10 Aksi Glambot Video Gerak Perlahan Selebriti Popular Di Pentas Red Carpet

Glambot ialah robot kamera berteknologi tinggi yang disediakan oleh E! untuk menunjukkan shot aksi yang gempak semasa selebriti popular lalu kat red carpet. Sebelum ni pernah gak E! sediakan Glambot untuk Grammy Awards dan Golden Globe Awards. 

Suatu yang luar daripada kebiasaanya apabila penampilan selebriti di acara red carpet bukan sekadar diambil gambar statik tetapi turut dirakam menerusi video pada skala 1000fps gerak perlahan kamera video. 



Cole Walliser adalah seorang jurugambar dan pengarah filem Kanada yang telah merakam aksi Glambot selebriti terkenal dunia di pentas Grammy Awards 2020 yang mendapat tontonan lebih dari 2 juta di instagram termasuklah aksi comel dari bintang kebanggaan Malaysia, Yuna.

Jadi jom kita selongkar..

1. Lady Gaga
Setiap ekspresi yang ditonjolkan oleh Gaga baik di belakang tabir sememangnya tidak pernah mengecewakan. Digelar sebagai Queen of Glambot oleh Cole sendiri, penyanyi dan pelakon ini pasti akan tampil dengan pelbagai aksi yang cukup mengagumkan di hadapan kamera. 


2. Katy Perry
Di saat Katy bertemu dengan Cole pada acara Anugerah Grammy tahun lalu, kedua-duanya begitu teruja apatah lagi pernah bekerjasama dalam penghasilan filem dokumentari pendek mengenai perjalanan Katy menerusi California Dreams World Tour 9 tahun lalu.


3. Rita Ora
Antara selebriti terawal yang beraksi di hadapan kamera canggih ini! Tampil dengan pakaian rona biru, Rita tampak yakin dengan aksi yang ditonjolkannya. She nailed it!

4. Jennifer Lopez
Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai J-LO sememangnya punyai aura tersendiri.

5. Ariana GrandeAntara tontonan paling banyak antara kesemua Glambot dengan capaian lebih dari 2 juta tontonan, gaya Ariana sememangnya ‘kena’ dengan karakter comel yang dimilikinya. 
6. Awkwafina
Selebriti verstail ini membuktikan dia mampu lakukan hampir segala-galanya. Sama seperti karakter nya yang lucu, Awkwafina menunjukkan aksi spontan yang cukup ‘cool’ di hadapan Glambot.

7. RosaliaDikhabarkan Rosalia adalah selebriti yang mendapat permintaan paling tinggi untuk beraksi di hadapan Glambot. Lihat sahaja aksi flip rambut ini sememangnya vass.

8. Bintang Black Panther
Wakanda Forever! Tampil dengan aksi ringkas namun begitu eksklusif, pelakon-pelakon filem Black Panther seperti Danai Gurira, Letitia Wright, Winston Duke dan Lupita Nyong’o mempamerkan gaya dari kebiasaan mereka dalam filem itu.

9. Bebe Rexha
Nampaknya, usaha Bebe Rexha melaram sakan dalam dress kembang merah berbaloi apabila Glambot berjaya rakam aksi penyanyi ini yang menunjukkan sisi mewah dress tersebut. Kali pertama mungkin agak biasa, namun Rexha tampil lebih yakin dengan aksi yang kedua. Lihat video ini!

10. Yuna
Terbaru, penyanyi yang berasal dari Malaysia Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna mencuri perhatian peminat apabila tampil di hadapan kamera popular ini. Menurut Cole, dia begitu meminati album Yuna terbaharu berjudul Rogue dan teruja kerana dapat berinteraksi secara langsung menerusi IG Live bersamanya baru-baru ini.

SekianKredit : Colewalliser 

Post a Comment

Apa Kata Anda?

Previous Post Next Post