Lockdown / Perintah berkurung ialah perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dalam jangka waktu yang tertentu. Lazimnya perintah berkurung dikeluarkan untuk mengelak ancaman, penularan wabak daripada terus mengancam ketenteraman awam.
1. Semua dikuarantin di rumah. Tidak bebas untuk keluar, melainkan urusan penting atau kecemasan sahaja.
2. Public transport masih beroperasi tetapi perjalanan terhad dan akan dipantau oleh pihak berkuasa. saringan seperti suhu badan dilakukan di terminal keluar masuk public transport.
3. Pergerakan kereta awam juga hanya untuk keperluan sahaja dan akan dipantau petugas.
4. Kapal seperti cruise ship mungkin tidak dibenarkan berlabuh.
5. Kedai makan akan dihadkan waktu operasi seperti dari pukul 10 pagi - 6 petang sahaja. Pekedai perlu pastikan pelanggan duduk dengan jarak 1 meter antara satu sama lain
6. Kedai lain mungkin masih boleh beroperasi tetapi perlu mematuhi jarak pelanggan 1 meter.
7. Kedai serbaneka (Barangan Dapur) akan mempunyai masa operasi yang terhad. Untuk mengelakkan ‘panik buy’. ada negara yang juga menetapkan had pembelian isi rumah seperti hanya seorang wakil rumah boleh masuk kedai untuk setiap 2 atau 3 hari.
8. Semua acara sukan akan dibatalkan sehingga tempoh waktu yang ditetapkan. Stadium, kompleks sukan dan gym juga mungkin diarahkan tutup.
9. Sekolah dan Universiti diarahkan tutup.
10. Sebarang perjumpaan ramai diwajibkan batal. Ini termasuk majlis perkahwinan dan juga upacara keagamaan seperti solat jumaat akan diarahkan diganti dengan solat di rumah.
11. Sebarang aktiviti santai (leisure) akan ditutup termasuk seperti wayang, muzium, karaoke dan sebagainya
12. Di hospital pula, cuti-cuti pekerja Hospital terbatal. Orang awam juga tidak dibenarkan datang ke hospital untuk tujuan melawat ataupun untuk menjaga pesakit.
Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan semasa perintah lockdown berlangsung. Antaranya:
- Bersenam
- Meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
- Menyediakan bekalan secukupnya, namun jangan lakukan pembelian panik.
- Bersihkan kawasan rumah.
- Jangan terlalu menyendiri; berhubung dengan rakan-rakan menerusi laman media sosial mahupun panggilan telefon.
Kredit : Arshidhm