Cara Lengkap Tukar Syiling Di Mesin Coin Deposit Sehingga Duit Masuk Akaun

Kalau keluar makan atau beli barang je, balik rumah mesti banyak dapat baki duit syiling. Lebih-lebih lagi jika anda jenis main campak je duit syiling dalam beg!





Dompet kering, ada banyak syiling tapi malas nak kira? Senang je nak setel.

  

Jom Kita Selongkar...

1.  Pergi ke cawangan Maybank yang ada mesin deposit syiling ini. 
Tak semua yang ada ya, kena check terlebih dahulu.

Ini merupakan list cawangan Maybank yang mempunyai Maybank Coin Deposit Machine ini:

1. KL Main Branch
2. Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
3. Shah Alam Main Branch
4. USJ Subang Jaya Branch
5. Seremban Branch
6. Jelapang Branch
7. Melaka Main Branch
8. Johor Bahru Main Branch
9. Jelutong Branch
10. Alor Star Branch
11. Taman Tas Branch
12. Kuala Terengganu Branch
13. Kota Bharu Branch
12. Wisma Satok Branch
13. Kota Kinabalu Branch
14. Rawang Branch
15. Bandar Baru Selayang Branch
16. Bandar Baru Sunway Branch
17. Equine Park Branch
18. Station 18, Ipoh Branch
19. Skudai Branch
20. Batu Pahat Branch
21. Prai Industrial Estate Branch
22. Legenda Heights Branch
23. Pulau Langkawi Branch
24. Paka Branch Branch
25. Tanah Merah Branch
26. Mutiara Damansara Branch


2. Pilih bahasa melayu atau english


3. Ikut Je instruction, button pun ada 2 je nak tekan.


4. Masukkan syiling anda, tak perlu asingkan pun duit syiling tu
Lepas tekan button A, masukkan duit slow2.. jnganla tabur selepuk kat situ, rosak pulak nanti. nikmat betul dengar duit tu masok

Mesin ini cukup bijak untuk asingkan setiap duit syiling.

Untuk pengetahuan anda, syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan juga 50 sen. Duit lama juga diterima tapi bukan duit negara lain.


5. Jangan lupa cek kat bawah ni kalau ada duit yg kena reject, masukkan semula ye.. mcm cash deposit jugak, kadang2 ada duit yg kena reject.

Setelah seketika, mesin akan berhenti. Namun, anda boleh tekan semula butang 'A' untuk teruskan.

Duit-duit yang diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Anda boleh cuba untuk masukkan semula duit syiling tersebut.



6. Seterusnya, tekan butang 'B' dan mesin akan mengeluarkan dua helai resit untuk anda


Butang 'B' tersebut adalah untuk anda menerima dua helai resit selepas transaksi selesai dilakukan. Satu resit untuk disimpan dan satu lagi resit adalah untuk diserahkan kepada pihak bank.

Isikan nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon anda pada resit tersebut.   
 

Nanti keluar resit mcm ni..  



8. Serahkan resit tersebut di kaunter khidmat pelanggan

Selepas itu, anda juga akan diberikan satu borang untuk diisi dengan maklumat seperti nama penuh, nombor akaun bank dan juga jumlah duit syiling yang telah dideposit.


9. Akhir sekali, berikan borang tersebut beserta resit ke kaunter khidmat pelanggan
Wang anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari yang sama (jika anda pergi bank pada waktu pagi).




NOTA PENTING: Sebelum anda pergi ke cawangan bank tersebut, telefon dahulu untuk semak availability mesin itu. Mana tahu under maintenance, atau sudah tiada lagi. Jadi anda tidak buang masa datang ke sana.


Waktu operasi bank adalah bermula jam 9:15 am sehingga 4:30 am. Mesin ini juga mengikut waktu operasi bank, bukan seperti mesin cash deposit yang lain. Sebab resit yang diterima perlu diserahkan di kaunter khidmat pelanggan semula.

Selain itu, resit yang dikeluarkan oleh mesin adalah valid untuk satu hari sahaja ya. Sebaik sahaja anda menerima resit daripada mesin, terus bagi balik di kaunter, jangan pergi esok pula!

Kredit : Twitter @FlightMurah / @ManessManes

1 Comments

Apa Kata Anda?

  1. salam. kalau depo dekat mesin cimb lpastu nk duit yg dh depo tu nk masukkan dlm bank lain blh ke ? contoh maybank

    ReplyDelete
Previous Post Next Post