery. Kacau sehingga sebati. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik
Sedia untuk disejukbekukan.


21. Aiskrim Bluemint Dynamite

 


Bahan-Bahan
Aiskrim Malaysia. Aiskrim Bluemint Dynamite.

Resepi susu:
1tin susu cair.*
1tin susu pekat manis.*
4tin air.*
1/2sd kecil garam.*
5sd bsr tepung ubi rata ya, jgn membukit sgt.
(Di bancuh dgn air dahulu.)
Pewarna makanan (biru)
Gula2 dynamite secukupnya.

Cara Penyediaan
Masukkan bahan yg bertanda * ke dlm periuk.. kacau bagi sebati.
Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
Sentiasa kacau supaya tdk berkerak.
Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dlm susu tadi.
Kacau2 bagi sebati dan mendidih jap.
Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dlm jug.
Masukkan 2biji gula dynamite yg telah di ketuk hancur, ke dlm plastik aiskrim.
Tuang susu biru ke dlm plastik, simpul bagi kemas siap.


Selamat mencuba!

Kredit : Food Viral MY / Blogger

2 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post