15 Meme Lawak Kereta Terbang 2020 Jadi Bualan Hangat Netizen

Bila tiba sahaja tahun baru 2020, maknanya teknologi semakin pesat membangun dan sepatutnya sudah ada kereta terbang seperti yang selalu dikatakan pada zaman sekolah dahulu. Namun, hakikatnya tiada pun kereta terbang dan ia menjadi bahan jenaka netizen di media sosial.



Daripada dulu lagi kita sering disogok dengan angan-angan bahawa kononnya akan wujud kereta terbang pada tahun 2020, tetapi kita belum ada teknologi yang cukup canggih. Apa-apa pun, benar kata Sharnaaz, tidak perlu mengherdik impian untuk ada kereta terbang dan seharusnya berusaha untuk merealisasikannya.

Pesan Grab Terbang


Petron Sempat lagi




Pergh Yang ni power editing dia
"Check out my friend, he already has a flying car."

The New Era seperti dalam Filem


Dah saing-saing kapal terbang



Pakai Waze Di Udara


First Day bawak kereta terbang, Gugup Jadinya




Kereta terbang bukanlah satu-satunya ideologi yang terdapat dalam Wawasan 2020. Banyak lagi yang disuruh hafal sejak diperkenalkan pada tahun 1990 dan kereta terbang tidak ada dalam dalam kesemua 9 cabaran Wawasan 2020. Jadi, malulah anak muda hari ini yang menggelakkan idea kereta terbang yang sebenarnya adalah lukisan bayangan pelukis pada ketika itu kerana cabag ke-6 Wawasan 2020 ialah melahirkan generasi yang kukuh kemahiran sains dan rakyat berprogresif.

Sudahlah tak tahu isi kandungan Wawasan 2020, hanya mendengar mengenainya hujung2 tahun ni, gagal menempatkan diri dalam tujuan ini ada hati lagi nak gelakkan idea orang? Kalau beginilah lagi, maka anak muda hari ini gagal di cabaran ke-3 Wawasan 2020 iaitu menjadikan warganegara matang dan bertoleransi. Anak-anak murid sekalian, Google ada, Wikipedia ada, it’s time to learn and bina idea baru. Jgn gelakkan idea org when you’re just a mere follower. 

Zaman teacher dulu, perkataan toleransi dipelajari dari belakang kulit bukulah. Blkg kulit buku kami dulu ada Wawasan 2020. Sapa yang remove #wawasan2020 dr blkg kulit buku sekolah anak2 kita? Siapa yang telah menggagalkan kematangan anak muda sekarang? Ce fikir. #keretaterbang
   

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post