6 Sebab Mesti Tonton Ejen Ali The Movie Di Panggung (No Spoiler)

Filem animasi Ejen Ali The Movie menemui penonton mulai 28 November merupakan terbitan WAU Animation dan diedarkan oleh Primeworks Studios berbekalkan jumlah perbelanjaan mencecah RM6 juta, Dijangka bakal pecah panggung, dengar sedikit review tentang mereka yang sudah menonton filem Ejen Ali ini yang ditayangkan tak lama selepas Filem hollywood Frozen 2 ditayangkan. ]



3 perkataan menggambarkan filem #EjenAliTheMovie
SPECTACULAR! 
EXCITEMENT! 
EPIC! 
Penantian selama setahun utk filem ternyata berbaloi. Ini reviewnya



1. Ada beberapa adegan yg lawak nak mampus! Paling kelakar part filem tamil. Ah, malas tulis lebih-lebih. Nanti spoiler.

2. Bergenang air mata saat Ali teringatkan ibunya. Segala teka-teki siapa ibu beliau terjawab dalam filem ini. 



3. Ternganga melihat aksi yang tak henti-henti. Pertarungan akhir antara Ali dan villain epik kemain! Animasi detail ya rabbi. Sehelai2 rambut mengurai.

4. Ejen Alicia sangat comel. Tak sangka gadis tegas ini ada sisi lembut dalam dirinya.  


5. Plot twist demi plot twist. Otak kita sentiasa ligat memikirkan apa lagi selepas ini, apa lagi akan berlaku. Itulah kekuatan Ejen Ali, dari siri 1 dan 2 di stesen tv lagi.

6. Elemen kekeluargaan sangat dititikberatkan. Elemen ini sangat baik untuk kanak-kanak yang menonton. Tetapi... Segala keindahan plot dan animasi ini berakhir dalam tempoh 1 jam 37 minit sahaja. 


Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia support filem ini ya. Bawa anak-anak, adik beradik, kawan-kawan serta pasangan menonton. Jangan risau, yang tak layan siri di tv pun tetap akan faham. Lupakan terus Frozen 2.

Ejen Ali The Movie lebih padu!

Tahniah team Wauriors berjaya hasilkan animasi berkualiti dan semantap ini! Tahniah Tuan CEO, Tuan Usamah Zaid atas filem ini. Tabik spring! Untuk Ejen Ali The Movie, nah saya bagi 10/10 bintang!

Jgn keluar dulu, ada 2 post credit scene.

Kredit : @akhifairuz_

1 Comments

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post