Virus Corona Pun Dah Ada Lagu Sendiri, 'Deep' Sungguh Liriknya

Wabak Covid-19 atau dahulunya dikenali sebagai virus korona telah mencetuskan kembimbangan ramai diserata dunia.


Berikutan dengan wabak ini, sebuah band dari Indonesia iaitu Gafarock telah tampil membuat kelainan dengan menghasilkan sebuah lagu berjudul 'Virus Corona'.



Lagu 'Virus Corona 4 Bahasa' ini adalah daripada lagu Jaranan, karya Ki Hadisukatno, menggabungkan empat bahasa di Indonesia iaitu Sunda, Ngapak, Jawa dan Bahasa Indonesia.


"Corona corona virus yang ganas sekali. Corona corona itu berbahaya. Virusnya dari China, menyerang manusia. Waspada, waspada semua berjaga-jaga.

Corona corona menyebar kemana-mana. Corona corona korbannya sudah jutaan."

Sementara itu, ramai turut mendoakan agar Tuhan melindungi orang ramai daripada terkena jangkitan Covid-19.

p/s : Memang update karyawan Indonesia, cepat je ambil isu semasa sampai jadi lagu

Sumber: Youtube / Gafarock

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post