Cara Betul Perkenalkan Diri Bila Whatsapp Dengan Orang Berkepentingan

TAK NAMPAK PUN SALAH KT WHATSAPP TU! 

Mungkin ada yg tertanya tanya jugak kan, apa yang tak kena dgn whatsapp tu. Mungkin orang lain ada pendapat tersendiri. Menerusi perkongsian pengguna twitter aidi_ezzhar telah menjelaskan cara yang betul dan sesuai untuk tujuan berkenaan? 

Saya ada beberapa ayat yang dirasakan sesuai sebab saya gunakan format begini bila hendak berhubung dengan dekan dan sewaktu dengannya.



1. PERKENALKAN DIRI 
Ini paling penting. Sebab yang dihantar pesanan itu perlu tahu siapa anda. Nama anda, anda dari mana, siapa anda, universiti mana dan sebagainya.

Contoh perenggan pertama Assalamualaikum. 
Saya Aidi Ezzhar, daripada Universiti __________. Pada semester ini, saya diberikan sebuah tugasan untuk menemubual seorang usahawan bagi subjek keusahawanan.

2. ANDA PERLUKAN APA? 
Ni baru masuk apa yang anda perlukan dari beliau. Bantuan atau sebagainya. Anda terangkan secara jelas satu persatu tentang tujuan anda menghubungi beliau.

Contoh perenggan kedua: Saya telah meneliti satu persatu nama usahawan yang sesuai untuk ditemubual dan Puan lah yang paling layak dan sesuai diantara yang lain.

Kami berharap pihak puan sudi untuk ditemubual pihak kami berkenaan dengan topik keusahawanan ini. Temubual ini tidak mengambil masa yang lama dan kami bersedia untuk mengikut masa yang puan tetapkan.

3. UCAPAN TERIMA KASIH DAN MAAF 
Ini penutup. Terima kasih tu wajib ada la walaupun tak tahu sama ada pihak di whatsapp tu terima atau tidak apa bantuan yang kita minta. Dan mintak maaf juga.

Kenapa mintak maaf? Sebab dah mengambil masa dia dan sebab dia sudi membaca mesej yang kita sampai sehingga habis. Walaupun tak ada salah, minta maaf ini salah satu cara pujukan juga.

Contoh perenggan ketiga: Segala jasa baik puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Minta maaf juga kerana telah mencuri masa puan untuk membaca mesej ini. Terima kasih puan. 

4. SIGNATURE 
(ada okay, takde pun takpe) Aidi Ezzhar Roslan, No ID, Universiti __________.

Noted
Mungkin ada cakap ini terlalu rumit dan panjang. Nak pendekkan lagi boleh je sebenarnya. Asalkan ikut flownya.

Walau sesiapa pun orangnya, bila nak minta tolong kena ada adab dan tatacaranya. Memang bicara dengan tuhan pun guna dengan aku, tapi lain konsep. Tuhan maha mendengar, maha pengasih lagi maha penyayang. Dalam bahasa apa pun boleh berbicara dengan tuhan.

Dengan manusia terhadap beberapa halangan kerana nama pun manusia. Kalau ikut logik itu, kenapa tidak berbicara dengan orang tua seperti kita berbicara dengan rakan seusia?

Pendapat ini adalah bersifat peribadi. Mesej ni tidak ada unsur biadap pun. Cuma kurang sesuai dan perlu lebih teliti. Dapat tuan badan yang okay, okay la. Dapat yang tak okay dan sensitive? Hah, mendapat. Baik standby awal awal buat ayat dengan betul.


Sekian, Semoga bermanfaat

Kredit : @aidi_ezzhar

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post