15 Sinetron Indonesia Yang Pernah Hit Di Malaysia

Siapa yang dulu selalu duduk depan TV lepas tu tunggu sinetron Indonesia dimainkan? Lepas tu habis satu sinetron, lagi satu sinetron akan dimainkan… Ni waktu kdrama tak popular sangat lagi dan TV3 dan Astro Ria banyak memainkan sinetron yang popular di Indonesia.


1. Bawang Putih Bawang Merah


Mesti ramai yang ingat sinetron ni kan? Ini adalah sinetron yang amat popular pada masa dulu dan akan menjadi bualan orang ramai. Siapa yang dulu memang benci dengan bawang merah sebab terlalu jahat?
2. Malin Kundang


Siapa yang minat Malin Kundang dulu? Percaya atau tidak, saya kenal seseorang yang masih ingat Malin Kundang dan boleh menyanyi lagu tema Malin Kundang!

3. Olivia


Ada tak yang ingat sinetron Olivia ni? Sinetron ni mengenai seorang perempuan tomboy yang suka dengan seorang rakan dia dan perempuan ini menjadi feminin? Betul ke, ke salah?

4. Nada Cinta


Sinetron musikal yang popular pada masa dulu.. Hampir macam high school musical hahaha. Siapa yang tengok sinetron ni sebab Randy Pangalila?

5. Benci Bilang Cinta


Siapa yang tengok sinetron ni dulu ingat tak sinetron ni memang lawak gila? Sama dengan tajuk sinetron ini, Winda dengan Dimas terpaksa berkahwin dan bercinta selepas berkahwin.

6. Upik Abu & Laura


Siapa yang ingat Cinta Laura dan lagu “You say Aku.” Dulu satu sekolah tahu lagu You say Aku ni dan mesti banyak yang akan menyanyi lagu ni.

7. Sejuta Cinta Marshanda


Sejuta Cinta Marshanda ni popular sebab banyak lelaki handsome kan? Hahaha tak lah, gurau je! Cerita ni memang banyak konflik yang menyebabkan dia popular.


8. Kejora dan Bintang

Kejora dan Bintang adalah salah satu sinetron yang lebih fokus dengan hubungan kakak dan adik serta kasih sayang diantara mereka berbanding dengan sinetron yang lain. Ingat lagi masa tengok sinetron ni dulu, sentiasa tertanya-tanya apa yang akan berlaku di episod yang akan datang.

9. Jelita


Ingat tak sinetron ni? Pelakon utama Agnes Monica dan lagu yang memang popular disebabkan oleh sinetron ini, Matahariku. Siapa yang masih ingat Matahariku tapi dah lupa sinetron Jelita?

10. Cinta Kirana


Cinta Kirana ni popular selepas Bawang Merah Bawang Putih. Tambah lagi dengan pelakon utama Nia Ramadhani dan Randy Pangalila… Cerita dia pun best dan mengejutkan!

12. Puteri Yang Terbuang


Puteri Yang Terbuang adalah sebuah sinetron mengisahkan tentang Puteri yang hidup penuh kesusahan dan dibenci oleh kedua ibubapanya. Suatu hari dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Putra yang belajar di sekolah tempatnya bekerja sebagai tukang cuci. 

Tidak lama kemudian mereka saling jatuh cinta. Setelah itu satu persatu rahsia kedua ibubapa Puteri dan Raja mula Terungkai.

13. Liontin


Liontin Mengisahkan dua beradik Manda dan Indy yang terpisah dan akhirnya bertemu kembali setelah mereka besar. Keduanya bertemu kerana Liontin (Rantai) yang dipakai mereka adalah sama.

14. Safa & Marwah


Sebuah sinetron dengan 200 episod lebih mengisahkan Safa anak gadis kaya dan Marwah anak gadis miskin yang mempunyai cabaran hidup yang penuh dengan onak dan duri. Namun ada suatu perkara yang akhirnya membuatkan kedua gadis ini terkait.

15. Mutiara Hati

Mutiara Hati yang mengisahkan tentang seorang kanak – kanak perempuan yang sering mengajukan soalan dan menghadapi konflik keluarganya. Drama yang sarat dengan pelbagai mesej dan pengajaran ini telah membariskan pelakon – pelakon terkenal seperti Novi Aulia, Inneke Koesherawati, Lucky Hakim dan Nadia Vega.Sinetron ini ditayangkan pada tahun 2005 di Indonesia. Ketika itu, ‘Nabila’ baru sahaja berusia 5 tahun. Watak Nabila yang comel dan pintar berjaya mencuri hati para penonton.



Ini lah 10 sinetron yang menarik pada masa dulu dan masih dalam ingatan orang ramai. Siapa yang ada link untuk semua sinetron ni, tolong share please! Nak tengok juga!

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post