Sisi Ranggi Vs Feminin Cik B Bersolek Hiasi Cover Majalah Remaja & Nona

Anak perempuan kepada pengasas produk kosmetik popular iaitu Nur Edlynn Zamilleen atau lebih di kenali sebagai Cik B. Gadis ini sering tampil dengan imej tidak bersolek walaupun sudah berkali disuruh oleh ibunya. Namun, kali ini penampilan Cik B sungguh lain tampil sebagai penghias kulit majalah Remaja & Majalah Nona.




 Cik B, Naim Daniel & Cupcake Aisyah Menghiasi Majalah Remaja Edisi Okt - Dis 2019

Majalah Remaja edisi bulan Oktober-Disember 2019 dihiasi Naim Daniel, Cupcake Aisyah dan Cik B sebagai penghias muka majalah tersebut. Penampilan Cik B dalam majalah ini ditampilkan dari sisi sedikit berbeza dari kebiasaan yang pernah kita lihat dan kenali gadis ini di media sosial.


Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut lantang menegur gaya solekan pada wajah Cik B yang dilihat kurang sesuai. 



Walaubagaimanapun, ada juga segelintir netizen melihat solekan yang dikenakan pada Cik B adalah sesuatu yang cantik. Malah, mereka turut membandingkan dengan solekan tanpa disunting Photoshop.

Cik B & Dato Seri Vida Menghiasi Majalah Nona Edisi Mac 2020
Pertama kali tengok Cik B berpenampilan anggun dan feminin dengan dress labuh! Cantik kan?

Menerusi foto tersebut, Cik B mengenakan gaun mewah bewarna perak dan rambutnya dibiarkan jatuh melepasi bahu menyerlahkan sisi keanggunan & feminin @cikb_havoc66 bersama ibunya @datoserivida.




Menerusi laman sosial Instagram, DSV memuat naik foto muka depan edisi Mac 2020 tersebut untuk tatapan umum.

“Hambekkkkk mana mak cik bawang yang selalu dok kutuk @cikb_havoc66. Tengok gambar ni meroyan ke? Bernanah?

“Cik B cantik wey, sila hadam ye. Ko mampu? Cik B dah improve banyak berkat sokongan semua,” tulis DSV menerusi ruangan kapsyen.

Kredit : Remaja, Cik B, Majalahnona
Terbaru Lebih lama