15 Resipi Sambal Cili Berapi Mudah Disediakan Mesti Cuba Sendiri Di Rumah

Apabila menjamah nasi dan lauk, jika dah namanya tekak Melayu, tak ada sambal memang tak sah. Pergilah kepelusuk dunia pun pasti merindukan sensasi daripada sambal itu, rasa tak lengkap je bila makan.

Buat mereka yang berani mencuba sesuatu yang baru boleh lah cuba sendiri resipi-resipi sambal ini, dalam banyak-banyak ini mungkin ada satu yang kena dengan tekak.


Selain sambal belacan, terdapat pelbagai lagi sambal tumbuk yang mudah dan sedap. Malah cara penyediaannya pun ringkas. Jadi, bolehlah pakat cuba.

Jadi jom kita selongkar koleksi resipi sambal popular di Malaysia

1. Sambal Kuinin


Bahan2 :
  • Cili padi
  • Lada merah besar
  • Sedikit belacan yg sudah dibakar
  • Garam
  • Buah kuinin masak
  • Sedikit gula
Cara2 penyediaannya :
  1. Tumbuk cili padi, lada merah besar
  2. campurkn belacan, garam n gula,
  3. Kemudian bila cili sudah hancur masukkan buah kuinin masak
Mabeless you!

2. Sambal Ikan Mempelam Muda


Kredit : Mazliza Ahmad

Bahan:
  • 2 Ekor ikan kembung-bakar or rebus
  • 15 tangkai cili api
  • 3 biji mempelam telur(muda)-cincang2 *kalau pelam besar..sebiji pun ok
  • Sedikit garam
Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk cili api + garam hingga lumat
  2. Masukkan pula ikan rebus /bakar td n tumbuk lagi
  3. Akhir sekali masukkan mempelam yg d cincang dan tumbuk2 manja gitu...
  4. Siap !!!
3. Sambal Ikan Bilis Petai + Tempoyak



Bahan2 :
  • 2 cawan ikn bilis
  • 1 cawan petai
  • 1/2 cawan tempoyak
  • 2 labu bawang besar dimayang
  • 20 biji cili api*
  • 4 ulas bwag putih* ( bahan bertanda * ditumbuk hancur)
  • Sedikit garam dan gula
Cara2 Penyediaan :
  1. Goreng ikan bilis dan petai sehingga garing dan ketepikan.
  2. Tumis cili dan bwg putih yg telah ditumbuk.
  3. Masukkn tempoyak.
  4. Kemudian rasakn garam dan gulanya.
  5. Masukkn ikn bilis dan petai yg telah digoreng tadi.
  6. Akhir sekali masukkn bawang
~siap unk dihidangkn~

4. Sambal Belacan
Yg nih paling senang.

Blend/tumbuk jek cili padi, Cili merah besar,sedilit gula, garam & belacan yg telah dibakar
Perahkn asam limau nipis @ kasturi

~siap~

5. Sambal Belacan Kulit Limau



Yg nih paling senang.
Blend kering jek cili padi, Cili merah besar,sedilit gula, garam & belacan yg telah dibakar
Perahkn asam limau nipis @ kasturi
potongkn kulit limau kasturi
Campurkn dlm sambal belacan
Wangi you...

~siap~
kes malas nk menumbuk

6. Sambal Kering ikan bilis cilipadi



Bahan2:
  • Ikan bilis 2 cawan
  • Cili padi 30 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Bawang merah 12 ulas
  • Garam
  • Gula
Cara2nya:
  1. Semua bahan diatas ditumbuk kasar..
  2. Goreng dlm minyak yg panas sehingga garing
  3. Rasakan garam dan gulanya
7. Sambal Kicap Cili Potong


Bahan2 :
  • Cili padi dipotong
  • Bawang merah dimayang
  • Kicap manis
  • Asam limau kasturi @ limau nipis
Cara2nya:
  1. Campurkn kicap dgn bahan2
  2. Perahkn asam limau.
  3. Sedia Dihidangkan
~Sonang bona~

8. Air Asam Lada Picit



Bahan2:
  • Cili padi
  • Sedikit belacan yg telah dibakar
  • Sedikit Asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit Air masak
Cara2nya:
  1. Masukkn semua bahan dlm mangkuk.
  2. Masukkn sedikit air masak.
  3. Picit dan pecahkn cili dan bahan2 dgn ujung jari

9. Sambal Gesek Ikan Bilis


Bahan-bahan:
  • Cili padi
  • Garam kasar
  • Ikan bilis
  • Limau kasturi @ limau nipis
Cara2 penyediaan :
  1. Tumbuk cili padi dgn garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkn pulak ikan bilis,yg dah siap basuh..
  2. Tumbuk kasar..
  3. Perahkn asam limau..

10. Sambal Terung Goreng + Ikan Tumbuk

Sumber : Mazliza Ahmad

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji terung pnjng(potong2 dan goreng)
  • 2 ekor ikan selayang(goreng n ambik isi shj)
  • *15 tangkai cilipadi
  • *3 ulas bawang putih
  • *1biji bawang besar
  • Sedikit garam
Cara Penyediaan:
  1. Goreng bhn bertanda * hingga layu
  2. Tumbuk bhn yg dh dgoreng layu td dgn garam
  3. Masukkan isi ikan dan tumbuk ..
  4. Akhir skali..masukkan terung dan tumbuk pecah2 je

11. Sambal Totok


Sumber : Mazliza Ahmad

Bahan-Bahan:
  • 1/2 gengam ikan bilis kopek(basuh dan rendam)
  • *30 tangkai cili padi merah+hijau
  • *1 biji bwng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *sedikit belacan
  • Sedikit garam
  • 1biji limau nipis
  • Goreng bahan bertanda * hingga layu dlm minyak yg sedikit
Cara Penyediaan:
  1. Tumbuk semua bahan yg d goreng td dgn sedikit garam
  2. Tumbuk pecah2 manja je...
  3. Masukkan ikan bilis yg dah d toskan dan tumbuk sebati..
  4. Perahkan limau dan gaul sebati..
  5. Siap!!!mkn plk dgn nasi panas...terangkat!!!
  6. Selamat mencuba..

12. Sambal Goreng Garing


Sumber : Mazliza Ahmad

Bahan-Bahan:
  • *3 biji cili masak
  • *25 tangkai cili padi(akk guna cili padi merah)
  • *1'biji bwng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *Sedikit belacan
  • 1 kpng asam keping
  • Garam n perasa
Cara Penyediaan:
  1. Mesin kasar bhn bertnda *
  2. Tumis bhn hingga betul2 garing
  3. Masukkan asam keping,garam n perasa
  4. Siap!!
  5. (Klu utk mkn kat rumah je..biasa akk buh tomato utk gnti asam keping...lg sedap..tp sb ni nk simpan lama..so akk buh asam keping)
14. Sambal Limau Nipis



Sumber : Mazliza Ahmad

Bahan-Bahan:
  • Cili besar/cili msk-2 biji
  • Cili padi-7/8 biji
  • Sedikit garam
  • Sedikit belacan
Cara Penyediaan:
  1. (Tumbuk lumat bhn di ats)
  2. Bila dh lumat...masukkan 1 sudu mkn gula..lenyekkan dgn lesung..
  3. 1 biji limau nipis(hiris n perahkn airnya dlm sambal td..klu suka..blh hiriskn kulitnya nipis2 n gaulkn dlm sambal
  4. Siap!!!

Slmt mencuba..

15. Sambal Gesek

SUMBER: MAZLIZA AHMAD

Bahan-Bahan:
  • 1Genggam cili api
  • sedikit belacan
  • 1 biji bwng besar
  • 2 ulas bwng putih
  • 2 sudu ikan bilis-goreng garing n tumbuk pecah2
  • 1 biji asam limau
Cara Penyediaan:
  1. tumbuk cili,bwng besar,bwng putih n belacan pecah2 je...jgn lumat
  2. tumis bhn tumbuk hingga garing..masukkn sedikit perasa..x perlu tmbah garam klu x suka masin
  3. stlh bhn garing..masukkn ikan bilis yg d tumbuk td n kacau rata
  4. hidangkn dgn limau nipis..klu suka masam..lbhkn lg limau..mkn dgn nasi panas2...cnfirm merah telinga...
  5. *utk yg x suka pedas sgt..blh campur cili api n cili masak..rasa ttp sedap cuma kurang pedas je..

p/s : Antara yang dirindukan bila lama ke luar negara atau tak berada di Malaysia mungkin nama sambal yang menjadi ingatan. Jadi nak tak nak kena ambil tahu serba sedikit masak sambal ni macamana kan.

Sekian.

Kredit : Mazliza Ahmad

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post