15 Koleksi Teka-Teki Ah Teka-Teki Uh Dengan Jawapan Masuk Air

Teka teki ah, teka teki uh. Kerana teka teki boleh tergadai kerajaan tau macam dalam filem Nujum Pak Belalang, jangan main-main.

Jadi jom kita selongkar koleksi Teka-teka ah teka-teki uh!

1. Sotong kalau belah dua jadi apa?

Jawapan : Sotong masak kunyit? salah Sotongah lah jadinya




2. Benda apa warna dengan nama dia sama?

Jawapan : Coklat



3. Dalam banyak-banyak Ikan, Ikan apa yang bila kita panggil dia berhenti?

Jawapannya : Ikan Paus, Sebab boleh Pause



4. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?

Jawapan : Kuching, Sarawak.




5. Lahir-Lahir je dah jadi tua. Apakah ia?

Jawapan : Burung kakak tua.

6. Dalam banyak-banyak perang, perang apa ratu dan raja berperang satu sama lain

Jawapan : Catur

7. Kejap hitam, kejap putih, kejap hilang, kejap muncul

Jawapan : Awan Berarak mendung tak bererti Hujan

8. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang pecah belah

Jawapan : KERETAkan rumah tangga .. dy xde tayar tp dy ada babi yg sondol.. (orang ketiga)

9. Kotak apa yang menyedihkan?

Jawapan : Kotakpilihakutapikaupilihdia

10. Apa perbezaan disini dan disana?

Jawapan : Huruf 'i' dan 'a'.




11. Banyak2 haiwan, haiwan apa yang berkaki 8 tapi tak boleh jalan??

jawapan : 2 ekor harimau yang sakit kaki

12. 
Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?

Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

13. Kenapa lelaki perlu beristeri tiga?

Jawapan : Kerana kalau kawin satu isONE, kalau kawin dua isTWO, kalau kawin tiga barulah isTERI.




14. Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala, bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Jawapan: Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!


15.  Rumah apa yang menggunakan banyak air

Jawapannya : Rumah Terbakar Sebab Panggil bomba, Bomba datang berlumba-lumba



Cuba Jawab Teka-Teki Sambil Makan Makanan Pedas. Jawapan memang main-main, kalau yang tak boleh bawak gurau tu, boleh lalu dah.

Selamat mencuba

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post