30 Teka-Teki Murid Sekolah Rendah Simple Tapi Padu

1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali…

Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.



2. Sebab apa siput babi jalan lambat?

Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.






3. Sukan apa selepas main kita tabik?

Jawapan : Golf

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?

Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.


5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?

Jawapan : Kuching, Sarawak.

6. Kuda apa yang tiada kaki?

Jawapan : Kuda kepang


7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.

Jawapan : Stokin


8. Binatang apa yang kurang ajar?

Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.


9. Ikan apa yang paling rajin?

Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.



10. Pokok apa yang suka berkahwin?

Jawapan : Pokok pinang, bagai buah pinang dibelah dua.



11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?

Jawapan : Buah Melaka


12. Binatang apa yang selalu penat?

Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.


13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?

Jawapan : Teksi


14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?

Jawapan : Bunga tayar


15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender

Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul




16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?

Jawapan : Patah balik


17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?

Jawapan : Donut, Kuih keria


18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan : Penguin


19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?

Jawapan : Ayam jadi banyak


20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?

Jawapan : Kereta kabel




21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?

Jawapan : Udang iaitu U dan G


22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?

Jawapan : Baju


23. Permainan apa yang paling berat sekali

Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya


24. Benda apa, kepala bujur satu kaki?

Jawapan : Reket badminton


25. Bom apakah tidak boleh meletup?

Jawapan : Bomba


26. Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?

Jawapan : Stone Cold


27. Tulang kalau dibuang T jadi apa?

Jawapan : Ulang - Tulang Kalau Dibuang T Jadi Apa?

28. Dia lembu, tapi bukan lembu…

Jawapan : Gambar lembu


29. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?

Jawapan : Uganda 

30.  Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?

Jawapan : Ubat nyamuk




Sekian

3 Comments

Apa Kata Anda?

  1. Soronok baca and main dengan teka teki ni

    ReplyDelete
  2. "Kenapa orang gali kubur tak pakai spender"

    Aku:: alamak🗿

    ReplyDelete
Previous Post Next Post