20 Bendera Negara Di Dunia Yang Paling Susah Dilukis Semula

Sewaktu sekolah dulu pasti pernah melukis bendera Malaysia, dalam mengenal dan menghayati lambang dan identiti bagi negara kita itu, mesti pernah komplen bendera Malaysia susah gila nak lukis sebab bintang bucu 14. 

Sekiranya anda merasakan melukis bendera Malaysia dah susah, bandingkan dengan beberapa negara yang memiliki bendera yang susah dan sukar dilukis ini.

Jom kita selongkar,  

Afghanistan
Bayangkan kena lukis gambar gandum kat bendera Afghanistan ni. Lepas tu ada masjid pulak. Nak kena tulis kalimah syahadah lagi.




Albania
Bendera Albania ni pun satu hal jugak. Nak kaler warna merah kat celah kepak helang hitam tu mau demam seminggu.
 

USA (Amerika Syarikat)
Amerika ni nampak je sempoi, simple. Tapi kau tengok camano kau nak bajet bintang ni tersusun cantik camtu?


Vatican City
Look at the details


Wales
Bendera Wales ni pun macam Bhutan, ada naga yang berlidah dan ekor panah.
 

Eswatini
Bendera Swaziland atau baru-baru ni tukar nama Eswatini ni lambang perisai kaum yang duduk sana. Camana kau nak bajet balance lukisan hitam putih tu? ibarat yin yang.

  

Belarus
Belarus pun boleh tahan payah. Ni aku rasa siap kepala sampin pun ada. Dia macam Turkmenistan la gak design kain songket tapi tak banyak colour la.


Bhutan
Kau tengok, nak lukis kepala naga tu kena pelukis tattoo pro je boleh.


Belize 
Bayangkan kena lukis dua orang pegang kapak, pegang kayu besbal, lepas tu pokok pulak. 

 

Brunei
Satu lagi wakil Asia Tenggara, Brunei. Gambar tangan berdoa tu takde hal la,  payung tu tak kisah lagi, tu tulisan khat tu macamna pulak?

 

Iran
Bendera Iran ni nampak je simple dari jauh. Bila di zoom secara dekat kau tengok ada pulak tulisan khat kat tengah bendera tu.

 

Cambodia (Kemboja)
Siap kena lukis Angkor wat nak bagi sama rata dan balance kiri dan kanan, mencabar2


Mexico
Ni bendera Mexico. siap ada  gambar helang makan ular kat atas pokok kaktus.  Sungguh simbolik.


Mozambique
Bendera Mozambique ni nampak sempoi. Ada gambar buku tanda hargai ilmu, cangkul hargai petani dan paling awesome, ada AK-47 sebagai hargai tentera.


Philiphine
Korang semua merungut lukis bintang bucu 14. Tengok Filipina? Berapa bucu pulak tu?  nak kena bagi balance kiri kanan atas bawah.


San Marino
Tu dia siap ada reranting daun kiri dan kanan dengan mahkota di atasnya. Cabaran sungguh nak bagi balance cantik kiri dan kanan.


Catalan
Mereka punya bendera belang-belang merah kuning. Sempoi je siap ada istana, mahkota.



Balkan
Burung kepala dua, dengan perisai dan mahkota.

Sri Lanka
Bendera Sri Lanka ni singa pegang pisau.

 

Turkmenistan
Yang ni boleh dikatakan paling mencabar nak lukis, siap kena lukis kain songket kat bendera.


Nota: Penulis bergurau dan hanya memfokuskan tentang kesukaran untuk melukis bendera negara2 ini dalam konteks seorang kanak-kanak darjah satu. Penulis tidak berniat untuk menghina negara lain apatah lagi mencetuskan masalah hubungan diplomatik. Sila jangan serius sangat.






Selepas tengok semua bendera negara ini, mesti korang rasa bersyukur dan bangga dengan Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysian kan?

Sumber : Twitter

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Kenapa aku je rasa jalur gemilang pun susah nk lukis,bintang dia tu yang palingg susah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post