14 Peserta Maharaja Lawak Mega 2019, Kembali Menggeletek Malam Sabtu Anda

Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019), sebuah program realiti pertandingan komedi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat lawak tegar di rantau ini bakal membuka tirainya secara rasmi pada setiap hari Jumaat mulai 1 November, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut.


Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan iaitu Cali dari Brunei, Bocey, Zero, Rare, Puteh, Stone, Jambus, Rojak dan juga juara program “Muzikal Lawak Superstar” musim pertama, J-Born!




Menariknya, edisi MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, ‘Maharaja Lawak Mega 2019 – “Kerusi Panas” atau “Hot Seat” yang akan bersiaran seminggu lebih awal (25 Oktober 2019, Jumaat, 9.00 malam), secara langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD yang mana akan menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019.

“MLM 2019 – Kerusi Panas” ini akan dihoskan oleh pengacara sensasi, Nabil Ahmad, dan tiga nama besar dalam industri bakal terlibat untuk mengadili persembahan peserta.

Mereka adalah pengarah tersohor, Sabri Yunus, pelakon wanita popular, Fasha Sandha dan produser filem, Mejar (K) David Teo.

Kumpulan
2. BOCEY
Dianggotai oleh Abam, Achey & Fad.
PENCAPAIAN:
Menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 & 2014, Juara Maharaja Lawak Mega 2016 & 2017, Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2018.

Kumpulan
2. CALI
Kumpulan Cali menggabungkan 2 pelawak dari Brunei, Khai & Tonny.



Kumpulan
3. HALUS
Gabungan pelawak Filzah dan Farid Azmeir.


Kumpulan
4. J-BORN
Juara Muzikal Lawak Superstar. 
Diangotai oleh Vicha, Khir Rahman Dan Zoey



Kumpulan
5. JAMBUS
Gabungan Tauke & Tapai Kiut


Kumpulan
6. ONXON
ONXON dianggotai oleh Che Mat Azrul & Gibob.


Peserta
7. POPON
Popon merupakan pelawak Indonesia. Pelawak & Pelakon.

Kumpulan
8. PUTEH
Gabungan kumpulan Puteh & Man RL.
PUTEH:
Pelawak & Pelakon. Naib Juara Projek Komedi Warna (2015); Tempat ke-3 Maharaja Lawak Mega 2016; Finalis Maharaja Lawak Mega 2017 (tempat ke-5); Finalis Maharaja Lawak Mega 2018 (tempat ke-4), Muzikal Lawak Superstar (NEWBOH).


Peserta
9. RAHMET
Rahmet merupakan pelawak Indonesia. Pelawak & Pelakon.




Kumpulan
10. RARE
Rare gabungan 3 pelawak berpengalaman, Ajak Shiro, Ropie & IlIya (Pak Ya).


Kumpulan
11. ROJAK
Gabungan 3 pelawak, Rahim, Bell & Chiwan.


Kumpulan
12. SMART
Gabungan 3 Am Ketampi, Zam Skool of Lawak & Kamal Chilok.



Kumpulan
13. STONE
Gabungan 3 pelawak, Mamat Sepah, Azlee Senario dan Acong.




Kumpulan
14. ZERO
Di aggotai oleh 3 adik beradik, Atu, Syaiful & Syarif.
PENCAPAIAN:
Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (Hot Seat). Naib Juara Raja Lawak Musim 6, Maharaja Lawak Mega 2013, Maharaja Lawak Mega 2017, Maharaja Lawak Mega 2018.

Buat julung kalinya, MLM 2019 mengalu-alukan kedatangan peserta dari Brunei, Cali yang dianggotai dua orang pelawak, Khai dan Tony.

Cukup sinonim dengan jenama Maharaja Lawak Mega, pengacara tersohor dan versatil tanah air, AC Mizal buat sekian kalinya diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas hos MLM 2019.

Ini merupakan penampilan kelapan beliau sebagai pengemudi utama program ini.

Juara MLM 2019 akan membawa pulang RM500,000 dan sebuah trofi, naib juara RM250,000 dan sebuah trofi, tempat ketiga RM150,000 dan sebuah trofi tempat keempat RM50,000 dan sebuah trofi manakala tempat kelima RM15,000 dan sebuah trofi.

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post