4 Simpton Anda Seorang Penagih Pornografi

Tanda-tanda anda seorang penagih pornografi. Sekiranya anda ada simptom ini, sila terus berjumpa dengan pakar terapi psikologi untuk merawat ketagihan anda.




1. NORMAL 
Seseorang yang mengalami ketagihan pornografi, pada mulanya akan merasakan kurang selesa dengan aktiviti pengembaraan pornografinya. Namun lama kelamaan akan timbul keselesaan dan mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan bersama virus ini.

Hal ini membuatkan penagih akan mencari dan terus mencari bahan pornografi dan menganggap perkara ini normal.

2. TOLERANSI 



Individu yang terjebak dengan virus pornografi sebenarnya telah bertoleransi dengan bahan yang mereka gemari. Walaupun, individu ini sedia maklum mengenai keburukan pornografi, namun mereka tetap ingin berdamping dek kerana keseronokan yang sementara.

Perasaan ini berlaku kerana telah ada sikap kebiasaan atau normal yang akhirnya perasaan toleransi terhadap pornografi ini bercambah walaupun virus ini telah menghancurkan kecerdasan fizikal, intelektual, emosi dan juga rohani.

Impaknya, pada peringkat awal penglibatan individu dalam kancah pornografi, mereka telah menemui pornografi jenis lembut atau softcore porn seperti video atau imej pelacur.

Lama kelamaan, keperluan biologi semakin meningkat dan mendesak diri penagih beralih kepada hardcore porn bagi memuaskan nafsu mereka.

Teruk lagi, penagih pornografi ini akan mencari pemangsanya. Ini dinamakan acting out di dalam tahap ketagihan.

3. PENAFIAN

Penafian merupakan senjata utama bagi seseorang penagih pornografi untuk menyatakan diri mereka sebenarnya di dalam ketagihan dan memerlukan rawatan. "Normallah tu lelaki tengok Porn" Dia menafikan tengok Porn itu satu kesalahan. Menganggap dirinya tak salah

Sebenarnya, penagih pornografi tidak bermaksud begitu. Apa yang mereka ingin nyatakan ialah “AKU BOLEH JER KAWAL KETAGIHAN INI”.

Ini merupakan bayangan atau angan² mereka sahaja. Masyarakat Melayu kata, nak sedapkan hati sahaja. Hakikatnya, penagih pornografi ini akan terus mengembara melayari dunia pornografi ini kerana mereka telah rasa biasa dan boleh bertoleransi dengan apa jua keadaan dan situasi

4. LEMAH
Mentaliti individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan mereka lemah dalam semua aspek kehidupan. Kelemahan ini dapat dikesan daripada pengamalan hidup mereka seharian.

Individu yang mengalami ketagihan pornografi akan menyebabkan otaknya lemah di dalam menjana buah fikiran yang baik. Setelah itu, mereka akan mengalami gangguan emosi yang keterlaluan dan akan membawa kepada rendah keyakinan diri.

4 mentaliti ketagihan pornografi ini hanya boleh dirasai oleh individu yang telah terjebak dengan virus pornografi. Teman rapat atau ahli keluarga tidak berupaya mengesan akannya sekiranya tiada hubungan rapat dengan penagih pornografi.

Sekiranya anda ada tanda tanda ini pergilah berjumpa dengan pakar psikologi untuk dapatkan rawatan. Jika tidak anda lama kelamaan akan tergolong dalam Sexual Disorder-Paraphilia. Salah satu penyakit mental! Senang cerita sakit otak!

#goodbyepornography

Kredit : @CikguFadhli

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post